Tabiat merokok memang membahayakan kesihatan diri bukan sahaja buat golongan dewasa apatah lagi peringkat umur kanak-kanak. Masih ingat kanak-kanak lelaki umur 2 tahun yang gambarnya pernah viral kerana asyik menghisap rokok dulu.
Dilaporkan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun berasal dari Suka Bumi, Indonesia yang viral kerana tabiat merokok, dilaporkan sudah mula meninggalkan tabiat buruk itu.
Media antarabangsa melaporkan, Rapi Ananda Pamungkas, yang sebelum ini merokok sehingga dua kotak sehari, kini sudah tidak meminta rokok selepas diberi susu dan biskut.Ibu Rapi, Maryati, memberitahu anaknya itu diberi rokok untuk menenangkannya, dan akan mengamuk jika kehendaknya tidak dipenuhi.
Selepas kisahnya viral, beberapa pihak, antaranya pihak jabatan kesihatan dan doktor, melawat Rapi dan keluarganya di kediamannya mereka di Sukabumi.
Diberikan Susu, Biskut & Mainan
Selain bekalan makanan susu dan biskut serta alat mainan selama setahun, mereka juga memberikan Maryati nasihat bagaimana mahu mengelakkan Rapi merokok.
Ads
“Antara cara yang boleh digunakan adalah menunjukkan gambar-gambar mengerikan tentang kesan merokok. Kami juga akan terus memantau keadaan Rapi selepas ini,” kata Maman Surahman, Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Cibadak.
Maryati memaklumkan, Rapi sudah tidak merokok sejak Isnin lalu.
“Sudah beberapa hari dia tidak minta rokok. Malah apabila nampak rokok, dia hanya tengok sahaja,” kata Maryati.
Ads
Menerusi laporan berita sebelum ini, beberapa keping foto yang memaparkan budak lelaki berusia dua tahun sedang menghisap rokok tular di laman sosial dan mencetuskan kebimbangan orang ramai.Kanak-kanak itu,kelihatan selamba memegang rokok sambil menghembus asap seperti seorang lelaki dewasa.
Dia dirakam melakukan aksi itu di gerai milik ibunya di Sukabumi, Indonesia.Aksi itu turut menarik perhatian orang ramai yang berjalan melintasi gerai tersebut.Dia didakawa mengalami ketagihan rokok dan berupaya menghisap sehingga satu kotak dalam sehari.
“Pada mulanya, dia kutip puntung rokok di lantai, sekarang dia dah pandai hisap pula.Saya beri sahaja sebab tak mahu dia meragam dan mengamuk”
“Dia tak akan tidur dan mengamuk serta menangis sehinggalah saya beli rokok untuknya setiap hari,” ujar ibunya, Maryati yang berusia 35 tahun.
Ads
Setiap kali cuba menghalang perbuatan itu, Maryati dan suaminya, Mishabudin terpaksa berhadapan dengan amukan anak kecilnya itu. Sementara itu, bapanya yang juga seorang perokok mengakui kagum dengan kebolehan anaknya.
“Saya pun tak merokok sebanyak itu. Saya merokok di tempat kerja sahaja,” ujarnya.
Pasangan suami isteri itu kini memohon bantuan orang ramai termasuk pakar kesihatan untuk menghentikan ketagihan anaknya.
Sungguh tak faham macam mana mak ayah boleh tergamak beri anak yang masih kecil dengan rokok, walau apa pun alasannya. Mingguan Wanita mengharapkan semoga anak kecil ini, menghentikan terus tabiat merokok yang sungguh tak bermanfaat dan membahayakan kesihatan ini.
Bab-bab melipat kain ini memang bukan semua orang rumah suka nak buat. Tapi dah nama tanggungjawab, kenalah selesaikan juga. Barulah rumah kemas dari keserabutan.
Ini yang dikongsikan Abdul Muiez Ruslee, bila mana dulu dia bersungut asal isteri minta anak-anak bantu buat kerja-kerja melipat kain.
Katanya, kasihan tengok anak-anak. Rupanya, tanggapannya tu salah. Bila isteri terangkan alasan kukuhnya, barulah dia nampak dengan jelas. Kenapa penting ajar anak terutama lelaki melipat kain.
Ajar Anak Lelaki Lipat Kain Dari Sekarang..
Kata isteri, “kalau mama tak paksa anak-anak lipat kain, sampai ke tua lah kerja mama ni lipat kain. Biarlah teruk macam mana pun dia lipat. Asalkan dia orang tahu tanggung jawab.”
Itulah kata isteri bila saya kata kesian tengok anak-anak kena melipat kain kain dahulu.
Bila fikir, betul juga. Kalau tak dipaksa sekarang, sampai besarlah mereka tak tahu buat kerja.
Bila tak tahu buat kerja, bukan sekadar menyusahkan diri sendiri, malah akan menyusahkan isteri bila dia kahwin nanti.
Selepas Lipat Kian, Ajar Pula Basuh Pinggan Yang Mereka Dah Guna
Bukan sekadar lipat kain, basuh pinggan pun kami ajar. Biarlah tak bersih pun, asalkan mereka tahu. Lepas makan, kena basuh pinggan. Kalau tak bersih, kamilah yang akan bantu cuci semula.
Sekarang Iman dah relaks lipat baju. Bila suruh lipat, katanya “kacang je.”
MW : Sebenarnya proses ini memang akan ambil masa untuk anak-anak belajar. Mula-mula anak-anak akan merungut, tapi bila dah jadi kebiasaan. Anak-anak mula fikir itu tanggungjawab. Besar kelak akan menyenangkan kerja mak ayah, malah bakal isteri mereka.
Cukupkan keperluan isteri dengan anak dulu, kemudian baru hulur pada orang tua. Memang menjadi tanggungjawab seorang suami untuk lunaskan nafkah kepada isteri dan anaknya terlebih dahulu sebelum mak dan ayahnya.
Sebaiknya, sebagai mak ayah yang telah memiliki anak yang telah berkahwin, jangan beratkan mereka dengan soal tanggungjawab. Biarkan mereka menjadi suami yang bertanggungjawab sebelum menjadi anak yang baik.
Cukupkan Keperluan
Kongsi Firdaus Shakirin, cukupkan isteri dengan anak-anak dulu…”
Bila kita hulur duit dekat orang tua, orang tua akan suruh cukupkan dulu isteri dengan anak2…
Katanya, isteri dengan anak-anak di bawah tanggungan dan tanggungjawab suami… Kalau suami tak cukupkan keperluan mereka, maka siapa lagi yang akan buat semua itu…
Orang tua kata, dia tidak apa, boleh cari duit sendiri lagi…
Isteri Dengan Anak Dulu
Kalau anak-anak tak bagi pun dia boleh hidup sekadar apa yang dia ada… Dia lagi nak anak-anak dia jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan seorang ayah daripada tanggungjawab sebagai seorang anak…
Ada lebih, baru bagi… Kalau tak lebih, tak perlu bagi…
Itu konsep orang tua saya. Ada jugak kawan-kawan yang kata sama macam ini. Asal hulur saja duit, mesti tolak, suruh bagi lengkapkan keperluan anak, isteri dulu…
Kita pun kerja bukannya hebat sangat, dahsyat sangat… Kita pun bukannya pakai alphard. Tapi kita tetap hendak cuba bagi cukup anak bini, nak cuba bagi cukup orang tua sendiri…
Isteri selalu pesan, bahagian dia itu, bagi saja dekat orang tua…
Apa yang ada dalam peti ais, apa yang ada dalam almari, dia makan, dia pakai. Kalau sudah tidak apa-apa dalam peti ais, atau dalam almari, baru dia mintak untuk beli…
Saya cuba juga untuk bagi walaupun cukup-cukup makan…
Insyallah Rezeki Bertambah
Ajaibnya, rezeki tu bertambah… Allah gandakan dalam pelbagai cara, dalam pelbagai keadaan… Syaratnya, cukupkan dulu isi rumah kita semampunya, simpan sedikit untuk bawa orang tua kita makan, beli makanan dekat orang tua kita, penuhkan keperluan dapur mereka dan sebagainya…
Berbakti kepada orang tua ni, bukan hanya hulur duit semata-mata. Ada banyak cara lagi, pilihlah cara yang macam mana pun mengikut kemampuan yang kita ada sahaja…
Jangan sampai terabai mereka yang di bawah tanggungan kita, jangan sampai diabaikan juga mereka yang perlu kita bertanggungjawab…
Mingguan Wanita : Soal nafkah ini jangan dibuat main, kelak akan disoal jika ayah-ayah tidak menggalasnya dengan baik. Oleh itu orang tua yang memahami, mereka akan meminta anak mereka selesaikan tanggungjawab kepada anak dan isteri.
Gadis dihempap kayu balak, “rasa seperti mati hidup semula disaat organ dalaman saya hampir rosak. Diberi peluang kedua. Inilah perasaan dapat dikongsikan oleh seorang mangsa yang dihempap kayu balak ketika berhenti di satu persimpangan Persimpangan Bendahara, Gua Musang dalam kejadian 9 Julai lalu.
Di luar pemikiran akal, tragedi ditimpa kayu balak ketika berhenti di persimpangan adalah kejadian yang sangat ngeri buat dirinya. Alhamdulillah,Allah memberinya peluang kedua untuk menikmati kehidupan biarpun dalam tragedi ini organ dalamannya hampir rosak selain patah tulang rusuk.
