Tak Semestinya Kurus Itu Sihat, Belum Tentu Gemuk Itu Sakit. Fikir-fikirkanlah!

Bila berat badan naik, mulalah rasa risau. Tapi masa makan, memang tak ingat langsung. Lepas tu baru nak menyesal. Sebenarnya, kita tak perlu nak menyekat keinginan selera makan Cuma, kita kena kawal supaya tak makan berlebihan sehinggakan berat badan bertambah.

Jom, ikuti perkongsian ini.

‘Dia makan banyak, tak mengapalah sebab badan dia semula jadi kurus. Aku pula makan banyak sedikit terus berat badan naik’

Tentu kita biasa dengan ayat seperti ini. Inilah hakikat yang biasa kita dengar. Bagi saya, saya bersyukur kerana dikurniakan badan yang tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk. Boleh dikatakan saya beruntung kerana saya boleh menikmati makanan apa yang saya suka tanpa rasa risau.

IKLAN

Walau bagaimanapun, tidak bermakna saya mengambil makanan sesuka hati tanpa had kerana saya tidak mahu dikategorikan sebagai kurus tetapi berpenyakit. Maklum sahaja, sekarang ini, orang yang kurus juga mengalami masalah kesihatan seperti darah tinggi. kolesterol tinggi dan sebagainya.

Begitu juga dengan seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan. Jangan kita terlalu membuat andaian bahawa kegemukan yang dialaminya itu boleh memberi risiko kepada penyakit jantung, diabetes dan lain-lain.

Anggap sahaja mereka yang berbadan besar ini dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Sekurang-kurangnya ia memberi semangat untuk mengawal pemakanan mereka dan kelihatan langsing.

IKLAN

Ada juga kawan-kawan saya yang mempunyai berat badan berlebihan atau biasanya saya akan cakap ‘badan awak semakin berisilah’ Bukan saya perli atau mengejek tetapi saya lebih suka memberi semangat untuk dia berusaha menguruskan badan dan mengurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat. Sekurang-kurangnya, beliau ada kesedaran ke arah untuk menurunkan berat badan.

Sudah tentu, kalau bercerita tentang badan kurus dan gemuk ini, semuanya pasti berkaitan dengan pemakanan. Lebih-lebih lagi, makanan segera yang memudahkan kepada siapa sahaja terutamanya bagi kita yang bekerjaya dan sibuk. Jalan singkat, mudah dan cepat.

Bagi saya, tidak salah untuk kita makan tetapi janganlah terlalu kerap. Orang yang kurus pun tidak mustahil akan gemuk jika terlalu kerap pengambilannya. Kolesterol tinggi.

IKLAN

Tidak hairanlah, sejak kebelakangan ini, ada makanan segera yang sihat dan trend ini semakin menjadi perhatian terutamanya bagi anda yang ingin menurunkan berat badan sekaligus untuk sihat.

Bukan mudah untuk kurus dan bukan senang untuk turunkan berat badan. Jadi, bagi anda yang merasakan berat badan mula naik perlahan-lahan, cuba lakukan sesuatu, masih belum terlambat. Bagi yang berbadan besar, anda masih berpeluang untuk mendapatkan bentuk badan yang anda ingin. Caranya kawal pemakanan sihat dan senaman jangan dilupa.

MIZZ SLIM

MW: Jangan cepat putus asa kerana untuk kurus tidak ambil masa sehari.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI