Tampil dengan busana ‘pelik’. Kumpulan penyanyi remaja wanita yang kini meningkat naik, The Gadys yang dianggotai oleh tiga gadis cantik iaitu Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamiera Chan baru-baru ini telah memperagakan pakaian yang ‘pelik’.
The Gadys telah ditemui di pelancaran Kedai AKEMI di Sunway Pyramid. Mereka telah tampil memperagakan pakaian yang diperbuat daripada produk hiasan rumah yang dijual di kedai tersebut hasil rekaan pereka fesyen, Masyadi Mansoor.
Ditanya tentang penampilan mereka, secara jujur ketiga-tiga mereka tidak kisah dengan kritikan netizen tentang fesyen yang diperagakan.
“Terpulang kepada sesiapa untuk berkata apa-apa. Kreativiti itu luas, kami selesa berpakaian begini tapi kena bersesuaian dengan majlis yang kami hadiri. Jika boleh kami tidak mahu membuka ruang untuk dikritik namun bersedia menerima setiap kritikan. Jika ada netizen yang kritik kami ok saja.
“Kami tak boleh caras mummy (Didie Alias) dalam berfesyen pelik. Mungkin apa yang kami peragakan hari ini jika saiznya dikecilkan boleh bawa naik kapal terbang. Fesyen ini untuk pakaian seharian memang tak sesuai tapi jika untuk persembahan pentas kami okey saja,” terang ketiga-tiga anak gadis ini.
Selain The Gadys, majlis pelancaran kedai tersebut turut diserikan dengan kehadiran artis di bawah naungan Universal Music Malaysia & Alternate Records seperti Shi En & Dukes, Ezra Kairo, dan Julia Duclos.
Bagi meraikan pelancaran ini, AKEMI membawa pendekatan unik dengan menggabungkan fesyen dan rekaan dalaman rumah dalam satu pertunjukan istimewa. Masyadi Mansoor, seorang pereka muda berbakat, mengetengahkan koleksi couture yang kreatif menggunakan bahan-bahan premium dari AKEMI. Melalui peragaan ini, pelanggan akan melihat bagaimana rekaan rumah boleh menjadi inspirasi kepada fesyen, menonjolkan keserbagunaan dan keindahan bahan AKEMI.
Acara pelancaran turut dimeriahkan dengan persembahan langsung daripada artis Universal Music Malaysia. Tidak ketinggalan, aktiviti interaktif seperti sesi astrologi bersama Wooby Gan, bengkel seni eksklusif oleh Hafreez Adam, serta tip dekorasi dalaman dari pereka terkenal, Ben Firdaus, memberikan pengalaman unik kepada para tetamu sepanjang hari pelancaran.
Di kedai utama ini, pelanggan dapat menikmati pelbagai produk inovatif yang direka untuk meningkatkan gaya hidup. Dengan pelancaran kedai utama ini, AKEMI memperkukuhkan lagi kedudukannya sebagai destinasi utama untuk semua keperluan rumah. Kedai ini tidak sekadar menjual produk tetapi turut memberikan pengalaman inspirasi kepada pelanggan melalui pelbagai aktiviti, persembahan, dan pilihan produk inovatif yang menyokong gaya hidup moden dan lestari.
Baca Disini : CARA MUDAH ‘Deep Clean’ Tilam, Jadikan Rutin Bersihkan 4 Bulan Sekali!
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.