Gadis Dihempap Kayu Balak
Jelas Siti Norelyana Kamarulzaman, dirinya telah sembuh dan keluar dari hospital selepas hampir sebulan menerima rawatan dan beberapa kali terpaksa ditidurkan.
Gadis berusia 21 tahun ini berkata, sehingga hari ini dia tidak pernah menyangka dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa walaupun beberapa organ dalamannya seperti hati, paru-paru, buah pinggang hampir rosak serta mengalami patah pada lima tulang rusuk serta belakang.
Memetik laporan Sinar Harian, dirinya sedar ramai menyangka dirinya sudah meninggal ketika tragedi ngeri itu berlaku.
“Bayangkan pada hari kejadian sehingga 7 Ogos lalu saya keluar dari HRPZII (Hospital Raja Perempuan Zainab II) ramai yang menyangka sudah meninggal dunia.
“Alhamdulillah, berkat doa ahli keluarga, semua rakyat Malaysia serta tunang, ALLAH masih memberi peluang kepada saya untuk menikmati kehidupan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah keluarganya di Paloh 3 di sini pada Isnin.
“Rasa Seperti Mati Hidup Semula Disaat Organ Dalaman Saya Hampir Rosak…
Menurut anak keenam daripada tujuh beradik itu, mengimbau kembali kejadian tersebut katanya, dia dalam perjalanan ke tempat kerja dan berhenti di lampu isyarat sebelum terdengar bunyi yang sangat kuat.
Ujarnya, dia melihat bagaimana kayu balak bergolek menerpa ke arahnya sehinggalah merasa kesakitan yang amat sangat namun masih sedarkan diri.
Siti Norelyana (tengah) bersama ibunya, serta anak saudara sehingga hari ini tidak pernah menyangka dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa walaupun beberapa organ dalamannya seperti hati, paru-paru, buah pinggang hampir rosak serta mengalami patah pada lima tulang rusuk serta belakang.
“Saya sedar apa yang berlaku walaupun tidak respon kepada orang sekeliling.
Saya hanya mampu menahan sakit dan mendengar orang sekeliling bercakap sehinggalah dibawa ke hospital.
“Sepanjang menerima rawatan juga saya sedar apa yang diborakkan oleh ahli keluarga serta doktor dan jururawat tetapi hanya mampu memberi tindak balas dengan menggerakkan anggota badan.
Siti Norelyana memberitahu, sehingga ke hari ini dia masih tidak percaya dapat berjalan serta pulang ke rumah dan menjalani kehidupan bersama ahli keluarga seperti sebelumnya.
Dia sangat bersyukur malah berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu sepanjang menerima rawatan di HRPZII.
Menurutnya, tunang, Nik Amnan Arif Nik Anuwar, 22, sanggup menunggu di hospital setiap hari walaupun dia dalam keadaan ditidurkan.
“Kami sepatutnya disatukan pada Disember ini, namun melihat keadaan saya begini ia mungkin terpaksa ditanggungkan ke tahun hadapan.
“Ini kerana sehingga sekarang saya masih berada dalam keadaan trauma terutama bila melihat lori balak, mendengar bunyi yang kuat serta masih bermimpi tentang kejadian tersebut.
Disebabkan itulah saya terpaksa tinggal di rumah kakak di sini (Paloh 3) kerana rumah ibu di Simpang Aring, Ciku 4 terletak di tepi jalan raya,” katanya.
Sementara itu, ibunya, Miskalsom Domea, 59, memberitahu, bersyukur sehingga sukar untuk digambarkan keajaiban yang ALLAH berikan kepada anak perempuannya itu.
“Setiap hari hanya perkataan ‘kritikal’ yang keluar dari mulut doktor, sebagai ibu hanya doa yang mampu saya panjatkan lebih-lebih lagi ramai yang menyangka umur Siti Norelyana tidak panjang.
Alhamdulillah, dia sembuh dan boleh meneruskan kehidupan walaupun dalam keadaan trauma,” ujarnya.
Ibu kepada tujuh orang anak itu berkata, trauma melihat anaknya dimasukkan lima pek darah dalam sejam serta ditidurkan masih tidak dapat dilupakan.
Namun katanya, fokus sekarang adalah meneruskan rawatan di HRPZII dua kali sebulan dan sama-sama berusaha menghilangkan trauma mereka sekeluarga.
Sinar Harian pada 9 Julai lalu melaporkan seorang wanita hampir maut apabila motosikal yang ditunggangnya dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Selasa.
Kejadian jam 11.23 pagi itu berlaku apabila lori membawa muatan kayu balak terbabit terbalik ketika mengambil selekoh.
Difahamkan semasa kejadian mangsa, Siti Norelyana dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Bandar Utama Gua Musang.
Mangsa yang mengalami kecederaan telah dirawat di Hospital Gua Musang.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...