Benarlah kan anak perempuan tetap menjadi ‘cinta hati’ seorang ayah walaupun dah berkahwin dan mempunyai kehidupan sendiri. Jika sebelum berkahwin, anak perempuan banyak bergantung pada ayahnya sendiri, selalu dimanjakan, rasa dilindungi, menjadi penyelesai segala masalah yang ada.
Begitulah juga harapan isteri selepas berkahwin, berharap segala ‘perasaan’ tersebut di ambil alih oleh insan bernama suami. Suami diharap menjadi tempat pengganti bagi tanggungjawab ayah selama ini.Bukan hanya dalam urusan kasih sayang dan emosi, namun juga dalam membantu urusan rumahtangga.
Kadang kala jadi suami ni bermakna kita kena jadi apa sahaja yang isteri minta.
Paip sinki rosak dia tak panggil tukang paip, tapi dia panggil suami.
Nak cat rumah dia tak panggil tukang cat, tapi dia panggil suami.
Mesin basuh rosak, di suruh juga suami yang betulkan.
Lipas dalam bilik air pun kita juga yang kena tangkap.
Itulah namanya isteri.
Dia mengadu,
Dia minta tolong,
Dia suruh kita buat macam-macam.
Bukan sebab kita ni lelaki kena tahu buat semua kerja.Tapi dia cari kita sebab kita ni suami dia, dan suami ni ibarat pengganti ayah dia dulu.
Bagaimana ayahnya buat semua perkara untuk dia dulu, begitu juga dia harap suami akan buat.
Bagaimana ayahnya manjakan dia dulu, begitu juga dia harap suami akan manjakan dia.
Bagaimana ayahnya buat dia rasa selamat dan gembira dulu, begitu jugalah yang di harap dari suami.
Jadi tak usah mengeluh kalau isteri minta tolong buat itu ini.Itu tanda dia rasa senang dengan kita dan itu maknanya kita boleh di harap!
Tapi awas kalau isteri terlalu berdikari dan jarang minta tolong suami.Mungkin ini petanda si isteri tak percaya atau rasa suami tak boleh di harap.
Biar tak pandai buat kerja jangan tak pandai menolong.
Follow & See First ? Mohd Fhais supaya anda tak terlepas tips dan info tentang kekeluargaan, keibubapaan dan hubungan suami isteri di wall saya setiap hari.
MW: Pesanan buat para suami, usah mengeluh dan rajin-rajin lah menolong isteri dalam urusan rumahtangga. Ia bermakna isteri percaya dan menunjukkan suami seorang yang boleh diharap.Semoga rumahtangga yang dibina harmoni dan berkekalan hingga ke syurga!
Sumber : Mohd Fhais