Ketika negara dilanda wabak Covid-19, ramai perlu maklum betapa tak mudahnya para petugas yang bekerja di pusat saringan di hospital terlibat. Operasi saringan di bawah khemah luar bangunan hospital dengan suhu yang tinggi mendedahkan petugas dengan heat stress yang berbahaya.
Pendedahan hakikat kebenaran yang dialami para petugas ini dikongsikan oleh Ferwahn Fairis. Sungguh, situasi mereka tidak mudah, maka rakyat Malaysia.. jangan pernah lupa mendoakan urusan mereka dipermudahkanNya. Dan dilindungi mereka daripada virus bahaya Covid-19.
OUR BATTLE AGAINST COVID19
“Dah makan dah?” tanya kami kepada salah seorang doktor petugas di khemah saringan wabak Covid19.
“Tak sempat lagi doktor.. ” jawabnya.
Jam telah menunjukkan pukul 3 petang. Ada tujuh lagi orang yang belum disaring, manakala 16 telah berjaya disaring.
Petugas kami masih belum sempat sentuh makan tengahari yang disediakan dapur hospital. Kenapa iye?
Selain dari beban pesakit yang ramai, durasi untuk proses saringan seorang pesakit boleh mengambil masa sehingga 45 minit. Petugas perlu menyalin PPE mereka (personal protective equipment seperti mask, double gloves, face shield, Apron, etc) untuk SETIAP pesakit yang disaring.
Manakala, pemakaian dan penanggalan PPE pula perlu dilakukan dengan ‘sequence’ yang tertib untuk mengelakkan petugas tersentuh atau menghidu Droplet covid19 yang berpotensi terlekat pada PPE mereka.
Beginilah keadaan senario yang berlaku di khemah saringan setiap hari.
Doktor, misi, MA dan Atendan Kesihatan kami bekerja tanpa henti menyaring pesakit PUI (Person under Investigation).
Mereka mula bertugas pada pukul 8 pagi tadi, dan akan terus melihat pesakit hingga 8 malam sebelum syif bertukar. Syif mereka adalah 12 jam.
Ads
Kenapa 12 jam? Kerana setakat ini, jumlah ‘pool’ kumpulan doktor yang telah dilatih agak kecil dan jumlah ini masih belum membenarkan syif selama 8 jam dilaksanakan (3 syif/hari). Tidak lama lagi, jumlah ini akan bertambah dari 26 orang hingga 40+, setelah doktor yang di rekrut dari semua jabatan dan unit lain di hospital melengkapkan modul latihan yg telah ditetapkan. Begitu juga misi, MA dan Atendan.
Risiko Terdedah Heat Stress
Cuba tuan-puan amati gambar layout khemah saringan.
Perlu kami perjelaskan bahawa ruang saringan perlu dipisahkan dari ruang klinikal jabatan kecemasan (Emergency Department, ED) . Ini adalah untuk mengelakkan pesakit rutin ED bercampur dengan PUI dan seterusnya menghadkan penularan wabak di ED.
Ads
Dan kita perlu faham yang ED kami tetap menerima kes kecemasan seperti biasa (statistik 2017 menunjukkan sejumlah 130, 000 pesakit menerima rawatan di ED iye).
Maka di atas sebab ini, dan juga akibat kekangan ruang, lokasi khemah saring terpaksa diletakkan di luar ED berdekatan dengan bilik dekontaminasi.
Jadi, petugas saringan kami, yang lengkap memakai PPE yang berlapis-lapis, terpaksa bekerja di luar bangunan hospital. Unit OSH kami telah mengukur suhu di khemah dan mendapati ianya adalah boleh mencapai 33-35 darjah celcius!
Ini bermakna petugas kami terdedah kepada ‘heat stress’.
Menyedari ini, pihak pengurusan sedang bertungkus lumus mencari portable A/C untuk diletakkan di khemah. Namun ianya perlu diletak di lokasi yg betul untuk mengelakkan potensi ‘Droplet’ dari PUI covid19 dari merebak ke kawasan sekeliling.
Ads
Petugas Berkorban Demi Kesejahteraan Rakyat Malaysia
Begitulah pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pasukan petugas kami.
Beban kerja yang tinggi, waktu bekerja yang panjang, dan persekitaran tempat kerja yang tidak ideal.. Inilah pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi menjaga kesejahteraan dan kesihatan kita semua.
Oleh itu, kami amat berharap tuan puan untuk memberikan kerjasama dan sokongan kepada petugas kami.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu masyarakat memahami apa yang berlaku di khemah saringan covid19 di hospital – hospital sekitar Lembah Klang kini.
Sila tekan butang share sekiranya dirasakan bermanfaat.
P/s: kudos kepada rakan kami di Hospital Sungai Buloh dan HKL yang merupakan ‘Admitting hospitals’ yang berhadapan dengan cabaran yg lebih besar merawat pesakit covid19 yang telah kami saring dan hantar kepada mereka!
P/S2: learn about National Fatigue Management Campaign at My REST. Please like the page to get updates. Jazakumullahu khair.
MW : Doakan para petugas ini dipermudahkanNya dan dilindungi sepanjang bertugas dari bahaya virus Covid-19. Jasa mereka untuk negara besar nilainya.
Cuaca hari ini mendung dan redup. Tak terik seperti selalu. Awan seakan tahu hari ini rakyat Malaysia sedang berduka dengan perginya seorang remaja 17 tahun, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi yang terkorban dalam serangan pengganas di Masjid Al Noor, Chirstchurch, New Zealand.
Mohd Tarmizi yang mengalami kecederaan parah semasa insiden tembakan pengganas itu turut dirawat di hospital. Selepas menerima rawatan dan pembedahan, beliau sudah dibenarkan pulang.
Tengahari itu bapa yang tercedera ini mengiringi perjalanan akhir jenazah anak keduanya, Muhammad Haziq. Ratusan umat Islam dari Malaysia, Afghanistan dan Iran juga ada di tanah perkuburan.
Ibu Dan Kakak Ambil Keputusan Tak Iringi Jenazah Haziq
Bersama-sama yang lainnya melakukan solat jenazah bagi memuliakan jenazah anak remaja ini.
Untuk hari ini, jenazah Mohd Haziq adalah yang terakhir dikebumikan di tanah perkuburan itu.
Bagaimana pun, ibu dan kakak allahyarham Haziq tidak berada di tempat pengebumian. Mereka ambil keputusan untuk berada di rumah, kerana mahu bersendirian. Dan memilih untuk menziarahi pusara anaknya pada waktu yang lain.
Sebelum tragedi, Allahyarham menyambung persekolahan di Burnside High School. Menurut pengetua sekolahnya, Phil Holstein, Haziq seorang pelajar yang begitu menghormati guru dan rakan-rakan sekolahnya.
Malah beliau juga mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan NCEA (National Certificate of Educational Achievement).
Rakan-rakan Sekolah Hadir Sebagai Tanda Penghormatan Terakhir
Kebaikan allahyarham melekat di hati rakan-rakan dan guru sekolahnya. Tengahari itu, suasana sayu terus menyelubungi tanah perkuburan. Kelihatan juga rakan-rakan sekolah Haziq hadir sebagai penghormatan terakhir untuk rakan yang mereka kasihi.
Ketika kejadian, Mohd Tarmizi bersama dua orang anak lelakinya, Mohd Haris, 12 dan Muhammad Haziq berada di masjid Al Noor untuk menunaikan solat Jumaat.
Biarpun, Mohd Haris tidak tercedera namun dia mengalami trauma disebabkan kejadian itu.
“Perincian masa dan lokasi jenazah Mohd Haziq ditemui tidak boleh didedahkan kerana tertakluk dengan akta privasi New Zealand.” jelas Exco Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, Phee Boon Poh.
Begitu juga dengan Suruhanjaya Tinggi New Zealand, meminta semua pihak agar menghormati privasi keluarga arwah mangsa. Jangan bersikap keterlaluan dalam mendapatkan maklumat buat masa ini.
Sumber/Foto : Astro Awani, Berita Harian, stuff.co.nz
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelukis mural kena scam dengan cikgu, janji RM1000 bila siap nak bayar RM300 saja. Ramai orang mahukan sesuatu yang murah. Harga murah yang adakalanya tak masuk akal dan seperti tidak menghargai kerja seni orang lain.
Pada mereka, kerja itu nampak senang sedangkan untuk melukis ia memerlukan kepakaran, ketelitian, masa diambil untuk menghasilkan mural selain jarak perjalanan diambil ke tempat yang dipersetujui.
Pelukis Mural Kena Scam Dengan Cikgu
Satu perkongsian dari pelukis mural Nur Zaind di fb mengundang simpati masyarakat. Mana tidaknya, dia menerima satu job melukis dinding sekolah dan janji upah RM1125. Namun awal-awal lagi cikgu yang berurusan dengannya minta RM1000 saja.
Namun menyedihkan, penat melukis 5 jam, dengan terpaksa memanjat tinggi, panjat scaffolding dengan dinding sampai 20 kaki, bila dah siap minta diskaun lagi.
Dari RM1000, turun ke RM800, alasannya terlalu mahal dan guru besar tak nak bayar. Pusing sana pusing sini, malas nak bertekak, dirinya terima juga. Tapi malangnya RM800 pun dianggap mahal dan guru besar tak nak bayar.
Janji RM1000 Bila Siap Bertekak Nak Bayar RM300. Anggap Satu Pengajaran
Memang sedih kena begini, hasil seni yang tak dinilai. Akhirnya disebabkan malas nak bertekak, dia meminta bayaran RM500 saja. Tapi menyedihkan, walau dah turun harga banyak, RM500 pun dianggap mahal. Bila minta nombor guru besar, cikgu tak bagi.
Last sekali Nur tanya, cikgu nak berapa? Dia cakap RM300.
Serius laaaa. Tudiaaaaa penaya orang gaya ni. Masa kita, tenaga kita, barang kita, hasil kerja kita, tak dak nilai pada mata dia. Serius laaaa..
Orang ingat melukis mural ni senang kot. Dahla kita usaha luangkan masa untuk sekolah depa. Depa boleh buat macam ni weh.
Pengajaran untuk Nur, lepas ni tak mau ambik job tiba-tiba macam ni. Lepas tu, setuju ja design, apa kita suggest, apa dia nak, kena ada hitam putih. Kena ambik deposit.
Lepas siap, tolong laaaaa jangan tiba-tiba nak tambah-itu ini yang tak ada dalam persetujuan awal, secara percuma. Posting ni bukan nak salahkan sesiapa, TAPI PENGAJARAN untuk Nur yang diluahkannya di fbnya namun kemudian di turunkan selepas ianya menjadi viral.
Dalam perkongsian terbarunya, Nur akui ramai yang bersimpati dengan apa yang dialaminya bahkan katanya, ia satu pengajaran buat dirinya untuk lebih berhat-hati di masa depan. Jelas ia satu penganiayaan bila hasil seni mural ini dianggap murah sedangkan penat orang tidak diambil kira.
MENGANDUNG DI USIA 40-AN, DYNAS KONGSI PERASAANNYA.
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lelaki warga Myanmar bertindak kejam apabila mencampak tiga kanak-kanak dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berketinggian 20 meter berhampiran lampu isyarat di Desa Jaya di sini sebelum dia sendiri bertindak terjun dari jejambat berkenaan.
Kejadian pada 5.50 pagi itu menyebabkan dua kanak-kanak masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia enam hingga lapan tahun serta lelaki terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia lima tahun mengalami kecederaan parah.
Tergamak Campak Tiga Anak
“Berdasarkan kenyataan saksi, lelaki berusia 38 tahun terbabit dilihat berjalan sambil mengendong seorang kanak-kanak, manakala dua lagi kanak-kanak dipegang di tangan kanan dan kirinya.
“Saksi cuba menghampiri lelaki berkenaan namun secara tiba-tiba lelaki itu terus mencampakkan kanak-kanak yang dikendong dan dipimpinnya dari jejambat MRR2, lelaki berkenaan juga bertindak terjun,” katanya satu dalam kenyataan hari ini.
Eng Lai berkata, semua mangsa ditemui di tepi jalan raya berhampiran lampu isyarat di Desa Jaya.
“Lelaki dan dua orang kanak-kanak Myanmar berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang kanak-kanak yang parah dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan memandangkan keadaan mangsa yang sangat kritikal.
“Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman di perut dan juga keretakan pada rusuk kirinya,” katanya.
Sebelum Terjun Jejambat
Menurutnya, semua mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Difahamkan, lelaki berkenaan dan seorang kanak-kanak perempuan memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta tampil memberikan keterangan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes iaitu Asisten Superintendan GS Baldev Singh di talian 012-480 6062 atau Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222,”katanya.
Mingguan Wanita : Bila kejadian seumpama ini berlaku, baru kita sedar bahawa pentingnya kita menjaga tepi kain orang. Ambil tahu masalah keluarga terdekat atau jiran tetangga. Bimbang jika dibiarkan tanpa siapa pun ambil peduli, sudahnya begini pengakhirannya.
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...