Takdir Ajal Bersama Sehidup Semati, Suami Isteri Meninggal Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi

Share
Takdir ajal bersama sehidup semati, suami isteri meninggal kemalangan motosikal berkuasa tinggi. Tidak lambat sesaat, tidak juga cepat seminit. Apabila ajal sudah tertulis di luh mahfuz, semua kita akan dijemput kembali kepada Yang Maha Esa.
Pemergian suami isteri, Dr Azura Abdullah  dan suaminya, Haji Rizal Bin Othman dalam kemalangan Kilometer 296.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Perak semalam meninggalkan enam orang yang kesemuanya masih bersekolah.
Bertugas sebagai doktor gigi di Hospital Shah Alam, kebaikan arwah dan suami disebut-sebut oleh rakan yang mengenali pasangan ini. Menyifatkan keduanya sangat baik dan sentiasa murah dengan senyuman serta sentiasa menolong orang.

Takdir Ajal Bersama Sehidup Semati

Satu perkongsian di fb Zulaikha Asmal yang mengenali Dr Azura memperlihatkan pasangan suami isteri ini disayangi ramai.

Tulisnya, Innalillahiwainnailahirojiun. Perginya seorang bos yang sangat-sangat baik. Sentiasa murah senyuman dan sangat-sangat merendah diri orangnya. Pergi di hari yang baik. Malam ni pun malam yang baik. Pergi bertemu Allah pun bersama2-sama dengan suami tercinta. Sangat indah pengakhirannya.
Pemergian yang dicemburui. Masih terbayang wajah arwah tengahari tadi. Biasanya apabila ditegur arwah akan singgah sekejap untuk sembang tapi tadi arwah hanya senyum dan nampak sedang berkejar nak balik. Hanya senyuman je yang diberi.Ya Allah, ampunkanlah dosanya dan terimalah setiap amalan kebaikannya serta tempatkanlah mereka suami isteri dalam golongan orang-orang yang beriman.. Semga kita juga dikurniakan pengakhiran yang baik-baik juga. Amiin.
Arwah (kiri) diakui seorang ketua yang sangat baik dan sentiasa menghulurkan pertolongan kepada yang memerlukan.
Motosikal dinaiki pasangan suami isteri ini terlanggar sebuah kenderaan sebelum keduanya terjatuh.

Suami Isteri Meninggal Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi

Menteri Kesihatan Dr. Zalina Mustafa mengucapkan takziah kepada kakitangan kementerian itu yang maut bersama suami dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 296.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Perak semalam.

Zalina dalam satu hantaran di laman Facebooknya hari ini berkata, beliau mengesahkan mangsa ialah Dr. Azura Abdullah merupakan seorang pegawai pergigian di Daerah Lembah Pantai dan anggota Persatuan Pakar Kesihatan Awam Pergigian Malayasia (Madphs).
Pasangan ini meninggalkan enam orang anak yang kesemuanya masih bersekolah.
Jenazah telah disolatkan di Surau An-Nur, Jalan Pending 2b, Bandar Puteri, Kelang. Jenazah dibawa balik ke kampong arwah di Parit Sulong, Muar Johor untuk dikebumikan.
“Saya menerima satu khabar duka bahawa Dr. Azura Abdullah, iaitu seorang Pegawai Pergigian di Daerah Lembah Pantai, juga merupakan Madphs serta suaminya telah ditimpa kemalangan jalan raya di Lebuhraya Tapah ke Gopeng, dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“Mari bersama mendoakan kedua-dua jenazah pasangan tersebut ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT,” katanya di sini hari ini. Sumber gambar :- media sosial

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros