Tanam Bawang Merah Dalam Botol Mineral, Pilih Saiz Besar Dapat Hasil Banyak

Share

Bawang Merah antara keperluan dalam masakan yang boleh dikatakan wajib dibeli setiap kali membeli barangan keperluan dapur. Namun harganya boleh tahan juga mahalnya. Jika mak-mak yang suka berkebun tu, ada baiknya cuba tanam sendiri bawang merah di rumah. Lebih jimat, organik dan bebas racun serangga.

Boleh ikut cara dan tip yang dikongsikan ini.

“Alhamdulillah.Berhasil juga walaupun tanam dalam botol mineral je.Tanam, tinggal, tuai.Tambah air 2 minggu sekali.Tambah kompos sebulan sekali.”

Jom tanam bawang merah, harga dah naik sekarang!

25 Jun 2020

1. Persediaan Tanah

Persediaan tanah paling penting.Tanah perlu gembur dan cukup khasiat.
Saya campur kompos, cocopeat, tahi ayam dan setelah diperap seminggu baru boleh guna.

Boleh semai cara ni atau yg lebih elok, tanam terus ke botol, pasu atau tanah batas.

2.Pilih Bawang Tunggal

Kedua, sebaik nya pilih bawang yang tunggal. Tidak berkembar. Bawang yang berkilat tanda sihat dan tidak berkulat. Pilih saiz besar untuk dapat hasil besar dan banyak.

3. Rendam Dalam Cuka Kayu

Rendam bawang dalam larutan Cuka kayu (wood vinegar) di campur dengan air hujan sekejap. Sambil tu potong ¼ bahagian atas bawang dan rapikan akar. Akar baru akan senang keluar.

4. Letak Tempat Panas Tapi Teduh

Letak bawang atas media tanam, separuh bahagian dalam tanah.letak tempat panas tapi teduh. Elak kena hujan dan matahari terus selama seminggu lebih kurang.

11 Julai 2020

Tanam satu bawang satu botol.Tanam terus lagi bagus, saya semai dulu tu sebab botol saya belum ready.

06 Ogos 2020

cocopeat halus dicampur dengan kompos dan najis ayam sebagai media tanah.Sabut kelapa yang kasar tu saya buat mulsa/penutup tanah untuk kurangkan rumput liar tumbuh dan juga supaya tanah tak mudah kering dan air dalam botol bahagian bawah tu dapat tahan lebih lama.

10 Oktber 2020

2 minggu lepas tuai, proses mengering. Sepatutnya kena ikat dan gantung. Aritu masa tuai terlalu sibuk, saya tinggal macam tu je atas talam. Jemur angin, jangan kena direct matahari.Jemur sampai kering. Bawang jadi berkilat dan akan tahan lama.
Kalau nak buat benih, kena simpan sekurang-kurangnya 2 bulan, mengelak busuk masa tanam.

Saya paling banyak dapat 7 biji, tu tak pakai baja.Penjagaan cara komersil dia orang bagi baja dan racun cegah kulat, boleh beranak berbelas biji.

Info Ekstra!

Cara Buat Kompos:

Kompos tu ialah media tanam yang terhasil apabila kita perap bahan-bahan organik seperti rumput kering, rumput basah, ranting-ranting pokok, sisa dapur seperti kulit telur, kulit-kulit buah dan bawang, sisa potongan sayur, buah-buahan busuk dan sebagainya kecuali daging.

Kita boleh campur tray telur, kertas dan kotak yang di koyak kecil. Letak selang seli bahan kering dan yang basah ke tempat untuk buat kompos tu. Tong/baldi/pasu yang berlubang di bawah atau terus atas tanah. Tambah najis haiwan untuk mempercepatkan proses bahan-bahan itu terurai.

Siram sekali sekala, jangan bagi dia kering. Lambat menjadi kalau kering. Siram biar lembap saja, bukan basah melencun.

Tutup, seminggu sekali boleh buka dan bolak balikkan kompos tu, siram dan tutup balik.

Mula-mula memang ada busuk, bergantung dengan bahan yang kita guna.
Kompos tu matang dan boleh diguna bila hilang busuk, tinggal bau tanah yang wangi dan kadang-kadang boleh jumpa cacing tanah jika buat kompos tu direct atas tanah.

Omputih panggil ni Black Gold (emas hitam). Sangat bernilai, baja organik terbaik.

Selamat Mencuba!

Baca lagi Di Sini:
Cara BETUL Tanam Sendiri Bawang Merah, 2 Bulan Dah Boleh Tuai!

Bawang Merah Mujarab Hilangkan Jeragat Patut Kulit Nenek Ni Cantik

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang suka berkebun nak cuba tanam bawang merah sendiri di rumah boleh ikut tip dan cara yang dikongsikan ini. Boleh berjimat beli barang dapur.

Sumber: Anytimenow Myendis‎

Published by
Suhaidah Abd Wahab