Barangan kemas bukan murah nilainya. Bayangkan tak sengaja boleh terbuang dalam tong sampah, mahu panik dibuatnya. Namun kalau dah ketentuan masih ada rezeki tidak ke mana. Seorang wanita nyata bernasib baik apabila sejumlah barangan kemas miliknya yang dibuang ke dalam tong sampah secara tidak sengaja, ditemui kembali pagi tadi.
Berdasarkan video yang viral di media sosial hari ini, wanita berusia 30-an itu meminta bantuan pekerja syarikat konsesi pembersihan, Environment Idaman (E-Idaman) untuk menurunkan sampah daripada sebuah lori syarikat itu sebelum menyelongkarnya bagi mengesan beg berisi barangan kemas itu.
Selepas beberapa ketika, wanita itu berjaya menemui semula barangan berharga itu dalam timbunan plastik yang dikeluarkan daripada lori terbabit.
Video berdurasi 2 minit 50 saat itu memaparkan wanita berkenaan jelas gembira sebaik menemui barangan berkenaan sambil berulang kali berterima kasih kepada petugas pembersihan yang membantunya.
Seorang pekerja E-Idaman yang enggan namanya disiarkan, berkata proses pemunggahan sampah itu berlaku kira-kira jam 8 pagi tadi di Depoh E-Idaman di sini selepas wanita itu hadir meminta bantuan mereka untuk mencari barangan kemasnya yang hilang.
Katanya, beliau difahamkan barangan kemas yang disimpan dalam sebuah kotak itu dibuang secara tidak sengaja oleh keluarga itu semalam.
“Sebaik sahaja menyedari kejadian itu, keluarga berkenaan dikatakan mencari hingga ke tapak pelupusan sampah di Kulim.
“Namun selepas mendapat maklumat sampah-sampah yang dikutip semalam masih belum sampai ke Kulim, wanita itu kemudiannya hadir ke Depoh E-Idaman di sini untuk mencari barangan berharga itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya, atas budi bicara pekerja syarikat berkenaan, mereka bersetuju membantu mencari barangan kemas itu yang mengambil masa kira-kira setengah jam.
“Wanita itu bernasib baik kerana tempat tinggalnya menjadi lokasi terakhir operasi kutipan sampah semalam. Disebabkan itu, tidak banyak sampah yang perlu dipunggah bagi membantunya menemui barang kemas itu yang difahamkan mencecah puluhan ribu ringgit.
“Sepanjang tiga tahun bekerja di sini, inilah kali pertama kami membantu orang ramai mencari kembali barang berharga mereka, saya dan rakan-rakan sekerja faham kerugian yang bakal ditanggung wanita itu sekiranya barang kemas itu hilang.
“Jadi kami bersama-sama cari dan bersyukur kerana ia dapat ditemui semula,” katanya.
Baca Lagi Di Sini:
Amalkan Petua Dan Cara Ini Sebagai Ikhtiar Dapatkan Kembali Barang Yang Hilang
Isteri Boleh Ingat Segalanya, Termasuk Barang Yang Suami, Anak Cari Tak Jumpa
Kumpul 2 Karung Guni Duit Mengemis, Beli BARANG KEMAS Hadiah Untuk Isteri!
Mingguan Wanita : Alhamdulillah masih ada rezeki. Bernasib baik sungguh wanita ini masih berjumpa barang kemas yang dibuang secara tidak sengaja.
Sumber: Bharian
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita