Tak ‘Sesat’ Pun Hantar Anak Ke Tadika Cina, Asalkan Didikannya Betul Dari Rumah Lagi

Share

Ada sesetengah mak ayah bimbang, bila ada anak-anak dihantar ke tadika mahupun sekolah cina. Susah hati, takut pendidikan di sekolah itu akan ubah diri anak-anak.

Sebenarnya, taklah macam itu. Sebagaimana yang dikongsikan Niena Samsir ini yang pernah dihantar oleh arwah ibunya ke tadika Cina.

Tidak pun pendidikan awal di sekolah itu menjadikan dirinya ‘sesat’ sebagaimana anggapan sesetengah mak ayah orang lain pada masa itu. Banyak ikhtibar boleh diambil, terutama pada mak ayah yang berhasrat nak hantar anak ke tadika cina.

Bila Cuma Tadika Cina Yang Ada Kekosongan

Dulu kan, arwah mak pernah lah juga kena kecam sebab hantar saya ke Tadika Cina. Dan lagi haru Tadika tu dalam kawasan gereja.

Kau hantar anak sekolah kat situ, sesat anak kau nanti. ”

Kau tak takut ke dia bagi makan yang bukan-bukan?”

Ingat lagi, arwah mak pun buntu dah masa tu sebenarnya. Nak hantar tadika kemas, dah penuh. Hantar tadika lain pun penuh. Tu je pilihan mak ada. Dulu mana ada hp berinternet, tu pun mak jalan kaki jauh, naik bas ke hulu ke hilir cari tadika.

Ni saya nak kongsi apa yang jadi masa saya tadika cina dulu. Alhamdulillah, banyak moment yang saya ingat sampai sekarang.

Walaupun tadika tu dalam kawasan gereja, tapi saya tak dibawa sekali ke dalam gereja. Bila pelajar cina yang lain dibawa masuk ke gereja, pelajar Islam dikumpulkan dalam satu class dan ada aktiviti lain.

 

Teacher Tetap Hormati Hak Pelajar Islam

Paling saya respect, teacher kami dulu sangat alert. Bila ada jamuan, semua ibu bapa yang nak sponsor makanan, wajib hantar makanan yang HALAL sahaja. Yang tak halal tak boleh sebab nanti bercampur.

Pernah satu hari, ada student ni sambut birthday. Maknya hantar kek untuk satu class kami makan. Teacher tu tanya mak kawan saya tu, kek beli di mana. Teacher tu chinese tau.

Bila mak kawan saya kata beli di kedai cina tak pasti halal ke tak, teacher kami minta maaf pada setiap seorang pelajar Islam dalam class, pujuk kami dan bagi tau kami tak boleh makan kek tu. Dan Teacher tu keluar, pergi beli kek yang halal special bagi untuk kami yang Islam.

Didikan Betul Bermula Dari Rumah..

Bagi saya, didikan anak tu bermula dari rumah. Kalau mak ayah didik anak dengan betul, in shaa allah campak la masuk sekolah apa pun, anak nya akan jumpa jalan yang betul.

Dulu ada juga mulut makcik bawang yang risau saya akan murtad sebab sekolah cina. Apa yang dia risaukan tu bagus, cuma cara dia kondem arwah mak, saya rasa macam nak cabai mulut dia.

Buat mak ayah yang nak pilih sekolah untuk anak, jangan lupa kan didikan dari rumah ya. Anak banyak belajar sebenarnya dari rumah. Tapi mereka pendamkan, sampai masa mereka akan tunjuk apa yang mereka belajar dari kita.

Semoga anak kita berjaya di dunia dan akhirat. Selaraskan ilmu yang kita nak sediakan untuk anak. Jangan lupa kan ilmu akhirat.

MW : Jati diri anak-anak takkan hilang, jika mak ayah dah persiapkan kemas-kemas dalam diri anak-anak dengan didikan yang betul sejak mereka kecil lagi. Mak ayah kenalah usaha lebih ya.

Sumber/Foto : Niena Samsir

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Published by
Netty Ah Hiyer