Bonda Rozita Ibrahim memohon maaf kepada Datuk Seri Vida sebelum mengulas mengenai kenyataan wanita itu yang meminta mereka yang terjejas pada waktu pandemik supaya berusaha daripada bergantung dengan bantuan bendera putih sahaja.
Bonda Rozita Luah Bukan Isu Rakyat Malas Kerja
Bonda Rozita yang juga ibu kepada Datuk Aliff Syukri menerusi entri di akaun Instagramnya menyatakan dalam situasi terkini bukan isu rakyat malas bekerja namun pandemik yang membataskan usaha.
“Dato Vida “janganlah gunakan alasan PKP pendapatan terjejas sampai nak beli Pampers anak pun tak boleh – usaha” – Saya minta maaf dulu pada Datuk Vida apa saya ulas ini adalah baik-baik belaka untuk semua orang
“Dalam keadaan sekarang bukan isu rakyat Malas kerja !! Kalau dulu tak ada Covid mana ada orang kibar bendera putih nak minta makanan! Banyak lagi pemalas jahat penipu besar tak pakai bendera putih pun, itu lagi mencuri malas yang lebih jahat, menakutkan, dibenci oleh negara.
Pernah Lalui Kemiskinan Bukan Dalam Covid
“Saya pernah lalui kemiskinan tapi bukan dalam Covid. Tak semua org miskin meminta-minta! Ayat malas tak sesuai digunakan dalam rakyat stress. Kita simpati kita kena ada sensitivity sebab manusia sekarang sangat teruk perasaannya. Posting berhati-hati untuk menjaga perasaan hati semua orang, rakyat tolong rakyat kami tak nak ada yg kelaparan dan bunuh diri!
Ads
“Orang bersimpanan RM banyak ada sikit peratus je, kalau lama mana pun tak boleh bertahan. Covid ni tak tau lama mana lagi lihat saja berapa banyak company besar bankruptcy. Berapa banyak hilang kerja dan bercerai sebab Covid. Dalam isu sekarang kita janan salahkan sesiapa pun! Kita semua dah cukup tertekan, kita semua usaha nak membantu kurangkan tekanan.
Tak Ada Orang Suka Naikkan Bendera Putih
“Logiknya tak da orang suka naikan bendera putih. Saya tengok pun sedih dan saya tak gembira dengan keadaan negara kita sekarang, sebab rakyat kita bukan jenis meminta minta
“Semua org nak kerja, tak harap duit kerajaan! Kita nak kehidupan bebas dulu. Kita semua dah usaha macam, kalau dah kawat besi, saman sana sini, viral langgar SOP, sedangkan nak rumah lapar itu tekanan besar pada kami. Itu belum lagi sakit risau ,rindu mak ayah tua dikampung
“Bonda respect Dato Vida juga sebab niat dia bagus nak kasi motivasi pada rakyat Malaysia yang mana niat dia baik sangat. Tetapi rakyat kita tak perlu motivasi begitu saat begini, mereka lagi down nanti
Ads
“Mereka dalam gelora dan down , jangan kita tambah kepedihan mereka.Kita orang tua Dato Vida, banyak pengalaman suka duka.
“Sebenarnya Covid ni Allah nak melihat kesedaran bukan nak cari glamer! Kita nak selamatkan nyawa, bangkitkan semnagat orang ramai.
“Mental rakyat Malaysia serabut sangat dah. Hanya segelintir maybe dua peratus antara kita rakyat ni yang kehidupan senang makan pakai atau hatinya.
Bonda Tahu Dr Vida Baik & Suka Bantu Orang
“Perhatikan “Allah memberikan kekuatan, sabar rezeki yang tak sama dan tak semua orang boleh usaha macam you Dato Vida saya niaga juga, saya sendiri stuck! Saya down sebab lihat rakyat sakit mental dengan Covid ni kita tak tau bila nak selesainya. Hati orang ramai kena jaga. Kita buat posting yang lawak-lawak ke, kasi info ke, hiburkan mereka, tu lebih sesuai. Tak semua orang boleh usaha kalau tak ada ilmu tak ada modal. Kita terkurung, jika kita tak mampu nak sedekah semua org, jangan usik hati mereka! Melainkan menyenangkan hati mereka! Bonda tahu Dr Vida baik dan suka bantu orang just tukar teknik you supaya tak tambah kekeruhan yang sedia ada. Bonda respect Dato Vida ushawan yang kuat dan ceria.
“Kesedihan rakyat tu saya rasa sekali sebab saya tahu peritnya lapar. Lihat muka anak-anak tak makan. Jangan tambah sakit hati kami,” akhiri Bonda Rozita.
Ads
Sumber/Sumber Foto: Instagram Bonda Rozita Ibrahim
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ashraf Muslim tunai umrah grup pertama ke tanah suci. Bersyukur ke hadrat Ilahi hari ini pelakon terkenal ini memaklumkan dirinya akan berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah.
Seperti mana yang dikongsikan menerusi akaun Instagramnya, Ashraf berasa sangat teruja apabila dirinya bersama jemaah lain merupakan grup pertama dari Malaysia ke Mekah dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) baharu.
Ashraf Muslim Tunai Umrah Grup Pertama Ke Tanah Suci
“Assalamulaikum.. first of all, saya ingin memohon maaf kepada ahli keluarga saya, sahabat-sahabat saya, rakan-rakan media sosial dan seluruh mereka yg mengenali saya.
“Alhamdulillah, hari ini saya telah dijemput menjadi dhuyuf al rahman untuk ke tanah suci Allah swt.
“Dimana menjadi team pertama dari Malaysia yg membawa jemaah umrah dengan mengikuti SOP yg baru. Allahuakbar , besar betul kuasa Allah.. tiada kata yg boleh terucap dgn Allah selain TERIMA KASIH ALLAH and I LOVE YOU ALLAH! Banyak nak dibetulkan dalam diri yang hina ini. Semoga Allah ampunkan kita semua dan dengar segala rintihan dan kabulkan segala permintaan kita. InsyaAllah.
Rasa Macam Tak Percaya
“Ya Allah, rasa mcm tak percaya.. ya Allah.. Engkau jagalah, lindungilah keluargaku, sahabat-sahabatku dan mereka yg ku sayang serta harta bendaku ya Allah. Permudahkan urusan keluargaku sewaktu ketiadaanku bersama mereka. InsyaAllah, insyaAllah,” tulis Ashraf.
Memotong kuku merupakan antara rutin mingguan yang ramai lakukan sebagai salah satu cara untuk menjaga kebersihan diri. Namun ia sama sekali bukan rutin bagi seorang Jururias Kuku dari Cordelia ‘Dee Dee’ Adams yang menyimpan kuku selama 30 tahun menyifatkan dia tidak menyesal menyimpan kuku sepanjang 12 inci walaupun segelintir orang ramai menanyakan soalan ‘tidak sopan’ atau ‘geli’ terhadapnya.
Simpan Kuku Sejak 1989
Laman berita Oddity Central melaporkan, Cordelia yang mula menyimpan kuku sejak tahun 1989 ketika menjadi jururias kuku menyatakan dia sudah terbiasa melakukan semua kerja seharian di rumah tanpa mematahkan kuku panjangnya itu.
“Perkara yang seronok apabila anda menjadi perhatian kerana mempunyai kuku panjang yang luar biasa,” kata Cordelia yang memberitahu Truly dan menambah perkara paling tidak disukainya apabila orang ramai menanyakan soalan ‘tidak sopan’ seperti bagaimana dia menjaga diri atau makan menggunakan kukunya.
Lakukan Kerja Harian Seperti Biasa
Wanita yang berasal dari Indiana, Amerika Syarikat (AS) menyatakan semasa mula menjaga kuku menjadi panjang seperti hari ini, dia telah melakukan semua kerja harian seperti orang lain tanpa merosakkan ‘khazanah’ pentingnya itu.
Malah, Cordelia sudah mahir belajar cara menulis, memandu kereta dan memegang barangan di tangannya meskipun sepuluh kukunya kelihatan terjurai semasa melakukan aktiviti tersebut.
“Kadang-kadang kuku menghalang pandangan mata, jadi jika saya hendak memegang sesuatu, semua yang dipegang itu seperti hilang akibat terlindung daripada kuku,” katanya.
Walaupun wanita itu boleh melakukan banyak benda seperti orang lain, dia masih perlu membiasakan diri untuk menyeret jari untuk menjawab penggilan telefon, menaip mesej dan membasuh baju demi menjadikan hidupnya lebih selesa.
Mingguan Wanita: Macam-macam hal. Bagaimanalah agaknya boleh simpan kuku yang sangat panjang dan tak pernah potong selama 30 tahun. Rasanya kerja-kerja harian pastinya terbatas, malah paling penting kebersihan diri pasti terabai.
Biarpun beza usia 15 tahun, pemuda ini tekad pilih guru sendiri yang mengajarnya di sekolah menengah sebagai isteri yang sah.
Benarlah usia bukanlah penghalang jodoh, ramai saja pasangan yang bahagia setelah mengahwini wanita yang berusia. Paling penting wanita itu bukanlah isteri orang atau milik sesiapa.
Beza Usia 15 Tahun
Seorang pemuda di Jakarta, Indonesia menjadi sensasi internet apabila mengahwini gurunya sendiri yang mempunyai perbezaan usia sekitar 15 tahun dengannya, lapor laman berita Suara.com semalam.
Menerusi satu klip video yang tular dalam aplikasi TikTok, pelajar tersebut mengaku bahawa dia merupakan murid kepada isterinya itu pada tahun 2019 ketika dia masih menuntut di sekolah menengah.
Pemuda Ini Pilih Guru Sendiri
Pemuda tersebut turut berkongsikan sekeping gambar yang dirakam bersama isterinya pada tahun tersebut yang memaparkan dia memakai pakaian seragam sekolah.
Turut berdiri di sampingnya ialah isterinya yang ketika itu juga memakai seragam guru.
Gambar seterusnya yang diambil pada tahun 2020 memaparkan kedua-dua mereka berada di sebuah taman bunga dengan gaya mesra.
Guru Sendiri Sebagai Isteri
Pemuda itu kemudiannya memuat naik gambar terbaharu tahun ini yang memaparkan mereka memakai pakaian pengantin serta bergambar di hadapan sebuah pelamin. Dia mengaku bahawa mereka kini bergelar pasangan suami isteri.
Video perkongsian itu menjadi tular dengan ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kagum dan gembira melihat kisah cinta tidak mengenal usia itu.
“Jodoh, maut, bukan kita yang tentukan kerana kita cuma menjalani hidup ini. Cinta tidak mengenal usia. Semoga terus berbahagia,” kata seorang netizen.
“Gurunya kelihatan muda walaupun berkahwin dengan muridnya, bahkan mereka nampak seperti sebaya. Dahsyat, abang!” komen seorang lagi pengguna. – AGENSI
Mingguan Wanita : Setiap orang berhak bahagia, lambat atau cepat jodoh yang ditentukan semuanya aturan Allah. Ternyata setiap yang berlaku ada hikmahnya dan Allah Maha Mengetahui.