TAKOYAKI Versi Tekak MELAYU, Ikut Resepi CUCUR VIRAL Menjadi Juga

Share

Takoyaki merupakan snek Jepun berbentuk bebola yang diperbuat daripada tepung sadur berasaskan tepung gandum dan dimasak menggunakan kuali takoyaki khas. Ia biasanya diisi dengan sotong kurita yang dikisar atau dipotong dadu, habuk tempura (tenkasu), jeruk halia dan daun bawang.

Takoyaki memang cukup terkenal, banyak dijual di restoran makanan Jepun, namun ada juga dijual di gerai tepi jalan. Malah di Malaysia sendiri pun ada yang jual di pasar malam.

Bagi mak-mak peminat snek makanan Jepun boleh cuba buat Takoyaki ini tapi versi ‘tekak’ Melayu di rumah. Mudah je, ikut resipi cucur viral pun boleh jadi juga.

Boleh cuba resipi TAKOYAKI Versi Tekak Melayu yang pernah dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar ini.

“Bekal anak pagi ni baba buatkan TAKOYAKI versi MELAYU.Memandangkan baba takde acuan untuk masak tako ni.. jadi kenalah kreatif. So baba buat ikut resepi CUCUR VIRAL. Alhamdulillah menjadi jugak.Boleh makan sepuas-puasnya.”

Resepi Cucur viral:

Bahan-Bahan:

1 cawan air panas didih
1 cawan tepung gandum
1 sudu gula
Secubit garam

Nak jadikan tako versi tekak melayu just tambah kubis (cincang halus) daun sup dan cili merah.Satukan semua bahan dan kacau sebati dengan segera.

Inti boleh la buh sosej, sotong atau crabstick mana-mana yang berkenan.

Bulat-bulatkan pastu bolehlah digoreng dalam minyak yang panas.

Untuk sos (versi hentam saja daa):

Panaskan Kicap manis + gula & air.. pastu tambah tempung jagung untuk pekatkan sos. Sos kena manis baru sedap.

Untuk hiasan:
Saya tabur daun sup dengan bawang goreng.. bonito takde kat rumah.

Baca Lagi Di Sini: Wanita Ini Kongsi Cara Nak Buat Sushi Sendiri, Puas Hati & Jimat Tak Perlu Beli

MW: Jadi buat mak-mak yang suka snek Jepun ni, bolehlah cuba buat Takoyaki versi tekak Melayu ini di rumah. Mudah je, tak de acuan pun boleh jadi.

Sumber: Wan Muhammad Hafiz Satar

Published by
Suhaidah Abd Wahab