Tak tetap hantaran kerana tak nak bakal menantu terbeban, memang sporting pakcik nie. Pasti ramai ada kenangan tentang isu hantaran nie. Ya dari dulu ia dibahas tanpa henti.
Ada mak ayah yang mengambil kira besarkan anak dari kecil, beri pendidikan terbaik hingga ada ijazah dan sebagainya. Kemudian untuk membayar “nilai” itu hantaran diletakkan tinggi hingga lelaki terkulat-kulat dengar.
Tak Tetap Hantaran Kerana Tak Nak Bakal Menantu Terbeban
Nilai hantaran mengikut taraf pendidikan juga pernah menjadi perdebatan di media sosial kerana mereka yang ada SPM saja menetapkan hantaran sampai RM8000 mengambil kira keperluan semasa hari ini. Jika lulusan SPM saja sudah RM8000, paling tidak mereka yang miliki ijazah RM15,000 atau RM20,000 ke atas. Dan jelas ia pasti membebankan kebanyakan lelaki bujang yang gaji asasnya sebanyak RM1500 sebulan.
Tapi tak semua mak ayah berfikiran tertutup kerana paling penting sebelum anak mendirikan rumahtangga, paling penting adalah perbincangan dan tolak ansur bersama keluarga lelaki.
Satu video yang viral di media sosial memperlihatkan seorang bapa yang telah meletakkan “hantaran” RM29,990 kerana anaknya, Amalina berkelulusan accountancy. Jelas kelihatan rombongan lelaki terdiam mendengar angka dinyatakan namun secara spontan bapa ini berkata ia hanyalah gurauan semata-mata.
Dirinya langsung tidak meletakkan berapa nilai hantaran buat anak gadisnya dan semuanya terpulang kepada pihak lelaki untuk memberi berapa yang mampu.
“Saya tak mahu ia menjadi beban kepada pihak lelaki untuk menilai yang berpatutan, tidak membebankan dan itulah prinsipnya. Tapi paling diutamakan ialah mas kahwin yang wajib,” katanya yang membuat lawak.
Namun apa dimintanya hanyalah mas kahwin berjumlah dua dinar emas 999 yang mengambil kira satu dinar 999 bersamaan 4.25 gram.
Ads
Apa pun di dalam Islam, perkahwinan sebenarnya mudah. Dalam rukun nikah ada lima iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, saksi, wali dan akad.
Namun adat orang Melayu akan menambah hantaran, goodies bag, pelamin, make-up, band muzik, pelamin bermegah-megah sehingga perkahwinan hari ini dilihat suatu yang membebankan. Apa pun, tepuk dada tanya poket.
Suami isteri tinggal satu rumah selepas bercerai? Boleh atau tidak? Min pun jadi tertanya-tanya selepas tengok drama viral yang terbaru. Rupanya, macam tu ya jawapannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rata-rata rakyat Malaysia sememangnya sudah banyak menggunakan produk penjagaan kulit berasal dari Korea untuk mendapatkan kulit halus dan cantik bak selebriti Korea. Kini, anda boleh mencuba produk kecantikan halal dan vegan, L.Soulle yang kini sudah tiba di Malaysia. Ia dirumus khas untuk memenuhi keperluan kaum wanita khususnya dalam rutin penjagaan kulit.
Tuah selebriti Fatin Afeefa dilantik menjadi wajah eksklusif produk ini yang disifatkan sebagai cukup sesuai dengan kulit wanita di Malaysia.
Istimewanya produk ini ialah L.Soulle secara rasminya telah menerima pensijilan Halal KMF daripada Persekutuan Muslim Korea (Korean Muslim Federation) untuk mengukuhkan jualan produk ke negara-negara Islam seperti Malaysia, Indonesia, Arab Saudi dan Timur Tengah.
L.Soulle merupakan jenama penjagaan kulit kecantikan yang bebas daripada bahan yang berasaskan haiwan dan tidak diuji ke atas haiwan.
Ia dihasilkan melalui kaedah OEM melalui Kolmar Korea, dan barisan produknya terdiri daripada 5 jenis: “Moisturizing Miracle Mist Toner”, “Serum”, “Moisturizing Cream”, “Sunscreen”, dan “Sun Cushion”. Produk “Mist Toner” dan “Sun Cushion” telah dipilih sebagai produk terbaik di ‘New Product Awards 2023’ oleh aplikasi kecantikan No.1 Korea ‘Hwahae’ dan menerima simbol anugerah.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran personaliti undangan dari Korea, Maryam You Narae yang berkongsi serba sedikit testimoni mencuba produk tersebut.
“Saya tertarik kerana produk mereka punyai sijil halal. Ia bukan sesuatu yang mudah. Malah, produk ini juga sesuai digunakan untuk bayi, jelas Maryam.
“Saya minta untuk cuba dahulu produk ini selama enam bulan untuk pastikan sama ada ia sesuai atau tidak dengan kulit saya dan cuaca di Malaysia. Alhamdulillah okay. Saya tidak akan ambil produk sembarangan,” jelas Fatin pula.
Produk L’soulle ini boleh didapati menerusi platform Shoppe, Lazada L.Soulle Malaysia serta Aeon Wellness.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memakai pelitup muka bagaikan satu keperluan harian buat setiap orang, dalam melindungi diri jangkitan virus covid. Tak kiralah beli daripada pengeluar tempatan mahupun luar negara, tanpa mengira garis panduan yang mematuhi standard, kualiti dan selamat digunakan.
Namun demikian, berkuat kuasa 4 Julai depan, peringatan buat semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu kenyataan hari ini berkata ia susulan pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, hari ini.
Menurut KPDNHEP, pewartaan tersebut bertujuan memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan sama ada dalam negara atau diimport mematuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan menerusi perintah itu.
“Penandaan MS SIRIM hendaklah diletakkan pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna.
“Penandaan MS SIRIM pada pelitup muka bukan perubatan menunjukkan ia telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat digunakan,” menurut kementerian itu.
KPDNHEP berkata pewartaan berlandaskan prinsip semangat Keluarga Malaysia itu dapat menjaga kesejahteraan rakyat dan melindungi kepentingan pengguna.
Justeru kementerian berharap dapat mengatasi isu lambakan pelitup muka bukan perubatan yang tidak berkualiti di pasaran Malaysia dengan adanya perintah terbabit.
Kegagalan mematuhi perintah tersebut boleh menyebabkan mana-mana syarikat dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 manakala bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000.
Bagi individu pula, denda yang dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Betapa nazaknya generasi kita pada hari ni, tidak berpikir panjang dan tergamak mengiklankan jual anak secara terbuka. Dimana nilai kemanusiaan dan rasa kasih pada anak sehingga sanggup membuat tindakan demikian, walaupun sangat memerlukan duit atas dasar kesempitan hidup.
Memetik sebuah laporan akhbar,pasangan kekasih yang cuba menjual bayi kembar mereka di dalam talian dengan harga RM15,000 ditahan polis malam semalam.
Tindakan Pantas Aktivis Sosial
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek wanita berusia 20 tahun ditahan di rumahnya di Setapak pada 8 malam.
“Manakala suspek lelaki yang berusia 18 tahun ditahan di rumahnya di Ampang sejam kemudian.
“Kami percaya kedua-dua suspek adalah pasangan kekasih dan bayi yang diiklankan di laman web jual beli atas talian itu adalah hasil hubungan luar nikah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Portal berita tempatan melaporkan aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi menerima aduan mengenai pengiklanan di mudah.my mengenai kes penjualan bayi kembar daripada seorang wanita berusia 20 tahun.
Bayi kembar itu dijual pada harga RM15,000 dan ia turut disertakan sekali keterangan gambar bertulis ‘twins to let her go’.
Susulan daripada aduan itu, Syed Azmi menghubungi pihak mudah.my yang seterusnya mengambil tindakan pantas menurunkan iklan bertarikh 8 Disember berkenaan daripada laman sesawang mereka.
Aktivis sosial itu seterusnya menghubungi pegawai polis di Bukit Aman dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan perlindungan terhadap dua bayi malang berkenaan.
Mazlan berkata, daripada siasatan awal, pihaknya mendapati tiada pihak atau individu yang menghubungi wanita terbabit bagi membeli bayi mereka.
“Kita memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 48 Akta Kanak-Kanak,” katanya.
Semoga mak ayah lebih prihatin dengan kelakuan anak-anak remaja.Masyarakat juga perlu ambil peduli dengan keadaan sekeliling. Tindakan pantas seperti yang dilakukan oleh aktivitis sosial ini, wajar dipuji kerana ia berjaya menyelamatkan masa depan bayi kembar tersebut.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.