Benarlah apa yang dikatakan oleh selebriti Yatt Hamzah dimana tak terbayang lalui Ramadan tanpa terawih di Masjid.
Seperti mana yang dipetik menerusi akaun facebook HARYATI HAMZAH – YATT beliau menerusi statusnya menyatakan;
“Tak apalah jika Ramadhan tanpa bazaar. Tapi janganlah tanpa Terawih di masjid. Tak terbayang Ramadhan tahun ini tanpa kemeriahan Tarawih di masjid2. Ya Allah rezekikanlah kami berjumpa ramadan lagi dalam keadaan selamat dan sejahtera.”
Marilah Sama-sama kita berdoa agar COVID-19 berakhir dengan segera.
Yatt Hamzah juga turut mencoretkan dalam suasana hari ini marilah bersama-sama kita membuat persiapan awal Ramadan dari rumah.
“Ramadhan kurang dr 23 hari lg. Jomlah kita buat persiapan. Kita hidupkan Ramadhan tahun ini dr sekarang.. Buat persiapan awal dr rumah je ok.
Menghidupkan suasana Ramadhan di rumah.
“Mood Ramadhan perlu dicari dan dibina. Jika kita bersiap- siap untuk Hari Raya dengan penuh semangat dan teliti, Ramadhan seharusnya lebih lagi.
“Kongsikan hadis-hadis atau ayat al-Quran berkaitan Ramadhan sesama isi rumah. Menceritakan isi-isi buku berkaitan Ramadhan yang dibaca. Membeli atau membasuh sejadah, pakaian solat seperti telekung dan kain pelikat bagi menaikkan semangat.
Gunakan al-Qur’an yang paling digemari. Mainkan lagu-lagu berkaitan Ramadhan dan ayat-ayat al-Quran di rumah. Buat jadi ringtone ke. Hee… Letak al-Quran dan buku-buku bertemakan Ramadhan di setiap sudut rumah iaitu kawasan-kawasan yang paling selalu diduduki. Rancang ingin berbuka dan berterawih di masjid mana nanti ketika Ramadhan nanti jika ada rezeki kita ya.. Aameen..
“Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
#RAMADHAN2020 #RAMADHAN1441h
#yattmengayat #darihatiseorangmujahidah #fromtheheartofamujahidah #bondaYHshare #sharingiscaring #bondaYattshare
Terima kasih atas perkongsian yang dipetik dari Facebook HARYATI HAMZAH – YATT