Tanam Bawang Merah Rose, Campuran Pasir Kena Ada Elak Benih Membusuk

Share

Mak ayah yang nak mencuba tanam bawang merah kecil jenis rose tapi asyik gagal tak mahu hidup, boleh cuba panduan yang dikongsikan Azlina Hashim ini.

Daripada tip yang dikongsikan ini, daripada 20 ulas bawang merah kecil yang ditanam boleh menghasilkan 1.4 kilogram bawang merah kecil selepas dituai.

Daripada mula menanam, selepas dua bulan mak ayah dah boleh dapatkan hasilnya.

6 Tip Tanam Bawang Merah Kecil Jenis Rose

1. Saya hanya pernah tanam bawang kecil merah rose sahaja.

2. Gemburkan batas atau siapkan tanah gembur dalam pasu/bekas. Sebaiknya ada sedikit campuran pasir sebab tanah yang menakung air akan menyebabkan benih bawang membusuk

3. Korek tanah sedalam 2 inci dan tanam bawang. Jarakkan anggaran sejengkal setiap biji bawang. Boleh juga dipotong sedikit bahagian atas bawang untuk cepatkan bawang tumbuh tapi saya tak buat. Setelah dimasukkan bawang di dalam lubang kambus semula dengan tanah tapi jangan dipadatkan.

4. Siram 2 kali sehari dan jangan sampai terlebih air masa menyiram

5. Setelah seminggu daun bawang biasanya akan tumbuh anggaran 1 hingga 2 inci. Boleh letak baja. Saya guna baja tahi ayam bakar. Letak baja setiap 10 hari sehingga bawang berusia 70 hari atau lebih.

5. Sepanjang tempoh membesar jangan potong/ambil daun bawang kerana akan jejaskan tumbesaran dan boleh sebabkan bawang busuk.

6. Setelah berusia 70 hari daun bawang mulai layu, bawang boleh dituai.

 

Percubaan Pertama Tanam 2KG Bawang Merah Kecil

Ini pula perkongsian Azlina pada tahun 2015, yang mana ini adalah percubaan kali pertamanya menanam 2kg bawang merah kecil dan berusia lebih 45 hari.

Ni gambar hari pertama bawang dituai, lepas hujan dan basah. Lepas kering, alihkan kat teduhan.

Saiznya masih belum mencapai tahap yang diingini namun hujan yang kerap dan kesan dipijak gajah minggu lalu menyebabkan banyak bawang membusuk.

Saya cabut semuanya, ikat dan gantung di ampaian. Teknik ini diajar oleh seorang pekerja Lombok yang sering mengambil upah menuai bawang di kampungnya. Bawang akan dibiarkan hingga daunnya kering.”

Baca sini :

Sumber/Foto : Azlina Hashim

Published by
Netty Ah Hiyer