100 hari

Ada lagi ke mak-mak yang mampu berpantang 100 hari selepas bersalin? Ini nak ikut silakan, dan kalau rasa anda jenis langgar pantang… tolong jangan kritik!

Sebab perkongsian ini daripada pengalaman seorang cikgu yang menjaga isteri dalam pantang. Nah jemput baca tip Cikgu Mohd Fadli Salleh ini.

Jaga Bini Dalam Pantang, 40 Hari Atau 100 Hari?

Anak sulung mungkin mak jaga, tetapi biasanya kalau jaga pun mesti sekejap. Agak dah pandai dan lebih 30 hari, kebanyakan seorang isteri mahu duduk rumah sendiri.

Tambah pula kalau suami kerja jauh. Inilah tujuan info ini dikongsi, bagi laum lelaki memahami soal ‘mak budak’ selepas bersalin. Ok, jom kita bongkar petua terbaik oleh saudara Mohd Fadli Salleh ini…

Aku akan cuba menulis pasal bentan secara santai, agar kau tak bosan membacanya. Agar tidak seperti membaca artikel perubatan yang skema penuh fakta sahaja. Apa yang aku tulis,berdasarkan pengalaman aku sebagai ayah kepada 3 orang boboiboy. Pengalaman semalam.

Punca Bentan

Bentan secara ringkasnya bermaksud sakit semula puan isteri setelah hampir sembuh dari berpantang. Punca? Puan isteri tidak menjaga pantang makan minum. Ibu jari tersadung dengan kuat atau jatuh terhempas punggung.

Ads

Kadangkala perjalanan jauh juga menyebabkan bentan. Macam puan isteriku alami. Jalan raya kita bukan macam kat litar F1. Penuh bonggol dan lubang. Kau lelaki,xde hal la terlambung-lambung pun. Orang perempuan ni lain macam sikit.

Kalau puan isteri kau mengadu sakit kepala, berpeluh sejuk dan rasa huyung-hayang. Badan mula panas-panas nak demam lepas perjalanan jauh, kau jangan kata dia manja pulak. Kau tak rasa, jangan sedap mulut nak menghukum manja. Itu salah satu petanda bentan.

Kau nak buat apa bila bini bentan? Pertama,kau kena pastikan dia berpeluh. Bagi keluar peluh sejuk dia tu. Sapu minyak panas seluruh badan. Minum air suam. Berkelubung. Bagi berpeluh-peluh.

Ads

Kedua. Kau tungku dia. Panaskan batu tungku,balut dalam kain elok-elok. Tungku bahagian perut dia perlahan-lahan. Jangan guna tenaga jantan kau waktu bertungku,pengsan bini kau nanti. Guna tenaga ala-ala pondan je tau.

Kalau kau tak jumpa batu tungku macam aku semalam, kau jangan kalut. Kau cari kain tebal, pasang seterika, pastu tuam kat seterika tu. Kau jangan guna tudung neelofar bini kau pulak. Sekali pekap kat seterika cair terus nanti. Kau pulak yang bentan kena karate dengan bini nanti.

Mulakan dengan tuam slow-slow kat bahagian perut dulu. Kemudian turun kat bahagian peranakan dan ari-ari. Last, baru suruh bini mengiring, tuam kat bahagian pinggang pulak.

Ads

Sebelum tuam tu kau rasa la dulu kain tu, jangan terlampau panas. Karang menggelupur puan isteri. Kau jangan malas masa tuam ni, paling kurang setengah jam kena tuam. Kalau bidan, 2-3 jam tahu tak? Jangan nak mengelat!

Jangan lupa pakaikan puan isteri stoking. Bagi stoking bola kau pun tak pe. Lagi panas lagi bagus. Pastu bagi minum kopi panas.

Kau jangan ingat kau dah ada anak 3-4 empat tanpa masalah bentan kau selamat. Aku anak ke tiga baru kena. Pantang bini tu biar betul-betul tau.

Kau pun kena pantang juga. Jangan nak moden sangat. Tak sempat 100 hari dah nak mendekat. Bini nak pakai lama woi. Selama masa. Seumur usia kalau kena gaya. Jangan ikut sedap kau je.

Nota:

Jangan jadikan artikel ini panduan utama. Bawa ke hospital dan jumpa bidan. Ini tips kecemasan sahaja.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI