Mak ayah yang nak mencuba tanam bawang merah kecil jenis rose tapi asyik gagal tak mahu hidup, boleh cuba panduan yang dikongsikan Azlina Hashim ini.
Daripada tip yang dikongsikan ini, daripada 20 ulas bawang merah kecil yang ditanam boleh menghasilkan 1.4 kilogram bawang merah kecil selepas dituai.
Daripada mula menanam, selepas dua bulan mak ayah dah boleh dapatkan hasilnya.
6 Tip Tanam Bawang Merah Kecil Jenis Rose
1. Saya hanya pernah tanam bawang kecil merah rose sahaja.
2. Gemburkan batas atau siapkan tanah gembur dalam pasu/bekas. Sebaiknya ada sedikit campuran pasir sebab tanah yang menakung air akan menyebabkan benih bawang membusuk
3. Korek tanah sedalam 2 inci dan tanam bawang. Jarakkan anggaran sejengkal setiap biji bawang. Boleh juga dipotong sedikit bahagian atas bawang untuk cepatkan bawang tumbuh tapi saya tak buat. Setelah dimasukkan bawang di dalam lubang kambus semula dengan tanah tapi jangan dipadatkan.
IKLAN
4. Siram 2 kali sehari dan jangan sampai terlebih air masa menyiram
5. Setelah seminggu daun bawang biasanya akan tumbuh anggaran 1 hingga 2 inci. Boleh letak baja. Saya guna baja tahi ayam bakar. Letak baja setiap 10 hari sehingga bawang berusia 70 hari atau lebih.
5. Sepanjang tempoh membesar jangan potong/ambil daun bawang kerana akan jejaskan tumbesaran dan boleh sebabkan bawang busuk.
IKLAN
6. Setelah berusia 70 hari daun bawang mulai layu, bawang boleh dituai.
Percubaan Pertama Tanam 2KG Bawang Merah Kecil
Ini pula perkongsian Azlina pada tahun 2015, yang mana ini adalah percubaan kali pertamanya menanam 2kg bawang merah kecil dan berusia lebih 45 hari.
IKLAN
“Saiznya masih belum mencapai tahap yang diingini namun hujan yang kerap dan kesan dipijak gajah minggu lalu menyebabkan banyak bawang membusuk.
Saya cabut semuanya, ikat dan gantung di ampaian. Teknik ini diajar oleh seorang pekerja Lombok yang sering mengambil upah menuai bawang di kampungnya. Bawang akan dibiarkan hingga daunnya kering.”
Ramai yang suka mengambil gambar namun hanya tersimpan dalam handphone dan tak di ‘print out’. Bila memori ‘handphone’ penuh, gambar-gambar terpaksa dibuang atau bila handphone bermasalah, habis semua memori dan gambar-gambar hilang. Sebenarnya kita boleh juga cedok idea buat frame gambar memori keluarga dan ‘Batten Wall’ sendiri di rumah, Kos hanya RM262!
Buat macam ni, segala kenangan manis memori bersama keluarga dapat dilihat selalu malah mencantikkan lagi sudut dekorasi rumah.
Boleh ikut idea yang dikongsikan oleh Puan Atilia Aida ini.
Suami nak buat frame gambar memori keluarga since gambar dalam handphone penuh tapi tak pernah print out. Saya pulak teringin nak batten wall. So, bergabung idea terhasil lah “memory lane” ni. Berminggu jugak la sebab ada anak kecik & both kerja. So, buat sikit-sikit maka siaplah jugak.
Lampu tu kami decide diy masukkan puck light ke dalam rail light sebab tak nak wiring baru. Pakai puck light just guna remote ja.
Total Kos:
MDF board = RM 44.00
Gam X bond = RM 7.00
Filler = RM 7.00
Wainscoting untuk frame = RM 17.00
Plywood untuk frame (5.2mm thk) = RM 21.00
Cuci gambar = RM 51.00 (200pcs)
Stack it (tape untuk tampal gambar ke frame) = RM 5.00
Cat Nippon matex 1L = RM 20.00
Rail light = RM 70.00
Puck light = RM 20.00
TOTAL= RM 262.00
Nanti kalau rajin tukar-tukar la gambar tu 6 bulan sekali ka, setaun sekali ka. yang dicabut tu simpan masuk frame. Jadi gambar-gambar dalam fon tu tak la tersimpan beku di situ ja kan. nanti boleh anak-anak tengok.
Saya tak buat wiring untuk lampu. Saya masukkan puck light dalam rail light. Sebenarnya tak muat. Tapi saya buka puck light kemudian trim tepi chip board so bagi muat masuk dalam rail light.
Gambar lomo size, lebih kurang size IC. Saya print kat sini Startice Photo
Untuk batten yang atas sekali tu saya guna size 1 inch lebar, tebal 9mm.
Gambar Sebelum
Lepas siap pasang mdf board. Mencabar jugak ya sebab dinding tak sekata.
Gambar DIY frame tak da. Ni just letak gambar atas plywood. Plywood beli balik potong sendiri ikut size dinding.
Siap cat frame. Pilih gambar paling menarik letak bahagian bawah sebab anak senang tengok . Tampal gambar guna tack it.
Try letak kat dinding. Dah excited time ni. Tapi anak pulak mintak dukung selalu sebab nak tengok gambar.
Siap gantung frame gambar gantung pakai tali ja. Kalau pakai dawai halus lagi bagus.
Mingguan Wanita: Menarik idea yang dikongsikan ini. Gambar-gambar banyak dalam ‘handphone’ tu boleh ‘print’ dan ‘frame’ kan macam ni. Dapatlah menyimpan kenangan manis gambar keluarga dan sekaligus mencantikkab sudut dekorasi rumah.
Sambal bilis rangup dan pedas memang sedap dinikmati dengan nasi putih atau bubur, serta telur dadar. Namun walaupun resipi ni simple je dan bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, sambal bilis mudah lemau dan tak rangup. Rupanya tip untuk pastikan sambal bilis kekal rangup sampai seminggu, jangan guna bawang merah!
Boleh cuba cara dan resipi yang dikongsikan oleh Nurulnabila Zaidi ini sebagai rujukan.
Resepi sambal bilis rangup paling senang cara saya. Ikan bilis akan rangup sampai seminggu, rahsia dia jangan pakai bawang merah. Kalau nak pakai juga kena tumis sampai betul-betul garing okay.
Bahan-Bahan:
Ikan Bilis
Bawang Putih
Cili api merah+hijau
Garam
Ajinomoto
Asam keping
Cara Membuat:
1. Tumbuk cili padi dan bawang putih. Kalau rajin tumbuk lumatlah kalau tak rajin kasar.
2. Panaskan minyak masak dan goreng ikan bilis sehingga garing.
3. Tumiskan bawang putih sampai garing kemudian masukkan cili api.
4. Pastikan betul-betul garing, tumis sampai cili masak.
5. Masukkan garam + aji + asam keping.
6. Dah masak masuk ikan bilis dan siap.
Bunga Kantan antara bahan yang diperlukan bagi menambah aroma mahupun menyedapkan lagi masakan seperti kuah laksa, asam pedas dan sebagainya. Jimat banyak kalau ada tanam pokok bunga kantan sendiri ni di rumah. Sebab harga sebatang bunga kantan di kedai mahupun pasar boleh tahan mahal juga harganya.
Perkongsian oleh Saqdam Zaim Arffainini yang merupakan seorang Peladang Pokok Kantan boleh dijadikan panduan bagi yang mencuba tanam pokok kantan ini di rumah.
Pokok Kantan (Torch Ginger)
Pokok kantan atau biasanya lebih dikenali bunga kantan oleh masyarakat Malaysia dan bunga kecombrang dari Indonesia, yang sering digunakan dalam masakan juadah Malaysia seperti Assam laksa, Assam pedas, Kerabu dan sebagainya.
Bunganya yang cantik berwarna kemerah jambuan ini adalah satu satunya kategori bunga yang boleh dimakan selain dari bunga kobis kerana aroma dan rasanya sangat menyelerakan dan melengkapkan lagi resepi masakan. Harganya boleh mencecah sehingga Rm3-Rm8 sekuntum pada musim perayaan, Rm1-Rm2 di waktu biasa.
Bunga kantan ini bermula dari rhizome seperti gambar di bawah yang diambil dari rumpunan pokok kantan.Cara pengambilan anak pokok ini dengan mengorek rhizome dari rumpunannya.
Rhizome ini boleh diambil dari pokok yang telah matang yang telah mencapai ketinggian 15-20 kaki serta telah menghasilkan bunga. Pengambilan rhizome dari pokok yang kurang matang tidak digalakan kerana tumbesaran pokok tidak memberansangkan.
Rhizome yang telah di cantas batangnya boleh ditanam kedalam tanah jenis bergambut yang lembab. Tanah yang berpaya, berpasir, tanah liat tidak sesuai untuk penaman pokok kantan. Sebaik baik nya pokok ditanam berhampiran dengan tali air.
Rhizome yang baru ditanam hendaklah disiram sehari sekali untuk memastikan keperluan pokok mencukupi untuk mengeluarkan anak pokok yang baru.
Selepas 2-3 minggu, rhizome akan mengeluarkan anak yang baru.
Untuk tempoh minggu keempat, penyiraman boleh dikurangkan kerana pokok lebih stabil bergantung pada cuaca. Pembajaan NPK yang tinggi kandungan Nitrogen boleh diberikan untuk menggalakkan tumbesaran pokok dan menjaga kandungan klorofil dalam daun untuk kehijauan pokok.
Ibu rhizome (batang tua) boleh dipotong untuk mengurangkan kapasiti nutrien supaya anak pokok dapat nutrien penuh untuk mengeluarkan lebih anak.
Dalam tempoh 4-6 bulan. Pokok kantan akan mengeluarkan lebih banyak anak pokok.Kalau banyak sangat anak pokok, kena buang sikit untuk pengudaraan.
Apabila pokok sudah berusia 1 tahun. Ketinggian pokok akan mencapai 8-10 kaki. Penggunaan baja NPK yang tinggi kandungan (P) untuk menggalakan tumbesaran pokok dan akar.
Dalam tempoh 2 tahun. Pokok kantan akan mencapai ketinggian 16-20 kaki. Waktu ini pokok kantan akan mula mengeluarkan bunganya. Baja NPK yang tinggi kandungan fosforus (K) untuk menggalakkan pengeluaran bunganya.
Batang muda ini adalah rupa awal bunga kantan. Berbeza dengan anak pokok batang kantan yang lebih tajam dan gelap. Bunga kantan akan tumbuh dicelahan batang pokok kantan.
Pucuk muda pokok kantan yang lebih tajam dan gelap.
Satu batang pokok kantan matang boleh mengasilkan 1-2 batang bunga. Satu rumpun pokok kantan ada dalam 10-15 batang pokok.
Apabila sudah hari ke 4-7 hari. Bunga kantan sudah membesar dan mula mengeluarkan warnanya. Di saat ini bunga boleh di tuai sebelum bunga mulai mengembang. Bunga boleh dituai 4-5 hari sekali.
Bunga yang sudah mengembang ini tidak sesuai untuk dijual. biarkan dia jadi hiasan atau dijadikan buah kantan.
Penjagaan pokok kantan ini mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak. Hanya perlu berwaspada pada serang kulat dalam tanah.
Batang tua kuning atau batang yang condong mestilah di potong dari pangkalnya untuk menggalakan pengudaraan ventilasi yang baik dan pokok kelihatan lebih cantik. Batang pokok kantan yang mempunyai bunga tidak digalakkan untuk dipotong kerana tumbesaran bunga akan turut terbantut dalam proses pembesarannya. Daun daun kering boleh digunakan untuk menutup dasar tanah untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pokok kantan amat menyukainya.
Pengiraan Hasil Pokok (Sebulan)
jumlah rumpun pokok(R) x jumlah kuntum (K) x harga semasa (RM) x jumlah tuaian sebulan (T)
contoh.
100R x 3K x 1RM x 7T = Rm2100
500R x 3k x 0.5RM x 7T = Rm5250
800R x 3k x 0.8RM x 7T = Rm13’440
Apapun, kita merancang tapi sebaik baiknya perancangan Allah Lebih baik. Untuk tempoh 4 tahun ini saya mengadaptasikan hidup ini kearah pertanian pokok kantan. Sememangnya satu tempoh yang lama untuk menunggu. Apa yang penting adalah APA YANG KITA MULAKAN. Pasti akan ada hasil untuk orang yang berusaha. Saya Saqdam Zaim Arffain. Peladang pokok kantan.
MW: Memang berbaloi tanam pokok bungan kantan ni di rumah. Selain guna untuk diri sendiri, boleh juga dijual dijadikan pendapatan sampingan. Ikut panduan yang dikongsikan ini.
Bella & Caprice akhirnya berdamai. Menerusi ruangan komen, majoriti netizen menyambut baik perkara tersebut dan berharap tiada lagi perbalahan antara Bella Astillah dan Caprice.Malah...