Apabila kita berkahwin dengan pasangan, secara tak langusng kita telah ‘masuk’ dalam keluarganya dan perlu tahu sedikit sebanyak tentang cara yang biasa dilakukan oleh keluarganya. Keadaan inilah yang membuatkan kita kena ambil hati mentua dan melihat bagaimana dia menjaga anak-anaknya yang juga salah seorang adalah pasangan kita.

Tak semua orang mampu ‘kamcing’ dengan mentua dan ada juga yang sampai bermasam muka kerana tidak ‘berkenan’ dengan apa yang kita buat mahupun mentua itu sendiri lakukan.

Tidak dinafikan cara keluarga kita dan keluarga mentua sangat berbeza. Masing-masing ada cara tersendiri, baik dari segi masakan, percakapan mahu pun kerja-kerja rumah yang biasa mereka lakukan.

Bagi anda yang susah nak ambil hati mentua, ini ada beberapa tip yang diberikan oleh Imam Muda Hassan untuk ambil hati mentua. Mungkin sedikit sebanyak ia boleh membantu.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Anak Lelaki Dimanja-manja, Semua Kerja Isteri Buat, Seksanya Mentua Begini

Usah Terbeban Jaga Mentua Tidak Sihat, Hargailah Selagi Masih Hidup

IKLAN

Info Lebih Menarik DI SINI

Terima Hakikat

Susahnya nak ambil hati mentua

Nak tak nak, suami isteri kena terima hakikat bahawa perkahwinan bukan hanya melibatkan suami isteri sahaja tapi melibatkan mentua, ipar duai dan keseluaruhan keluarga pasangan.

IKLAN

Cara mentua mungkin tak sama dengan cara ibu ayah kandung kita. Cara kemas baju, lipat kain, sidai baju, memasak, kemas rumah, waktu tonton TV, cara makan, cara basuh pinggan dan sebagainya. Semua itu tak sama.

Jadi, ingat, “jangan samakan cara keluarga kita dengan keluarga mentua”. Sebab apa tak sama?

Sebab Rules And Regulations Berbeza Setiap Keluarga

Suami wajib ikut cara keluarga isteri, isteri juga wajib ikut cara keluarga suami. Jangan terlalu cepat melatah and berhenti memberi komen atau membeza-bezakan. Sebab bukan kerja kita nak ubah manusia, tugas kita “macamana aku nak sesuaikan diri dalam family ni”.

IKLAN

Ini ada sikit tip untuk ambil hati mentua:

1. Isteri tunjuk rajin masak di dapur, walau tak pandai masak sekali pun. Sebab fikiran ibu mentua, kalau isteri tak suka duduk dapur, dia akan susah hati memikirkan nasib anak laki dia, siapa yang akan masak untuk anak laki dia.

2. Selalu berikan hadiah. Tak semestinya mahal-mahal. Mentua bukan tengok pada nilai hadiah, tapi dia suka tengok sikap menantunya yang baik suka memberi. Dan memang Nabi ajar kita supaya selalu beri hadiah sebab ia boleh menambat kasih sayang.

3. Jangan asyik berkepit dengan pasangan. Ia mungkin merimaskan mentua. Kalau nak berkepit, berkepitlah 24 jam kat rumah sendiri.

4. Jangan sesekali marah pasangan depan mentua. Ia akan menjadikan mentua mula susah hati dan tawar hati dengan menantunya.

5. Angguk-angguk kepala tanda setuju. Apa yang mentua cakap, iyakan aje. Tak perlu bantah. Melainkan ianya memang betul-betul salah dan cara nak betulkan statement mentua mesti dengan cara bahasa yang berlapik, jangan terlalu direct. Budi bahasa budaya kita!

Sebenarnya tak susah pun nak ambil hati mentua…

Hassan Adli
Menantu yang baik in shaa Allah.

MW: Ingat, kita berkahwin dengan pasangan bukan dengannya seorang tapi dengan seluruh keluarganya juga.

Sumber: Imam Muda Hassan Adli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI