Taktik Wanita Pengemis Terbongkar, Gunakan Kerusi Roda Kaburi Mata Orang Padahal Berharta

Share

Kerana wang, manusia sanggup lakukan apa sahaja hingga tidak mampu membezakan mana yang salah, mana yang betul. Bila kemewahan yang dikejar, manusia sudah hilang rasa malu untuk menggadai maruah diri demi kepentingan diri.

Taktik wanita yang menyamar sebagai pengemis akhirnya terbongkar, gunakan kerusi roda untuk kaburi mata orang ramai padahal dia berharta dan memiliki banyak aset. Sepandai-pandai tupai melompat Akhirnya jatuh ke tanah juga.

Sanggup Menipu Untuk Kaburi Mata Orang

Kaherah: Sanggup menipu dirinya kudung kaki dan berkerusi roda untuk menagih simpati dan mengaburi mata orang ramai.

Itu taktik licik seorang wanita di Mesir yang aktif melakukan aktiviti mengemis meminta sedekah di beberapa wilayah di negara itu

Namun, sandiwara wanita berusia 57 tahun itu terbongkar apabila dia ditahan pihak berkuasa negara itu.

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Taktik Pengemis Terbongkar, Rupanya Berharta

Apa yang mengejutkan, siasatan mendapati ‘pengemis’ itu sebenarnya memiliki lima bangunan kediaman di Gharbia dan Qaliubia.

 

Selain itu, dia didapati memiliki wang berjumlah tiga juta pound Mesir (RM793,700) dalam dua akaun banknya.

 

Akhbar tempatan, Al Masry Al Youm melaporkan selama ini, wanita itu berpura-pura kudung kaki apabila mengemis.

Gunakan Kerusi Roda Untuk Kaburi Mata Orang

Selain itu, dia menggunakan kerusi roda untuk meminta sedekah di beberapa wilayah di negara itu.

Pada awalnya, polis menyangka wanita itu benar-benar orang kurang upaya (OKU) apabila duduk mengemis di atas kerusi roda.

 

Bagaimanapun, ada saksi memberitahu bahawa wanita itu dapat berjalan dengan normal apabila selesai mengemis.

 

MW: Mengemis bukanlah satu pekerjaan, sebaliknya menggunakan simpati orang lain untuk kepentingan diri. Kisah ini harus menjadi iktibar buat mak,ayah di luar sana. Cubalah mencari rezeki yang halal untuk keluarga walaupun perit.

Sumber: myMetro

Published by
Nur Syazwani Mehat