Tak Semua Bersedia Terima Tetamu, Beritahu Dahulu Sebelum Bertandang, Jagalah Aib Tuan Rumah

Share

Tidak dinafikan menziarahi saudara mara dan sahabat handai adalah amalan yang mulia. Namun begitu, sebagai tetamu jagalah adab bertandang ke rumah orang sebelum berkunjung ke rumah sanak saudara, kenalan mahupun kawan-kawan.

Tak semua orang bersedia terima tetamu secara mengejut, beritahu dahulu sebelum bertandang dan jagalah aib tuan rumah. Betul tak?

Ikuti perkongsian Puan Sabiha Hana dan hadam baik-baik mengapa tidak semua tuan rumah mampu terima tetamu secara mengejut:

Nak Bertandang Ke Rumah Orang Beritahu Dahulu

Sejujurnya rumah saya bukan lah rumah yang boleh dikunjungi secara mengejut dan tiba-tiba.

Maksudnya, tanpa beritahu apa-apa tiba-tiba sampai depan rumah. Anak-anak saya sedang membesar dan mereka dalam fasa suka ‘mengemas’ rumah.

Saya bukanlah malas nak kemas rumah,tapi kadang-kadang tu rasa fed up.
Kemas sekejap, 5 minit kemudian bersepah semula.

Baru sapu dan mop, 10 minit kemudian sudah ada semula bread crumb, biscuit crumb dan segala jenis crumb lagi.

Kemas dekat depan, dekat belakang pula berterabur. Jadi, saya kemas rumah ala kadar sajalah hari-hari.

Menyapu pun setakat mana yang larat sahaja. Alhamdulillah suami saya bukan sejenis yang suka merungut dan mengarah-arah.

Sebaiknya Jaga Aib Tuan Rumah

Jadi,semalam bila mak saudara suami beritahu nak datang ke rumah hari ni. Sepantas kilat saya bangun kemas rumah

Iya lah, kalau tak kemas takut pulak depa (mereka) sakit jantung tengok. Dari belakang sampai ke depan bersepah. Dekat mana-mana pun ada mainan anak.

Saya ambil gambar untuk tatapan mata saya, dan mengingatkan diri bahawa rumah saya pernah kemas pada satu ketika. Walaupun hanya untuk satu hari.

Baca Juga Di sini:

Seronok Ajak Tetamu Makan Di Rumah Tapi Jangan BEBANKAN Isteri Seorang!

Naik Status Tak Terima TETAMU, Harap Semua Faham Bukan Putuskan Silaturahim

Pastikan Tuan Rumah Diberitahu Dahulu

Sedikit peringatan untuk kita semua, termasuk diri saya sendiri. Kalau nak bertandang ke rumah sesiapa pun, pastikan beritahu tuan rumah terlebih dahulu.

Kasihan mereka kalau datang secara mengejut. Untuk menjaga aib tuan rumah pun ya juga. Iyalah, kita sebagai manusia biasa mesti terdetik di hati walaupun sedikit kalau rumah mereka bersepah.

Bila bertandang ke rumah orang, butakan mata, diamkan suara. Kalau bersepah sekalipun, buat-buat saja tak nampak. Dah balik,jangan pula nak mencanang ke sana-sini.

Bila sudah kemas rumah macam ini, rasa nak hantar suami dan anak-anak balik kampung. Kahkahkah.

Sekian.

MW: Setiap kali bertandang ke rumah orang, jaga mulut dan jaga mata. Jangan sampai membawa cerita kurang enak setiap kali kali keluar daripada rumah orang.

Sumber: Puan Sabiha Hana

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nur Syazwani Mehat