‘Tak tahan tengok dia dipukul hampir setiap hari.’ Syukur ramai sayang adik Alia termasuklah Yang Mulia Che Puan Khaleeda Bustamam.
Ketika video adik Alia didera ramai yang mengecam kenapa si perakam sanggup biarkan kejadian ini berlaku dan tidak berusaha menghentikan perbuatan tersebut.
Sebenarnya ada alasan yang tersendiri mengapa video itu sengaja dirakam, tidak lain tidak bukan kerana untuk membela nasib Adik Alia.
Menerusi video yang tular kelihatan seorang wanita memukul seorang kanak-kanak yang dikenali dengan nama adik Alia, berusia 4 tahun dipercayai anak angkatnya telah mengundang rasa marah di kalangan warganet.
Kisah adik Alia ini dilaporkan oleh beberapa orang pekerja yang sudah tidak mampu melihat kanak-kanak ini terus-terusan dipukul dan didera ibu angkatnya.
Ads
Tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan perakam bila terpaksa menahan perasaan bila melihat anak tak berdosa ini didera.’
Dikatakan wanita ini memukul adik Alia dengan batang penyapu dan menurut perakam video, pelaku telah mendera kanak-kanak terbabit hampir setiap hari.
Atas dasar perikemanusiaan dan tidak mahu kekejaman yang berlaku di depan mata berterusan, TikToker yang juga bekerja dengan wanita itu telah mengambil tindakan berani dengan membuat laporan polis bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut.
Perkongsian yang dibuat oleh pemuda dikenali dengan nama Aqil itu telah mendapat perhatian ramai termasuklah isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Khaleeda Bustamam.
Menerusi Instagram Che Puan Khaleeda, baginda telah mengucapkan terima kasih di atas perkongsian video tersebut dan beliau berjanji akan mendapatkan maklumat berkaitan kes ini.
Justeru itu, Che Puan Khaleeda memaklumkan akan segera mendapatkan infomasi tentang hal tersebut dan akan memastikan pelaku tidak terlepas dengan mudah. Malah besar harapan beliau untuk mendapatkan keadilan buat adik Alia.
Ads
Baginda juga telah mengucapkan terima kasih kepada pihak polis Daerah Kajang atas tindakan pantas yang mereka dilakukan.
Setakat ini, pelaku telah ditahan polis untuk membantu siasatan. Justeru itu, Che Puan Khaleeda berharap agar adik Alia akan mendapat keadilan selayaknya.
Mingguan Wanita : Terkini, dikatakan mak angkat yang mendera Alia berdepan dengan depresi, oleh hal yang demikian dia tidak sepatutnya bertindak sebegitu rupa. Maah masalah yang dihadapinya tidak boleh dijadikan alasan untuk dia terus-terusan mendera adik Alia. Semoga ada sinar buat adik Alia. Insyallah.
Pakai topeng semasa temuduga. Bunyinya agak lucu dan kelakar sebab bakal pekerja perlu mengenakan topeng semasa temuduga. Bayangkan untuk beberapa jawatan, mereka kena menutup muka semasa hadir temuduga tersebut.
Salah satu sebab bakal pekerja pelu pakai topeng semasa temuduga adalah untuk mengelakkan diskriminasi terhadap penampilan. Kalau setakat rupa dan penampilan yang baik belum tentu menjamin kebolehan mereka, sudah tentu akan merugikan syarikat itu sendiri.
Inilah yang berlaku di sebuah syarikat di Chengdu, China apabila pemohon kerja perlu pakai topeng untuk negelakkan diskriminasi bersasarkan rupa.
Sebuah syarikat yang dikenali sebagai Chengdu Ant Logistics telah tular selepas selepas video yang menunjukkan proses pengambilannya menunjukkan beberapa orang bertopeng menunggu untuk ditemuduga oleh seorang perekrut yang dilaporkan turut bertopeng.
Syarikat ini yang membuat pengambilan pekerja sebanyak dua kali setahun turut memperkenalkan ‘pakai topeng’ menghapuskan pemilihan berat sebelah berdasarkan rupa.
Walaupun kaedah pengambilan pekerja ini dianggap pelik tapi ia perlu dilaksanakan untuk mengurangkan tahap tekanan calon pekerja dan juga menekankan hakikat bahawa ia menghargai kebolehan individu berbanding penampilan mereka.
Selain itu, cara ini turut mendapat maklumbalas positif daripada orang ramai dan mereka tidak kisah untuk memakai topeng semas memhon pekerjaan.
“Saya sangat menikmati temu duga kerja seperti itu,” kata salah seorang pemohon.
“Ini adalah kesaksamaan, ketampanan tidak sepatutnya dikira,” tambah seorang lagi.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah pihak meragui kesahihan penjelasan yang ditawarkan syarikat itu. Dikatakan topeng itu hanya untuk melindungi identiti orang ramai kerana temuduga itu disiarkan secara langsung.
Sementara yang lain pula mendakwa syarikat Chengdu Ant Logistics hanya menjadikan wawancara itu sebagai satu publisiti saja.
Mingguan Wanita : Tak kisahlah cara mana sekalipun. Tapi cara ini boleh membantu untuk melihat kebolehan seseorang itu, bukannya lihat penampilan tapi kerja tak boleh buat.
Sekian lama menanti jawapan, akhirnya kematian pelajar tahfiz, adik Muhammad Thaqif Amin Mohd Gaddafi pada 26 April lalu di maklumkan berpunca daripada Leptospirosis atau kencing tikus.
Memetik kenyataan dari Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, bedah siasat yang dijalankan pada hari sama pelajar itu meninggal dunia menggunakan sampel tisu dan darah sebelum dihantar ke Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Jabatan Kimia bagi dianalisis.
Langsung tidak dimaklumkan hal ini dan hanya mengetahui apabila ada wartawan menghantar kenyataan akhbar itu kepadanya petang tadi, bapa arwah, Mohd Gaddafi berkata, jauh di sudut hatinya, dia berasa kecewa.
“Keluarga kami memang tak tahu apa-apa. Tak dimaklumkan apa-apa mengenainya. Kami jadi emosi dan sedih. Kalau kencing tikus, kenapa ambil masa berbulan begini untuk mencari jawapannya. Kenapa perlu gali kubur semula? Kenapa semasa di hospital doktor memaklumkan adanya darah beku di kaki anak?
“Saya dapat tahu berita ini sekitar jam 3.45 petang tadi. Wartawan WhatsApp bertanya pendapat saya. Kalau kencing tikuslah penyebabnya, susah nak percaya. Isteri saya, Felda Wani jadi sedih dan menangis sayu. Saya sendiri pun jadi sukar mempercayainya.
“Sekian lama kami redha dengan kematian anak kerana dia anak syurga. Sebagai ibu bapa kami berhak mengetahui punca kematiannya tetapi agak sukar hendak menerimanya hanya disebabkan oleh kencing tikus,” kata Mohd Gaddafi ketika dihubungi.
Kenyataan Penuh Ketua Pengarah Kesihatan Berhubung Laporan Bedah Siasat
Kementerian Kesihatan ingin merujuk kepada kejadian pelajar tahfiz yang telah meninggal dunia pada 26 April 2017 di Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu.
Proses bedah siasat bagi mengetahui sebab kematian telah dilakukan pada jam 6 petang hari yang sama. Beberapa sampel tisu dan darah telah diambil dan dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan juga ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisa.
Susulan daripada kejadian tersebut juga, satu Jawatankuasa Khas Siasatan telah ditubuhkan bagi menyiasat kes ini. Jawatankuasa ini terdiri daripada Pakar Perunding Forensik yang mahir dan berpengalaman luas dalam pengendalian kes-kes rumit.
Hasil keputusan bedah siasat yang dijalankan didapati pelajar tahfiz tersebut meninggal dunia disebabkan oleh penyakit dan bukannya trauma atau kecederaan seperti yang ditularkan.
Penyebab kematian adalah Leptospirosis (kencing tikus) dan dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis (Purpura Fulminans)dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah yang mengakibatkan perubahan warna kulit dan seterusnya melibatkan kegagalan organ untuk berfungsi.
Laporan bedah siasat dikemukakan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
10 Julai 2017
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak meninggal di rumah pengasuh, bapa minta siasatan telus kematian anak kembar. Saat paling menyedihkan bila diuji dengan kehilangan orang tersayang. Ia satu kehilangan yang abadi dan sukar dicari ganti.
Anak Meninggal Di Rumah Pengasuh
Seorang bapa, Abdur Rahman Abdullah meminta satu siasatan telus dari pihak berkuasa mengenai kematian anak tunggalnya di rumah pengasuh pada 9 Mei lalu.
Ini kerana walau redha dengan ujian menimpa anak kembarnya (seorang lagi meninggal selepas 9 hari dilahirkan akibat pendarahan otak) namun dia tidak mahu nasib sama menimpa anak orang lain jika benar wujunya kecuaian semasa pengasuhan terjadi.
Dalam satu perkongsian di fbnya, Abdur Rahman berkata, anaknya meninggal di tempat pengasuh
Bapa Minta Siasatan Telus Kematian Anak Kembar
Kongsinya, Salam semua.
Beberapa bulan lepas saya dan isteri saya Alynn Syaz ada membuat satu posting untuk mencari pengasuh untuk anak saya yang berumur 3 bulan lebih di area Bandar Sunway. Melalui posting saya, saya sudah bertemu dengan pengasuh di area berdekatan rumah saya.
Kami ada berjumpa dengan pengasuh di rumah pengasuh tersebut untuk melihat di sekeliling rumah pengasuh itu, kawasan dalam rumah nampak ok dan saya “DIBERITAHU” bahawa dia mengasuh bersama adiknya (2 baby termasuk baby saya).
Selepas 5 hari (tak termasuk 3 hari percubaan) saya menghantar baby ke rumah pengasuh dan pada 9hb Mei, anak saya telah meninggal dunia di rumah pengasuh itu.
Kehilangan anak saya sangat menyakitkan, lagi-lagi pada isteri saya. Kami telah pun membuat report polis dan kes ini dalam siasatan. Semoga Allah menegakkan keadilan demi anak kesayangan kami, in shaa allah. Kami berharap perkara seperti ini tidak akan terjadi kepada orang lain.
P/S: Anak kami kembar. Adiknya meninggal dunia 9 hari selepas dilahirkan di Hospital di kelantan, disebabkan oleh pendarahan dalam otak. Kes pengasuh ini adalah kakaknya pula.