
Semakin ramai yang suka tampal cermin tanpa bingkai di rumah, bukan suka-suka tapi sebab kesannya akan nampakkan ruang tamu lebih luas dan cantik.
Tetapi nak pasang cermin tanpa bingkai ini tak mudah kalau tak tahu caranya. Jadi kalau ada sesiapa yang dah lama mengidam nak hias rumah dengan cermin tanpa bingkai ini, boleh baca perkongsian saudara Muhamad Zafri Dan Isteri…
Pasang Cermin Tanpa Bingkai
Sekadar perkongsian. Lots from ikea. Tampal guna gam silikon. Alhamdulillah selamat dan meyakinkan bagi rumah yang ada banyak kucing.
Sebelum ni guna tape biasa, tapi ada ruang celah cermin untuk kucing-kucing panjat sampai ke atas, akhirnya selamat ke lantai. Abaikan cermin yang berkabus kabut. Belum sempat bersihkan kesan gam silikon.
Ada rezeki kita sambung sampai atas. Modal pistol dan gam tak sampai rm20.

Hah, ada mak-mak yang nak pasang cermin ni dekat meja makan? Sila cari gam tu dulu, ya! In shaa Allah hasilnya tak berderai jatuh ke bawah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dalam Akaun Tinggal RM40, Ebby Yus Dapat Rezeki Terpijak Lebih RM30,000

Agaknya apalah baik budi yang pernah Ebby Yus ini kongsikan, sehinggakan tuhan kirimkan seorang peminat berhati luhur memberinya sejumlah RM30,491.93 kepada pelawak terkenal ini.
Cerita Ebby, peminatnya itu berasal dari Kota Singa, Singapura. Begitu berhajat mahu memberikannya bantuan kewangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Mac lalu. Dalam masa yang sama, peminatnya itu sedar akan masalah kesihatan yang Ebby sedang hadapi.
Bila mana Ebby tak dapat bekerja kerana PKP, sedikit sebanyak menjejaskan pendapatannya. Pembantunya maklumkan yang peminatnya itu mahu menghulurkan bantuan kewangan.
Awalnya, dia menolak. Bimbang ada penipuan di sebalik bantuan.
“Saya hubunginya dan jelaskan keadaan saya sudah kembali pulih. Malah, saya katakan pada dia, mohon sumbangkan doa pun sudah mencukupi. Tapi dia mendesak untuk tetap memberikan sumbangan kerana seluruh keluarganya meminati saya.”
Baca sini : 7 alasan yang membolehkan wanita ini selamatkan 3 nyawa dengan 450ml darahnya.
Tiba-tiba Dalam Akaun Ebby Ada Lebih RM30,000
Peminatnya itu tetap minta nombor akaun bank darinya. Bila difikirkan balik, dalam akaun Ebby pun cuma RM40 saja, tak rugi pun kalau dia beri no akaunnya itu.
“Tak lama selepas itu, sejumlah wang bernilai SGD10,000 (RM30,491.93) masuk ke dalam akaun saya. Saya macam susah nak percaya, tapi bila diperiksa berkali-kali, memang benar.”
Bersyukur dengan nikmat rezeki yang diberikan, pelawak otai ini menganggap peminatnya itu ibarat kiriman daripada tuhan untuk membantunya. Malah punyai hati yang mulia dan ikhlas.

Jika tidak kerana situasi pandemik ketika ini, tentu saja dia sudah ke Kota Singa bertemu peminatnya itu dan keluarganya. Cuma, buat masa ini mereka kerap berhubung menerusi telefon.
Terkini, Ebby menjayakan majlis pelancaran Beras Ashraffi yang juga menjadi satu lagi projek usaha sama antara dirinya sebagai penyelaras dengan pemilik Pondok Motivasi Hamlatul Qur’an, Ustaz Dr Mohd Ashraf Suarin.
View this post on InstagramA post shared by Ebbyyus (@ebbyyusoriginal) on
Sumber/Foto : Harian Metro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Payah Bawa Dompet, Lelaki Pasang Implan Cip Kad Bank Di Tangan!

Isi Kandungan
ToggleTak Perlu Bawa Dompet, Lelaki Pasang Implan Cip Kad Bank Di Tangan! Macam-macam cara untuk memudahkan urusan harian dalam membuat pembayaran. Malah tak perlu bawa dompet pun, guna tangan je.
Seorang lelaki menjadi individu pertama di Britain yang mendapatkan implan mikrocip beserta kad bank di bawah kulitnya supaya dia boleh membuat pembayaran menggunakan tangan, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Arnie Szoke, 40, membelanjakan £350 (RM1,877) untuk mendapatkan implan itu di Jerman.
Bayar Dengan Tangan
Szoke yang bekerja sebagai pembantu kesihatan bersama agensi Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) berkata, juruwang dan pelanggan lain di kedai terkejut melihat cara dia membuat bayaran.
“Orang ramai bertanya bagaimana saya boleh membayar dengan tangan saya. Implan itu kelihatan hebat, tetapi isteri saya tidak mahu memilikinya,” katanya.
Guna Teknologi Kad Tanpa Sentuh
Mikrocip itu menggunakan teknologi kad tanpa sentuh dengan medan magnet yang memindahkan data kepada alat pengesan.
Pakar bedah membelah bahagian sisi tangan untuk meletakkan cip keselamatan bersaiz pin yang berukuran setebal setengah milimeter sebelum menjahitnya semula dalam masa lima minit.
“Cara menggunakan cip itu memerlukan sedikit pembelajaran. Ia seperti kad biasa tetapi anda perlu lebih tepat dengan kawasan yang perlu disentuh.
“Ini bermakna saya tidak perlu membawa dompet sepanjang masa. Kali terkahir saya menggunakan wang tunai, sebanyak £40 (RM214) telah hilang bersama pas kerja saya,” jelasnya.
Cip berharga £220 (RM1,179) itu dibina oleh syarikat British-Poland, Walletmor. Ia akan tamat tempoh sama seperti kad bank biasa dan Szoke perlu menggantinya dalam operasi kedua dengan kos £130 (RM696) pada 2029.
Mesti Baca:Profesor Di Jepun Cipta Prototaip Jilat Skrin TV, Boleh Rasa Makanan Sebenar!
Baca Lagi Di Sini:Suntikan Mikrocip Bersaiz Sebutir BERAS Di Lengan, Mudahkan Pelbagai Urusan Harian!
Artikel Menarik:Salun Kecantikan Tawar Perkhidmatan Kuku MIKROCIP Masukkan Data Peribadi

Mingguan Wanita: Tak perlu bawa dompet dah, boleh guna tangan je buat pembayaran. Tapi selamat ke cara begini, risau juga faktor keselamatan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Walau Cuma Tukar Beg Sekolah Idaman, Sepanjang Tahun Anak Senyum Bahagia

Isi Kandungan
ToggleBoleh bayang tak macam mana seronoknya anak-anak bila dapat beg sekolah bertemakan idol yang mereka suka? Wah! Sampai menari kegembiraan mereka di pasaraya bila tahu mak ayah belikan beg cantik itu untuknya.
Sebab itulah, perlunya mak ayah rancang keperluan sekolah anak seawalnya. Masa ini mak ayah lebih selesa memilih keperluan sekolah yang anak-anak suka. Lagipun promosi Beli Terus Senyum 2019 di Tesco sudahpun bermula sepanjang bulan November hingga 2 Januari 2020.
Anak-anak Boleh Pilih Barang Sekolah Ikut Citarasa
Bagi memenuhi citarasa anak-anak yang kaya dengan imaginasi, Tesco memperkenalkan set barangan persekolahan 4 dalam 1 yang mengandungi beg sandang, beg pelbagai guna, bekas pensil dan botol air. Bertemakan bintang idol kanak-kanak, iaitu kuda bertanduk idaman anak-anak, My Little Poney
Set ini juga menyediakan barang keperluan sekolah mengikut karektor idaman seperti Avengers dan Frozen 2. Selain set ini, Tesco juga menjual barangan sekolah yang lain seperti pakaian sekolah, kasut, beg dan alatan tulis untuk anak-anak.
Tak sabar nanti anak-anak mahu melangkah sekolah. Silap-silap, hari-hari anak-anak akan cuba di rumah berulang menggayakan beg cantik yang ada di tangan.
Promosi Beli Terus Senyum Tesco kali ini berbeza daripada yang lain. Kelainan penuh berani ini dibawakan bersama seiring dengan styling K-Pop yang menyerlah dengan warna-warna neon.

Pertandingan Tarian Beli Terus Senyum
Mak ayah akan nampak meriah warna warninya barangan keperluan sekolah anak-anak itu nanti. Seiring dengan itu, music video Beli Terus Senyum pun digubah seiring dengan lagu K-Pop. Malah, anak-anak pun menari mengikut rentak tarian K-Pop.
Wow! Boleh bayangkan kan macam mana seronoknya anak-anak nanti nak ke sekolah bila dapat keperluan seiring dengan citarasa mereka.
Menariknya, anak-anak pun boleh sertai pertandingan tarian video muzik Beli Terus Senyum yang bermula dari 14 November 2019 sehingga 13 Disember 2019.
Pemenang utama berpeluang memenangi 1 set Nintendo Switch dan 200 penyertaan awal yang sah layak menerima RM5 eBaucar.
Cuma buat pembelian RM50, anak-anak layak bertanding. Simpan resit sebagai bukti pembelian ya. Dan bolehlah siap-siap buat kumpulan tarian anak-anak, paling minimum 2 orang kanak-kanak dalam satu kumpulan.
Kalau anda nak dapatkan info lanjutatau terma & syarat tentang peraduan ini, anda boleh layari : https://www.tesco.com.my/Highlights/Contest/Dance-Off-Challenge/HighlightDetails/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI