“Takyah Hairan Lah Kalau Pak Dia Tak Bagi Baju Raya, Lantak Depa…” Pesanan Rita Rudaini Buat Kak Lina Pom Pom

Share

Pendedahan Elly Mazlein meluahkan rasa emosinya mengenai bekas suaminya, Azmi Hata yang tak mahu memberi wang belanja raya untuk anak rupa-rupanya turut mencuit emosi pelakon jelita, Rita Rudaini yang membuatkan dia meninggalkan pesan untuk wanita senasib dengannya menerusi Instagram miliknya.

Lebihkan Anak, Diri Sendiri Tak Kisah

Luah Rita, dalam kesibukannya mencari rezeki tapi dia akan tetap membuat persiapan untuk dua anak terunanya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

“Walaupun sorang-sorang, sibuk sana sini tapi alhamdulillah sempat siapkan baju anak-anak. Baju raya mommy tak ada lepas dapat anak, mommy dah tak kisah dah pasal baju raya. Memang tak ada, harap pakai bajuan orang hadiah je. Tak kisah pun, kadang-kadang pakai je apa yang ada. Anak-anak lebih penting.”

Tulisnya lagi, dia bersyukur sebab anak-anak yang memahami dan bukan jenis meminta-minta nak macam-macam.

“Tapi nasib baik dapat anak-anak yang tak meminta-minta, tanya nak kasut tak? Diorang tak nak, diorang cakap baju dulu dah ada, sedih dengar bila mommy beli baju Melayu sorang dua pasang, Ryan bebel dia cakap ‘Nape mommy membazir? Beli dua?’”

Sayu Dengar Permintaan Anak-anak

Alhamdulillah sebab anak-anak Rita Dah besar dah boleh jadi kawan berkongsi rasa tetapi ibu mana yang tak sebak apabila mendengar kata-kata anak dan Rita berdepan dengan situasi ini setiap kali raya…

“Dalam hati mommy sebak nak mati. Mommy jawab ‘Takpe lah, nanti kat sekolah ada celeb raya boleh pakai’ Tanya nak baju casual tak? Tak nak jugak, so Ryan and adik nak apa untuk raya? ‘Tak nak apa-apa, Ryan nak balik kampung je’ Sayu dengar mungkin tuhan nak bagi mommy senang dengan cara ni.”

Pesanan Buat Elly Mazlein

“Buat Kak Lina Pom Pom, takyah heran laa kalau pak dia tak bagi baju raya ka, lantak depa, memang mula-mula terasa sedih, geram, sampai hati buat anak mcm ni, tapi lepas dah tiap-tiap tahun macam tu, kami dah lali and tak heran.”

Orang kat luaq sana mesti ingat pak depa bagi baju raya, duit raya, bayaq sekolah, hanya kami dan tuhan je yang tau doa banyak-banyak supaya kita anak-beranak dijauhi dari manusia munafik dan didik anak-anak kita seelok-elok perangai.

Hmmm… begitulah kisah hidup mak-mak ibu tunggal, mungkin ada yang senasib dengan dua pelakon ini namun apa pun Hakak doakan yang ‘manis-manis’ di bulan yang baik. Moga hati mu terus sado demi masa depan-anak dan murah rezeki dalam pelbagai sudut walaupun ada sesetengah pihak yang sedap mengecam.

Published by
Nadia