Kecantikan

Tamat Pantang 100 Hari Ozlynn Syukur Kesihatan Dalaman Makin Pulih “Sibuk Shooting Sekali Pam Susu Dapat 6-7oz”

Share

Tamat pantang 100 hari Ozlynn syukur kesihatan dalaman makin pulih. Begitulah luahan perkongsian pelakon yang juga isteri kepada pelawak Johan tentang dirinya yang kini sudah boleh kembali bekerja.

Ozlynn Wati telah berjaya menamatkan tempoh berpantang selama 100 hari selepas melahirkan anak keenamnya, Nur Latifah Cherdiq Hanania pada September lalu.

“Pantang 100 hari selesai alhamdulillah, rasa happy gila. Ramai cakap aku dah start kerja, yes memang aku dah start kerja,” kongsi Ozlynn menerusi sebuah hantaran di laman Instagram rasmi miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya di media sosial tersebut.

Tamat Pantang 100 Hari Ozlynn Syukur Kesihatan Dalaman Makin Pulih

Tambah Ozlynn, dia kini sudah kembali bekerja kerana mempunyai tanggungjawab untuk keluar mencari rezeki bagi membantu suami dan keluarga.

Menurut Ozlynn lagi dia juga turut bertuah kerana Confinement Lady yang dilantik begitu baik dan hingga hari ini masih menjaga dirinya. Selain sudah boleh lakukan senaman ringkas malah Ozlynn juga gembira dapat memberi susu ibu buat anak kesayangannya.

“Alhamdulillah .. genap 100 hari semalam. Terima kasih @auliyabeautycareandconfinement sampai hari ni masih lagi menjaga aku. Dapat CL yang baik pun satu rezeki.

“Jangan tanya pasal muka kembang aku, ya naik badan balik. Bukan sebab apa tapi sebab baby.

“Dari segi dalaman Alhamdulillah dah sihat, aku dah boleh exercise dah boleh pelan-pelan kayuh basikal kat area umah so aku makan je makanan sihat tapi tak control portion sebab aku nak bagi baby nikmat susu pekat dan sihat. Jadi naik sikit badan tak apalah.

 

Baby Semakin Kuat Menyusu

“Nanti genap baby 6 bulan dah boleh makan, aku akan slowly control portion makanan aku dan lebihkan workout.

“InsyaAllah, skrg ni bengkung lilit aku dah start campak tepi dulu sebab kerja. Tapi mana yang sempat macam sauna urut tungku.

“Baby semakin kuat menyusu. Alhamdulillah walaupun sibuk shooting skali pam dapat jugak 6-7oz.

“Jadi buat ibu di luar sana jangan stress ok. Banyak minum air suam,” kongsi Ozlynn petua yang diamalkan.

Baca Disini Juga: 

Murah Rezeki Ozlynn “Tak Banyak Sikit, InsyaAllah Ada Bahagian Orang Lain, Berkongsilah Masa Tengah Diuji”

Bilik Rahsia Ozlynn Persis Kedai Runcit, Hanya Mak-Mak Mengerti Keseronokan Ini

Nur Latifah Cherdiq Hanania, Indahnya Nama Anak Keenam Johan & Ozlynn “7 Tahun Simpan, Akhirnya Dapat Kepada Pemilik Sebenar”

Sumber / Sumber Foto : Instagram  jozlynnhanania

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita

Published by
Norhayati Suboh