26kg Bom Ditanam, Landasan Keretapi Hatyai-Padang Besar Meletup Kali Kedua Lokasi Sama

Share

26 kg bom ditanam, landasan keretapi Hatyai- Padang Besar meletup  kali kedua lokasi sama. Baru beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan berita pengeboman landasan keretapi Haytai-Padang Besar.

Sedang dibaiki, tetapi nampaknya sekali lagi landasan yang sama dibom hingga mengakibatkan tiga kematian.

Tanam 26kg Bom

Tiga pekerja State Railway of Thailand (SRT) maut dan empat lagi cedera dalam satu letupan bom, hari ini, berhampiran tempat kejadian landasan kereta api dibom pada Sabtu lalu, di Sadao, Songkhla.

Timbalan Komander Tentera Bahagian Keempat, Mejar Jeneral Paisan Nusang mengesahkan tiga pekerja terbabit meninggal dunia di lokasi insiden, manakala empat mangsa cedera pula dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi (7.30 pagi waktu Malaysia) ketika tujuh pekerja SRT berada di lokasi untuk menjalankan kerja-kerja membaiki landasan kereta api yang rosak akibat dibom sebelum itu.

26kg Bom Ditanam, Landasan Keretapi Hatyai-Padang Besar Meletup Kali Kedua Lokasi Sama
Bom seberat 26 kg ditanam di landasan ini. Dalam kejadian pertama ia berlaku berjarak 400 meter dari lokasi hari ini.
Tiga pekerja maut dalam serangan bom ini

Beliau berkata, letupan kali ini berlaku kira-kira 400 meter (m) dari tempat kejadian pertama.

“Letupan kuat itu menyebabkan tiga pekerja meninggal dunia di tempat kejadian. Kerja-kerja mengeluarkan mayat terus diusahakan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pegawai Bomba Pesan Simpan Semburan Racun BAYGON Di Rumah, Berkesan Halau Ular!

Hasrat Warga Emas Tidak Kesampaian, Meninggal Atas Bumbung Selepas Alami Serangan Jantung

Sabtu lalu, sebuah kereta api barang mengangkut getah yang dalam perjalanan dari Hatyai ke Padang Besar, tergelincir apabila landasan kereta api berkenaan dibom.

Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari waktu tempatan itu, sebanyak 11 daripada 15 gerabak kontena rosak dan tergelincir daripada landasan.

Hasil siasatan mendapati bom buatan sendiri seberat kira-kira 26 kilogram ditanam di landasan berkenaan.

SRT memaklumkan, tiada kecederaan dilapor membabitkan pekerja kereta api terdiri daripada dua pemandu, seorang juruteknik dan petugas lain dalam insiden itu yang bagaimanapun mengakibatkan landasan mengalami kerosakan teruk. – BERNAMA

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

SEJAHAT MANA PUN KITA, APA KATA ALIFF AZIZ MENGENAI HAL INI..

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros