Tan Sri Musa Hassan Pilih Qistina Lim, Titip Pesanan Mudah-Mudahan Jadi Isteri Yang Taat

Share

Tan Sri Musa Hassan pilih Qistina Lim, titip pesanan mudah-mudahan jadi isteri yang taat.Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan  mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita dikenali sebagai Qistina Lim Sabtu malam lalu.

Majlis perkahwinan itu dikongsikan di facebook oleh adiknya, Mohammad Izzat Hassan yang memperlihatkan gambar persandingan, keluarga dan tetamu yang hadir di majlis resepsi yang diadakan d Hotel Double Tree I-City Shah Alam.

Tan Sri Musa Hassan Pilih Qistina Lim

Dalam ucapannya, Mohammad Izzat menulis,

“Selamat datang Kak Long Qistina dalam keluarga kami. Semoga mendapat mawaddah, rahmah dan kekal sehingga ke jannah,” katanya.

Pasangan ini berkenalan dalam masa singkat dan hubungan ini direstui keluarga masing-masing dan anak-anak

Titip Pesanan Mudah-Mudahan Jadi Isteri Yang Taat

Selain itu, pendakwah selebriti, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar turut membuat siaran langsung Facebook yang berdurasi dua minit 18 saat berkaitan majlis resepsi pasangan mempelai itu.

Bahkan dirinya berkongsi pesanan yang diberikan oleh Tan Sri Musa Hassan buat isterinya, Puan Sri Qistina Lim.

“..Jadilah isteri yang taat kepada suami..” yang mana ucapan itu menyentuh hati sanubari hadirin yang hadir di majlis resepsi ini.
Dalam pada itu, Tan Sri Musa dalam ucapannya berkata, hubungan mereka agak singkat sebelum Qistina memeluk agama islam. Bahkan katanya lagi, hubungan mereka direstui kedua belah pihak termasuk anak-anak baik bagi dirinya dan juga isteri.
“Doakan perkahwinan ini bahagia,” kata yang turut membacakan kisah Luqmanul Hakim dan kisah anaknya dalam ucapan ringkasnya.

Beberapa pengguna Facebook yang menonton siaran langsung itu mengucapkan tahniah dalam masa yang sama mendoakan rumah tangga pasangan itu berkekalan.

Musa sebelum ini berpisah dengan isterinya selepas Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42 memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah pada 30 Mac lalu.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Ustaz Ceraikan Bini Kerana Terpikat Isteri Orang, Beri Alasan Orang Rumah Garang & Tak Manja

“Biar Allah Membalasnya, Diam Adalah Kunci Kekuatan”, Isteri Reda Dicerai Lepas 2 Minggu Kahwin

“Saya Hanyalah Lelaki Tumpang Rezeki Isteri…” Kejayaan Demi Kebahagiaan Buat Hafiz Mahamad

Jangan Perli Isteri Layan Suami Bagai Raja, Itu Cara Bahagia Masing-Masing

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Terima Kasih Terima Saya Seadanya…”
Walaupun berlainan bangsa dan agama, layanan mak mentua tak pernah berubah. Dia tidak kekok untuk masak dan jaga cucu-cucunya. Cuma, masalah utama kami adalah bahasa. Tapi lama-kelamaan masing-masing boleh terima dan faham. Terima kasih mak..

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros