Benarlah kan anak perempuan tetap menjadi ‘cinta hati’ seorang ayah walaupun dah berkahwin dan mempunyai kehidupan sendiri. Jika sebelum berkahwin, anak perempuan banyak bergantung pada ayahnya sendiri, selalu dimanjakan, rasa dilindungi, menjadi penyelesai segala masalah yang ada.
Begitulah juga harapan isteri selepas berkahwin, berharap segala ‘perasaan’ tersebut di ambil alih oleh insan bernama suami. Suami diharap menjadi tempat pengganti bagi tanggungjawab ayah selama ini.Bukan hanya dalam urusan kasih sayang dan emosi, namun juga dalam membantu urusan rumahtangga.
Jemput baca catatan perkongsian oleh Mohd Fhais ini;
Kadang kala jadi suami ni bermakna kita kena jadi apa sahaja yang isteri minta.
Paip sinki rosak dia tak panggil tukang paip, tapi dia panggil suami.
Nak cat rumah dia tak panggil tukang cat, tapi dia panggil suami.
Mesin basuh rosak, di suruh juga suami yang betulkan.
Lipas dalam bilik air pun kita juga yang kena tangkap.
Ads
Itulah namanya isteri.
Dia mengadu,
Dia minta tolong,
Dia suruh kita buat macam-macam.
Suami Pengganti Ayah
Bukan sebab kita ni lelaki kena tahu buat semua kerja.Tapi dia cari kita sebab kita ni suami dia, dan suami ni ibarat pengganti ayah dia dulu.
Ads
Bagaimana ayahnya buat semua perkara untuk dia dulu, begitu juga dia harap suami akan buat.
Bagaimana ayahnya manjakan dia dulu, begitu juga dia harap suami akan manjakan dia.
Bagaimana ayahnya buat dia rasa selamat dan gembira dulu, begitu jugalah yang di harap dari suami.
Jadi tak usah mengeluh kalau isteri minta tolong buat itu ini.Itu tanda dia rasa senang dengan kita dan itu maknanya kita boleh di harap!
Tapi awas kalau isteri terlalu berdikari dan jarang minta tolong suami.Mungkin ini petanda si isteri tak percaya atau rasa suami tak boleh di harap.
Ads
Biar tak pandai buat kerja jangan tak pandai menolong.
Follow & See First ? Mohd Fhais supaya anda tak terlepas tips dan info tentang kekeluargaan, keibubapaan dan hubungan suami isteri di wall saya setiap hari.
MW: Pesanan buat para suami, usah mengeluh dan rajin-rajin lah menolong isteri dalam urusan rumahtangga. Ia bermakna isteri percaya dan menunjukkan suami seorang yang boleh diharap.Semoga rumahtangga yang dibina harmoni dan berkekalan hingga ke syurga!
Sesiapa saja baik suami, ibu ayah sendiri malah mentua serta majikan, kenalah memahami betapa sukarnya seorang ibu yang sedang menyusukan anak kecilnya. Lagi-lagi ketika ibu dalam keadaan berpantang, kesukaran itu akan jadi berganda.
Sepertimana yang dikongsikan oleh Maisarah Ismail ini, beliau mengungkapkan terdapat 11 episod kesukaran yang pasti ibu menyusu akan lalui. Semoga dengan perkongsian ini akan memudahkan suami ataupun yang dekat dengan ibu menyusu jadi lebih memahami
Adakah Anda Sanggup Terima
1: Bangun setiap 2 jam setiap malam untuk menyusukan baby bermula dari hari pertama kelahiran yang penuh episod suka/duka sehingga infinity and beyond.
2: Tidur mengiring sebelah side 30 minit or lebih atau duduk di kerusi memangku anak menyusu selama 30 minit atau lebih? Lebih tragis perlu lakukan sendirian sebab suami tidur mati!
3: Anak nak mengempeng dengan anda. Anak tak boleh diletak kan dalam baby cot atau atas tilam? Paling best, anda perlu lakukan sendiri sebab baby tak mau dengan suami atau orang lain. Datang pula manusia lain dengan advice negative.
4: Menepati jadual pump setiap 3 jam berdurasi 15 ke 20 minit sekali di tempat kerja untuk memastikan demand sentiasa ada tanpa skip session? Atau power pumping yang menelan masa sejam satu session sekurangnya seminggu sekali?
5: Breast bengkak sebab oversupply? Sehingga anda demam tahap makan tak lalu, breast panas berdenyut sampai berhari-hari? Suami buat derk (padahal suami tak tahu apa nak kena buat).
6: Badan lesu, muka pucat gara-gara keletihan bekerja, menyusukan anak , dan menguruskan rumah tangga? Sometime datang sakit kepala macam migraine tapi hanya boleh telan paracetemol sahaja sebab kau bf mom!
7: Berkuntau setiap pagi untuk menyiapkan diri ke tempat kerja dan menyiapkan anak-anak ke tempat asuhan? Paling win bila suami jenis outstation or suami keluar lebih awal dari isteri gara-gara nak elak traffic jam! duduk pulak rumah kongsi bertingkat, bag-bag berderet nak kena hangkut..pergi kerja balik kerja semua buat sorang-sorang heh!
8: Anda jenis pekak kan telinga bisukan mulut keraskan hati boleh menerima pandangan sinis dari orang sekeliling termasuk mertua, keluarga, sahabat dan netizen.
9: Anda selalu lapar, makan tak henti, badan tak turun-turun sejak anak lahir (ada cara pemakanan yang betul untuk bf mom, tolong cari orang yang arif bukan main hentam je).
10: Support equipment breastfeeding gila mahal..breastpump, storage bag, storage bottle, storage bag, ice pack, nursing cover,nursing bra, nursing wear eh-eh, masuk milkbooster sekali sebab susu kurang!
11: And the list goes on and on mommies!
Ini hanyalah diantara situasi yang anda alami sebagai bf mom yang normal. Belum campur kes anak jaundice dalam pantang, emosi semasa dalam pantang, karenah anak-anak yang lain (jika ada), karenah si suami (kes isteri yang mahu bf sebab trend, kena pula suami jenis ikut suka kaulah bini, kau nak ko lead/tanggunglah). Majikan yang tak support, colleagues yang mulut celupar.
Belum campur bab parenting lagi.
So, welcome to the breastfeeding world mommies!
Sebab tu la saya cakap breastfeeding ni COMMITMENT, bukan trend
‘Kepala bayi tertinggal dalam rahim’. Hospital cuai, wanita ini trauma hilang anak sebelum sempat menatapnya.
Kasihan sungguh kepada ibu ini, sudahlah nyawa anaknya hilang, trauma yang dialami sudah tentu memakan masa untuk pulih.
Jika ibu lain gembira setelah melahirkan anak yang dikandung selama Sembilan bulan, berbeza sungguh dengan situasi yang dialami ibu dari Pakistan ini.
Kepala Bayi Tertinggal
Wanita melalui detik trauma dalam hidup apabila kepala bayi dalam kandungan dipenggal dan ditinggalkan dalam rahimnya.
Begitulah situasi dilalui seorang ibu yang terpaksa menanggung detik ngeri dalam hidup dek kecuaian seorang kaki tangan perubatan dalam melakukan kerjanya dan menyebabkan kepala bayinya terpenggal sebelum ditinggalkan di dalam rahimnya.
Dalam Rahim
Kejadian tersebut berlaku di sebuah perkampungan di wilayah Sindh, Pakistan.
Wanita berusia 32 tahun itu pada mulanya pergi ke sebuah perubatan di kawasan tempat tinggalnya.
Memetik laporan NDTV, menurut ketua unit ginekologi Universiti Perubatan dan Kesihatan Liaquat (LUMHS), Profesor Raheel Sikander, kecuaian itu disebabkan tiada doktor sakit puan, kaki tangan tidak berpengalaman itu telah menyebabkan dia berdepan dengan trauma.
Jelas Raheel, kaki tangan tersebut terpenggal kepala bayi berkenaan di dalam rahim wanita itu dan tidak mengeluarkannya.
Ketika pesakit tersebut berdepan dengan situasi kritikal, dia dikejarkan ke sebuah hospital terdekat di bandar Mithi, di mana tiada kemudahan untuk merawatnya.
Mereka kemudian bergegas ke LUMHS, di situ, keseluruhan mayat bayi berkenaan dibawa keluar dari rahim wanita itu.
Hilang Anak
Agak bernasib baik, tindakan pantas tersebut dapat menyelamatkan pesakit itu.
Susulan insiden itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Sindh, Dr Juman Bahoto telah mengarahkan siasatan dijalankan bagi kes tersebut.
Jawatankuasa siasatan akan mengenal pasti kejadian sebenar terutamanya situasi ketiadaan pakar ginekologi dan kaki tangan wanita di RHC tersebut.
Mingguan Wanita : Semoga wanita ini kuat berdepan dengan kehilangan nyawa anaknya dan kembali pulih daripada trauma yang dialami.
Sebelum ini, ayah selalu pesan pada anak sulungnya untuk jaga adik baik-baik.” Dek kerana Covid-19, enam beradik jadi yatim sekelip mata.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah gambaran kehidupan yang dilalui enam beradik yatim piatu selepas bapa mereka meninggal dunia akibat Covid-19 pada bulan lalu.
Kerana Covid-19
Bapa mereka, Zulkepeli Ramli, 61, yang mempunyai beberapa masalah kesihatan disahkan meninggal dunia di rumahnya di Kampung Durian Burung pada 27 September lalu manakala ibu mereka, Tuan Norziana Tuan Sagar telah kembali ke rahmatullah empat tahun lalu kerana kanser hati.
Pada usia yang masih muda, anak sulung pasangan itu, Cempaka Imam, 20, kini memikul tanggungjawab menjaga lima adiknya iaitu Kasih Nurani, 17, Sayang Murni, 15, Suci Sufiah, 13, Wali Al-Hadad, 10 dan Waiz Al-Syahid, 8.
Walaupun berdepan kesukaran khususnya dari segi kewangan, menurut Cempaka Imam, dirinya bersama suami, Muhammad Khairul Syafiq Anwar, 26, akan berusaha memastikan kebajikan dan pendidikan adik-adiknya terbela dan tidak terabai.
Ayah Pesan Jaga Adik Baik-Baik
“Sebelum ini, ayah selalu pesan supaya jaga adik-adik dengan baik tapi tidak sangka ayah pergi dengan cepat. Jadi, saya akan pegang pesanan ayah dengan menjaga dan tidak sesekali pisahkan adik-adik, biar mereka membesar depan mata saya.
“Harapan saya satu, supaya adik-adik berjaya kerana itu juga impian arwah ayah dan mak. Cuma saya kasihan dengan dua adik yang masih kecil, mereka masih perlukan kasih sayang ayah dan ibu.
Walaupun saya jaga, kasih sayang saya dan suami tidak sama,” katanya lagi.
Enam Beradik Jadi Yatim
Selepas kehilangan ketua keluarga, enam beradik itu dengan empat daripada mereka masih bersekolah kini bergantung sepenuhnya kepada Muhammad Khairul Syafiq yang bekerja sebagai penghantar minyak masak dengan bayaran upah sebanyak RM30 sehari.
Sayang Murni dan Suci Sufiah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad manakala Wali Al-Hadad dan Waiz Al-Syahid belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Burung.
“Pendapatan suami memang tidak seberapa tapi saya bersyukur kerana saudara-mara, jiran-jiran, orang ramai dan ketua kampung di sini prihatin dengan keadaan kami dan bantu memberi sumbangan wang serta makanan seperti beras serta bahan kering lain,” katanya.
Meninggal Dunia Di Rumah
Mengimbas detik kematian Zulkepeli, cerita Cempaka Iman, dia dimaklumkan oleh adiknya bahawa ayah meninggal dunia di rumah pada jam 2 petang selepas beberapa hari tidak sihat dan ujian saringan mengesahkan arwah positif Covid-19.
Dia yang ketika itu sedang menjalani kuarantin di rumah mertua di Marang berkata, lebih menyedihkan adalah semua adik-beradiknya tidak dapat menguruskan jenazah Zulkepeli kerana perlu kuarantin diri.
“Selepas kematian ayah, yang paling terkesan adalah Wali kerana dia paling rapat dengan arwah ayah. Bila rindu dia akan peluk baju ayah dan cakap Wali rindu ayah, ayah baliklah Wali rindu ayah,” katanya sebak.
Salur Bantuan Sewajarnya
Sementara itu, pembantu khas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Azmi Ali berkata, pihaknya akan memantau enam beradik berkenaan dan menyalurkan bantuan sewajarnya khususnya dari aspek pendidikan bagi memastikan kebajikan mereka tidak terabai.
“Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Taman Setia, Abd Khalid Othman telah mengambil tindakan dengan memohon bantuan daripada agensi berkenaan. Kita juga akan menilai sumbangan lain termasuk bantuan modal memulakan perniagaan dan peluang kerja bersesuaian,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga anak sulung keluarga ini yang kini memikul tanggungjawab untuk menjaga lima adik-beradik terus kuat berdepan dengan ujian berat ini.