Masyarakat di Jepun memang terkenal dengan sikap menepati masa, menjaga kebersihan, mementingkan etika kesopanan dan mengamalkan gaya hidup sihat.Jika berhasrat untuk bercuti ke negara matahari terbit ini, seeloknya memahami budaya dan pantang larang mereka terlebih dahulu.
Baru-baru ini, pelakon Syarizad Binti Ibrahim atau lebih dikenali Sherry Ibrahim,34 telah bercuti ke Tokyo, Jepun. Percutian pada 18 Jun lalu selama 10 hari bersama teman-teman rapatnya, ternyata meninggalkan pengalaman dan kenangan manis buat pelakon ‘Syurga Yang Kedua’ ini. Ketika dalam percutian tersebut, Sherry ada memuat naik video pendek, Tip 1 Minit- Perkara yang tidak patut dilakukan ketika berada di Jepun, kepada para pengikutnya di Instagram.
Dalam video tersebut, Sherry menasihatkan sangatlah penting menepati waktu di Jepun. Dirinya dihalau keluar dari kedai dan tak sempat membuat pembayaran gara-gara waktu operasi kedai telah ditutup dan rakyat Jepun sangat mementingkan masa.
1.Kena selalu tepati masa, sama ada ikut ‘tour’ atau waktu operasi kedai.
2.Jangan sesuka hati ambil gambar atau video rakyat Jepun tanpa kebenaran/ izin.
3.Didalam Keretapi atau komuter pastikan telefon bimbit dalam mode ‘senyap’.
4.Tak boleh bercakap kuat didalam kereta api atau komuter,kerana boleh kena marah dan disuruh senyap.
5.Terdapat pelbagai pilihan teh hijau dan pastinya ia pahit kerana tiada gula.
Setiap negara ada ragam dan budayanya yang tersendiri. Jika berhasrat untuk bercuti ke Jepun satu hari nanti, semoga perkongsian tips daripada Sherry ini bermanfaat dan elakkan melakukan perkara-perkara tersebut.
Sumber: Sherry Ibrahim