Di media sosial, terdapat segelintir artis yang sering menayangkan dalam gelekan mereka. Makin ditegur semakin menjadi-jadi. Ada yang buat kerana duit. Bahkan ada yang berani melakukannya tanpa memikirkan apa yang dilakukan itu mempunyai manfaat pada ummah atau bukan kerana mereka beranggapan itu kerjaya dan ianya satu keseronokan. Menakutkan ada yang buat demi duit.
Sebagai umat islam, kita dituntut mencari rezeki yang halal.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Jumu’ah, ayat 10
وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Mafhumnya: “Dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan ), supaya kamu berjaya dunia dan akhirat”.
Namun ada segelintir yang beranggapan individu merasakan pekerjaan mereka hak mereka. Hal ini mendapat teguran dari Ustaz Ahmad Dusuki di fbnya berikutan komen seorang artis bahawa dirinya bergelek pun dapat duit.
Setiap mukmin akan di soal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan kemana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah. Jika hartanya hanya mengenyangkan perutnya, tergolek goleklah ia di akhirat nanti, menjawab di hadapan Allah, lebih lebih lagi hartanya dari sumber menggolek mengelek punggungnya di khalayak ramai di dunia ini.
Dalam nada tegas, tulisnya, “kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke?” Bangganya kau!!”
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
BACA SINI :– Syurga Neraka Bukan Keputusan Kita, Tak Gerunkah Tayang Aset Di Media Sosial
Teguran Terbuka Liza Hanim “Jagalah Kehormatan Kita Sebagai Wanita. Jaga Agama Kita Islam”