Taktik berkesan mahu anak berganjak ke belakang kereta, mak acah-acah buat LIVE suruh ‘report’ polis!.
Keletah anak-anak kecil bila naik kereta adakalanya memang pelbagai ragam. Situasi yang selalu terjadi apabila anak-anak akan berebut nak duduk di bahagian tempat duduk hadapan bersama mak. Malah bila disuruh duduk belakang, memang tak mahu dan macam-macam alasan diberi.Keadaan ini pastinya membahayakan dan membuatkan mak-mak rasa tidak selesa serta tidak selamat.
Baru-baru ini viral video di TikTok@gengjunior berkongsi ‘cara halus’ supaya anak berganjak duduk di tempat duduk belakang tanpa perlu di suruh seperti selalu.
Perkongsian video pendek ini, menunjukkan seorang mak penuh bersemangat berkongsi membuat ‘LIVE’ menceritakan situasi anaknya yang pada ketika itu tidak mahu berganjak ke tempat duduk belakang. Malah dalam nada penuh ‘serius’ menyuruh sesiapa yang menyaksikan video tersebut, membuat laporan di Balai Polis berhampiran.
Terasa diri menjadi ‘topik’ di dalam LIVE tersebut, anak wanita ini dengan sendirinya berganjak ke belakang tanpa perlu di suruh.
@gengjuniortau pun takut. dengan abang2 die sekali takut terus duduk elok2 😂♬ original sound – 4 beradik – 5 beradik
Memang ‘halus’, kreatif dan berkesan sungguh taktik yang digunakan mak anak 5 ini dalam menangani ragam anak-anak. Mak-mak yang lain, jika alami situasi yang sama, boleh cuba taktik ni nanti.
Baca Lagi Di Sini:
Mak Ayah Jangan Mengata Anak Orang Meragam, Walaupun Cuma Terdetik Dalam Hati
Anak Meragam Tak Tentu Pasal, Mak-mak Kena Elakkan Simpan Makanan Ini Di Rumah
Sumber: TikTok@Geng Junior
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura