Sebaik pihak polis mendedahkan ketua sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang berjaya ditangkap Selasa lalu merupakan seorang usahawan kosmetik dan adiknya. Nama usahawan kosmetik terkenal, Datuk Alha Alfa pula yang terpalit menjadi mangsa fitnah media sosial.
Hasil pemeriksaan polis ke atas sebuah kereta mewah jenis Ford Mustang yang dinaiki kedua-dua suspek, polis menjumpai teh cina mengandungi dadah jenis syabu seberat 126.86 kilogram bernilai RM5 juta.
Malah, suspek utama mendakwa dirinya seorang ‘Datuk Seri’.
Agak-agaklah Nak Pakai Gambar Kereta Saya – Alha Alfa
Tanpa usul periksa, netizen menyebarkan gambar dan mendedahkan Alha individu yang dimaksudkan. Berang dengan tindakan melulu netizen Alha menegaskan bukan dia yang dimaksudkan.
“Agak-agaklah. Korang jangan lah nak main melulu-lulu, nak serang-serang. Nak main DM DM, nak komen bukan-bukan kat IG saya. Agak-agak lah saya jual dadah.. haha main tangkap muat je.
Ads
Saya tengah kerja lagi ni. Sorry guys nak sembur tu kaji dulu. Takkan la saya sorang je pakai mustang kat Malaysia ni. Agak-agak nak guna pakai gambar kereta saya suka hati macam ni. Ya Allah.. sedih.”
Ads
Dan, dalam posting yang berlainan Alha meluahkan perasaan sedihnya yang tak terkata. Malah, tuduhan tak berasas itu juga membuatkan kehidupannya bertukar huru-hara.
BUKAN SAYA! please yang baca kat mana-mana benda ni. Korang bagitau sikit saya sedang seronok-seronok balik kerja dan ada kat rumah ni ha.. tengok Netflix. Dah.. dah please stop call, whatsapp, DM bagai. Rimas saya.”
Ads
Luahnya mahukan pengertian daripada orang ramai.
MW : Jangan sesuka hati fitnah orang, tuhan dengar doa orang teraniaya ni.
Mak Ayah Depan Mata Tak Mampu Didik Anak, Bercerai Berai Tak Semestinya Anak Bermasalah! Perkongsian yang diluahkan oleh Puan Nurul Izzah Zainol menenerusi akaun Facebooknya memberi banyak pengajaran buat para ibu bapa di luar sana.
Ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka melalui proses perceraian dengan memastikan suasana di rumah adalah stabil.
Keperluan fizikal dan emosi anak-anak perlu dipenuhi dan mereka mesti diberikan sokongan. Justeru itu ibu bapa perlu menjaga keperluan mereka sendiri dan cuba berbincang dengan bekas pasangan mereka sebaik mungkin.
Kanak-kanak akan dapat meneruskan hidup mereka dengan baik jika mereka merasakan yang kedua ibu bapa masih menyayangi mereka.
Pada kebiasaanya masyarakat akan menganggap apabila berlakunya perceraian dalam keluarga maka akan berlakunya kekecohan dan anak-anak pula akan terbiar.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Puan Nurul Izzah, banyak perbezaan antara ibu bapa yang bercerai berai dan juga ibu bapa yang tidak berfungsi walaupun anak-anak di depan mata.
Namun bukan semua pasangan yang bercerai mengabaikan anak-anak. Malah ada di kalangan mereka yang bercerai anak-anak dijaga dan diasuh dengan baik. Ibu bapa pula sangat profesional dalam membesarkan anak-anak walau mereka tidak tinggal sebumbung.
Ada pula ibu bapa yang tinggal bersama namun tidak menjalankan tanggungjawab yang sempurna dan akhirnya anak-anak bermasalah.
BROKEN FAMILY VS DYSFUNCTIONAL
PARENT
“Kenapa tak nak bercerai?”
Klien: “ Saya dah tengok anak-anak murid saya yg bermasalah disebabkan mak ayah bercerai”
Saya: “Are u sure anak2 bermasalah sebab mak ayah bercerai?”
I can prove it is wrong.
Saya pernah pergi melawat ke salah satu buah sekolah yang menempatkan kanak-kanak yang mengandung luar nikah. Ada 1 kes, dua orang sekali adik beradik yang dimasukkan ke situ. Si kakak 15 tahun, sedang mengandung 7 bulan manakala si adik darjah 6 baru sahaja bersalin masa hari saya sampai.
“Mak ayah bercerai?”
“Taklah, ada je.”
Kami pun berbual lebih mendalam tentang kejadian 2 beradik yang sampai mengandung luar nikah tu. Iya, pergaulan bebas dan tidak diawasi mak ayah. Even ‘Projek’ pun dibuat di rumah sendiri. Si ibu habis kerja waktu pejabat, terus malamnya berniaga. Tak sempat tengok perihal anak-anak. Si ayah, menganggur, duduk rumah tak buat apa sampai anak-anak buat projek di rumah pun tak diambil tahu.
Kes kedua.
Ketika saya buat field work kajian mengenai kanak-kanak dalam institusi tahanan. Salah seorangnya kanak-kanak yg ditangkap sebab curi motor.
“Macam mana sampai boleh nak curi motor tu?”
“ Ala, dah lama dah buat, kali ni plak kantoi. Ayah saya yg ajar saya. Tapi malam tu ayah saya tak kena pulak!” Nada macam tak puas hati.
“Mak ayah bercerai?”
“Eh taklah, mak ada je jaga adik-adik 2 orang. Malam kena tangkap tu mak bersalin”
“Tinggal kat mana?”
“Tinggal kat rumah setinggan tapak orang buat rumah tinggi tu”
2 kes saja dulu saya cerita daripada berpuluh-puluh responden kami. Dan soalan latar belakang keluarga memang kami kena tanya untuk buat analisa.
Bila data keluar, those anak-anak yg bermasalah umumnya bukan daripada broken family jika broken itu ditafsirkan sebagai mak ayah bercerai berai. Majoriti datang dari keluarga mak ayah yang ada depan mata dan tinggal bersama.
COMMON EXCUSE
Sebagai peguam syarie, common sangat saya jumpa alasan tak sanggup nak bercerai takut nanti beri kesan buruk pada anak-anak. Takut anak memberontak, anak tak menjadi, anak akan ikut jejak mak ayah yg kononnya failed parenting sebab bercerai.Tambah-tambah dengan isu yg sedang viral sekarang ini kesan daripada mak ayah bercerai.
Kawan-kawan, failed parenting tu bukan pada status hubungan mak ayah. Divorced or Married. Cukuplah refer balik 2 kes di atas untuk jadi contoh failed parenting. Ada mak ayah depan mata tetapi tidak mampu mendidik. Ada mak ayah depan mata tidak mampu memberi teladan. Ada mak ayah depan mata tidak mampu sediakan keperluan asas untuk well being anak-anak.
FAILED PARENTING
Tinggal bersama tak semestinya ia lebih baik untuk anak-anak. Jika tinggal bersama tapi yg ditonjolkan akhlak yang buruk, perangai syaitan, ajar pulak anak perkara maksiat dan mungkar, hari-hari drama pertengkaran maki hamun antara mak ayah, WTH lah ini dikatakan ‘LEBIH BAIK?”
Bahkan inilah genuine failed parenting!
“Tapi, suami saya baik je dengan anak-anak saya. Dengan saya je dia jadi macam tu. Saya taknak pisahkan anak-anak saya dgn bapak diorang.”
Kak long, dah siapa suruh pisahkan. Yang berpisah tu mak ayahnya. Anak-anak tu bagi jelah unlimited access kat bapaknya. Ha nak bagi bermalam setiap minggu pun bagi lah. Kak long pi lah holiday ke me time ke. Bezanya tak tinggal sekali je, nak jumpa nak overnight dengan anak-anak bagi jelah sekerap mana pun.
Giliran penjagaan anak ni boleh manage. Boleh atur. Tu belambak contoh divorced parent yg successfully maintain good relationship dgn anak-anak even masing-masing dah kahwin lain. Menjadi elok pulak tu anak-anaknya tu.
Ibu ibu bapa-bapa sekalian,
Yang broken family tu bukan pada divorced parent atau tak.
Broken tu apabila wujudnya dysfunctional parent even 24 jam depan mata anak-anak.
“Diri Bahagia Baru Kita Tenang Uruskan Anak-Anak” Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang berkongsi pendapat mereka tersendiri!
Mingguan Wanita : Benarlah apa yang dikongsikan ibu bapa yang membentuk peribadi anak-anak.
Malang tak berbau. Telah tersurat begitu pengakhirannya. Semoga keluarga remaja ini redha dengan pemergiannya.
Dikatakan motosikal gadis ini hilang kawalan selepas bergesel dengan treler, pelajar kolej meninggal di tempat kejadian setelah digilis treler.
Motosikal Hilang Kawalan Selepas Bergesel Treler
Seorang pelajar perempuan Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi, Selangor maut selepas digilis sebuah treler apabila motosikal ditungganginya terbabit kemalangan di Jalan Pokok Mangga, Melaka.
Kemalangan pada jam 8.20 pagi itu menyebabkan mangsa, Nurul Asyikin Razali, 22, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Nouvo LC dalam perjalanan dari Plaza Pandan Malim menuju ke lampu isyarat Pokok Mangga.
Pelajar Kolej Meninggal Di Tempat Kejadian Selepas Digilis
Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa bergesel dengan bahagian kiri treler terbabit menyebabkan motosikalnya hilang kawalan dan melanggar tong sampah di bahu jalan.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh dari motosikal lalu digilis lori treler berkenaan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan akibat mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MW: MW merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan diharap keluarga mangsa tabah berdepan ujian berat ini. Al-Fatihah.
Bila anda dengar tagline ‘Pencetus Nafsu Sebenar Wanita’, apakah yang terbayang di fikiran anda? Menurut Pengasas MiraGold, Puan Dhamirah Daling tagline tersebut dipilih memberi simbolik tersendiri melambangkan emas sebagai pendamping setia wanita.
Selain itu, beliau berharap agar jenama MiraGold menjadi kedai emas nombor satu idaman wanita di Malaysia.
Nor Dhamirah binti Daling dan Mohd Zulatika bin Ghani
Wanita mana yang tidak terpikat dengan kemilauan perhiasan emas. Ia bukan sahaja berperanan sebagai perhiasan wanita, malah ia merupakan pelaburan untuk jangka masa panjang terbaik yang kalis inflasi.
Minat dalam bidang perniagaan membuka ruang buat pasangan suami isteri, Nor Dhamirah binti Daling dan Mohd Zulatika bin Ghani membuka perniagaan berasaskan emas diberi nama MiraGold.
Meskipun kedua-duanya merupakan graduan lepasan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dan Ijazah Kejuruteraan Awam, pasangan suami isteri ini mempunyai sebab mengapa lari jauh dari bidang teknikal yang dipelajari di peringkat universiti.
Tidak hairanlah berkat minat dan sokongan antara satu sama lain mendorong pasangan ini menceburkan diri dalam perniagaan emas yang pastinya mempunyai cabaran dan risiko tersendiri.
Syarikat 100 peratus milik bumiputera ini mula bertapak pada tahun 2018 di Bandar Baru Uda, Johor sebelum beralih ke Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor pada tahun 2019. Nama MiraGold begitu dikenali di selatan tanahair dan mempunyai pelanggan tetap sehingga ke negara jiran iaitu Singapura.
Baharu sahaja melebarkan empayar perniagaan ke ibu kota Kuala Lumpur, MiraGold kini mempunyai cawangannya yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kedai Emas ini mula beroperasi pada 8 Mac 2024 lalu dimana ia menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk setiap pelanggan yang berkunjung ke cawangan terbaharunya di ibukota Kuala Lumpur.
MiraGold turut aktif dalam penjualan dalam talian dan live di sosial media seperti Facebook, Tiktok dan Instagram dan mengambil kesempatan sepenuhnya dari media sosial untuk mempromosikan produk mereka.
Jika andapenggemar barangan emas, pelbagai jenis rekaan ditawarkan dari kategori evergreen, moden dan juga unik antaranya koleksi rekaan ibu dan anak iaitu set Clover full gold, set Clover enamel, set Evergreen lipan dan set Oro Italia.
Pilihan Masa Kini
MiraGold turut menawarkan pembelian barangan perhiasan emas secara dalam talian dengan jaminan keselamatan penghantaran kepada pelanggan. Barangan kemas yang terdapat di MiraGold meliputi aksesori untuk dewasa dan kanak-kanak.
Hadiah Hari Raya
Sempena kedatangan Ramadan dan Syawal, MiraGold turut mengeluarkan kad raya edisi terhad yang istimewa untuk mengembalikan nostalgia Raya seperti dahulu yang menggunakan kad raya sebagai pengantaraan baik yang jauh mahupun yang dekat. Edisi terhad ini didatangkan dengan gold bar 1gm dan 0.25gm.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...