Mak ayah, nak hantar anak masuk sekolah menengah pilihan sekali pun, syaratnya tanyalah dulu keputusan anak. Jangankan nanti, bila dah selesai urusan pendaftaran, selepas seminggu dua mak ayah keluarkan anak dari sekolah.
Dah rugi masa dan wang ringgit. Dan lagi yang mak ayah kena ingat, peluang anak-anak untuk cemerlang dunia akhirat boleh ada di mana-mana sahaja. Inilah antara perkongsian menarik Ustaz Khairul Anuar Basri.
Tentang sekolah pilihan anak-anak selepas result UPSR ada di tangan. Anak-anak sudah besar, dan tentunya boleh buat pilihan sekolah jenis mana yang dia minati.
Kita kena terima hakikat sistem pendidikan di Malaysia ni memang exam oriented habis ah.
Walau kita cuba nak tenangkan anak-anak kita dengan macam-macam pujukan dan rayuan, tetap juga at the end of the day; result matters.
Hidup bukan tentang A, UPSR ni hanya salah satu proses hidup, tak dapat full A tak semestinya tak boleh berjaya di masa depan, bla.. bla.. bla..
Itu semua hanya nak sedapkan hati je tu.. ngeh ngeh ngeh..
Saya selalu sebut benda ni depan anak-anak saya, depan anak-anak saudara saya. Nak senang dan banyak pilihan nanti, tolong la dapat result elok-elok sikit exam UPSR. Kalau tak, susah nanti.
Bila result UPSR cemerlang, straight A, semua sekolah kita boleh mintak. Pilihan jadi sangat banyak dan luas.
Kalau result UPSR tak berapa nak cantik, banyak la halangan dan kekangan. Nak minta sekolah tu tak lepas, nak mohon sekolah ni tak dapat.
Apa yang ada tu, pasrah dan redha aje la.
Walaupun kita ni aktif giler. Dan walaupun kita ni hebat aktiviti ko kurikulum. Walaupun kita cemerlang exam PSRA. Pokok pangkalnya tetap kena cemerlang UPSR. Barulah semua yang sampingan tu akan bermakna dan diambil kira.
Itu sistem yang kita ada. Suka atau tak suka kita kena terima. Full stop!
Now, apa pilihan yang kita ada?
Kalau result UPSR bukan isu (maknanya anak-anak kita straight A atau excellent enough), maka suka la saya nak syorkan beberapa panduan untuk memilih sekolah menengah terbaik untuk anak-anak.
Ini pandangan saya la. Pandangan orang lain saya tak tahu.
Sekolah menengah paling ideal dari sudut konsep tetap sekolah berasrama penuh yang bercirikan integrasi. Ada subjek asas akademik, ada pendidikan agama yang mantap, ada subjek hafazan Al-Quran sebagai salah satu kewajipan.
Kalau dapat cari yang macam ni memang terbaiklah. Seimbang dunia akhirat orang cakap kan?
Ada la beberapa contoh.. macam SMKA Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) dan MRSM Ulul Albab. Yang ni memang terbaik la.
Di peringkat kerajaan negeri pun banyak yang jenis integrasi macam ni. Kalau di Selangor, ada Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) dan sebagainya. Di negeri lain pun ada. Kena rajin buat survey.
Sekolah menengah agama sama ada milik Kerajaan Persekutuan (SMKA) atau Kerajaan Negeri (SMA). Ini pun ada banyak dan saingan nak masuk form 1 pun boleh tahan jugak. Siap kena hadir ujian bagai.
Kalau dapat peluang ni, jangan la dilepaskan begitu saja.
Sekolah agama ni, kita tak akan nampak sangat kebaikan dia masa sekarang. Tapi bila kita dah keluar dari sekolah agama nanti, kita akan cakap betapa mujurnya kita sekolah agama.
Ada la basic agama untuk pagar diri. Kalau tak, kita boleh hanyut dalam dunia yang macam-macam cobaan dan cabaran ni.
Ada SBP Sains, ada SBP Agama. Ada sekurang-kurangnya 68 buah SBP untuk kemasukan ke tingkatan 1. Semuanya bagus-bagus.
Duduk asrama penuh ni, boleh latih anak-anak berdikari. Semua nak kena urus sendiri. Jadi, selain daripada belajar untuk cemerlang dalam akademik, mereka juga boleh belajar untuk cemerlang dalam hidup.
Sekolah menengah harian biasa sekarang ni pun bukan kaleng-kaleng dah. Guru-guru pun bukan biasa-biasa. Banyak sekolah menengah harian biasa yang memiliki pelajar cemerlang dan menjadi sekolah cemerlang setiap kali musim exam besar macam PT3, SPM dan STPM.
Jadi, jangan la pandang rendah sekolah menengah harian ni. Kat mana-mana sekalipun anak-anak kita belajar, pendidikan asas dan sejati bermula dari rumah.
Mak ayah tak boleh nak escape tanggungjawab ni. Tak boleh nak lepas kat sekolah dan guru-guru semata-mata. Ini silap besar.
Ada mak ayah yang tanya saya pandangan saya. Diorang nak hantar anak-anak ke sekolah tahfiz sebab result UPSR tak cukup makan.
Saya nasihat la; sekolah tahfiz bukan segala-galanya. Tambah pulak sekarang ni macam-macam isu. Kena pastikan betul-betul background sekolah tahfiz tu.
Siapa gurunya? Siapa pentadbirnya? Ke mana hala tuju pelajar tahfiz tu lepas habis belajar kat situ?
Ada tak testimoni dari ibu bapa yang pernah hantar? Kena ambil tahu lebih sikit.
Dan 1 persepsi yang kita kena segera ubah ialah; peluang anak-anak untuk cemerlang dunia akhirat ni, boleh ada di mana-mana saja.
Tak semestinya yang sekolah biasa, bukan tahfiz, dia tak boleh jadi asbab mak ayah masuk syurga. Itu kena faham.
Apa yang penting, didikan agama tu perlu mak ayah tekankan. Dan didikan agama memang bermula dari rumah. Bukan dari sekolah.
Ada juga mak ayah yang sibuk. Maybe mak ayah tunggal yang terpaksa kena kerja lebih dan yak boleh fokus pada anak-anak. So, bimbang la kalau pendidikan agama anak-anak ni terabai. Tu yang nak hantar masuk sekolah tahfiz tu.
Saya katakan; mak ayah walau sesibuk mana, kena korban la masa sikit untuk anak-anak. Itulah aset kita dunia akhirat. Kalau kerja boleh jadi lebih penting dari pendidikan anak-anak, itu maksudnya ada sesuatu yang tak kena.
Yang akan jadi mangsa dan terkorban nanti bukan kita. Tapi anak-anak kita. So, fikir-fikirkanlah ye.
Akhirnya, selamat membuat keputusan demi pendidikan anak-anak. Jangan buat keputusan bersendirian. Bincang la dengan anak-anak. Mereka dah mula melangkah ke alam dewasa.
Mereka perlu diberi peluang untuk contribute dalam membuat keputusan. Walau tak besar penglibatan mereka, dengarlah juga apa minat dan kecenderungan mereka.
Apa cita-cita mereka. Ketahui apa yang mereka nak buat di masa depan. Apa yang mereka suka. Semua tu mesti jadi faktor pertimbangan untuk ibu bapa dalam menentukan ke sekolah mana patut disalurkan anak-anak selepas UPSR.
Buat keputusan dengan bijak. Jika tersalah keputusan, jangan takut untuk berpatah balik untuk betulkan kesilapan. Saya jumpa ramai mak bapak yang hantar anak ke sekolah sekian-sekian, tapi ambil keputusan untuk keluar semula atas sebab-sebab tertentu.
Itu biasa. Dan itu pasti yang terbaik buat anak-anak.
Jangan kerana kedegilan dan syok sendiri kita sebagai mak ayah, akhirnya menyebabkan anak-anak makan hati dan memberontak. Elok-elok dah awalnya anak kita ni ok, terus bertukar jadi pelajar bermasalah.
Itu yang kita taknak kan?
MW : Dalam bab mencari sekolah menengah untuk anak-anak yang sedang meningkat dewasa ini, bertenanglah mak ayah. Yang penting, sentiasalah sabar dan layanlah kerenah anak-anak dengan jalan hikmah.
Sumber/Foto : Khairul Anuar Basri, #KAB
– 2 anak dah lepas UPSR, 2 lagi yang tinggal –
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.