diet

Kagum melihat hasil wanita berstatus ibu anak tiga, Puan Noor Zuriyani Ismail atau lebih mesra dipanggil Zue diet. Memang nampak hasil yang ketara, paling best dia mampu diet tanpa mengambil sebarang ubat kurus.

Haaa… ini baru betul caranya. Kalau ada mak-mak di luar sana nak sangat kurus, bolehlah ikut caranya. Yang penting kena disiplin kawal makan dan rajin buat senaman.

Jom tengok apa lagi cara yang ibu ini amalkan sampai dia dapat hilangkan berat sebanyak 13kg dalam masa 9 bulan.

Tip Diet Buat Mak-mak

Benda paling ditakuti kaum wanita selepas bersalin adalah berat badan naik tak turun-turun! Begitulah juga yang dilalui suri rumah ini dan ada suatu ketika dia yang pernah mencapai berat 73kg, terpaksa ambil ubat kurus tetapi hasilnya kurang memuaskan.

Saya nak berkongsi pengalaman saya dalam proses menurunkan berat badan. Berat badan saya selepas melahirkan anak ke-3 meningkat kepada 73kg dengan ketinggian 158cm memang tidak sesuai. Setahun saya mengalami berat badan sebegitu.

“Memang stress dengan berat badan yang melampau.”

Saya juga pernah cuba ubat kurus tapi tidak berjaya, turun tidak banyak pun tapi bila berhenti makan berat naik semula.

Saya bermula pada bulan oktober tahun lepas, saya nekad nak turunkan berat badan secara sihat dan semulajadi tanpa ambik sebarang ubat kurus. Saya buat slow-slow diet kalori dan mengamalkan makan suku suku separuh seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia. Memang ternyata berat badan turun walaupun lambat.

Jadi dia memilih untuk mula mengubah cara pemakanan yang diambil. Kongsi ibu muda ini, biasanya sebelum sarapan dia makan buah dulu tetapi kalau nak cepat dia buat jus. Selepas setengah jam baru sarapan.

Ads

Menurut perkongsian ibu ini lagi, kadang dia akan sarapan makan sekeping roti wholemeal bakar bersalut telur dengan sedikit homemade peanut butter dan secawan green tea. Tak payah beli peanut mahal-mahal di kedai, mak-mak boleh buat stok sendiri simpan dalam peti.

Sekeping roti wholemeal dengan sapuan serikaya dan peanut butter.

Resepi Peanut Butter Homemade Stok Sebulan

Bahan-bahan:
Kacang tanah tanpa kulit

Cara-cara:
1. Sangai kacang tanah sehingga masak
2. Lepas tu blend dgn blender kering sehingga lembik n nmpk keluar minyaknya. Bila dah siap boleh bubuh dalam bekas atau balang kaca.

Senang bukan? No add sugar hanya kacang tanah sahaja. Boleh buat sapuan diroti untuk sarapan pagi.

Nak sedap tambahkan hirisan pisang selepas sapu peanut butter diroti. Lepas ni tak payah beli peanut butter jenama mahal tu.

Ads

Menu Tengah Hari

Ok ini pula salah satu contoh makanan yang ibu ini ambil setiap hari, mungkin mak-mak di luar sana boleh bersedia untuk mencuba menu ini.

Ikan bakar
Tempe bakar
Nasi basmathi
Bayam goreng

Kena Rajin Zumba

Selain itu juga dia mula berjinak-jinak dengan senaman zumba. Dalam seminggu 3x saya berzumba. Malah di rumah juga dia melakukan senaman selama 30minit bagi badan sentiasa cergas.

Setelah hampir 9 bulan dia menjaga pemakanan dan melakukan senaman, akhirnya dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 13kg, sekarang beratnya cuma 60kg.

Haaa… dia sendiri pun tak sangka dapat berjaya turunkan sebanyak itu berkat disiplin, cuma dengan konsisten sampai berjaya. Apa yang best, wanita ini telah melepasi berat ideal (58-62kg).

Khas Buat Yang NEKAD Nak Turunkan Berat

Pesanan kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan ialah pertama jaga pemakanan seharian seperti kurangkan gula, garam dan minyak.

Ads

Kedua buatlah senaman. Dengan bersenam dapat membakar kalori apa yang kita makan, badan menjadi ringan dah cergas dan bagi yang selalu bersenam dia akan merasa gembira.

Ok, ini salah 1 workout yang ibu ini buat di rumah selain berzumba 3x seminggu. Apa lagi, silalah download aplikasi ini secepat mungkin!

Tip Elak Buncit

Selain senaman dan kawal pemakanan yang diambil, dia juga berkongsi macam mana nak elak buncit di perut.

“Lagi tip untuk elak perut buncit, minum air selepas setengah jam makan.”

Jadi untuk mengelakkan pelbagai penyakit singgah, sila mula dari sekarang menjaga pemakanan. Kata mudah…

APA YANG KITA MAKAN SEKARANG KITA AKAN TUAI HASILNYA.

ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN

Pesan wanita ini lagi, “slow-slow tak apa janji konsisten!” dan dia mendoakan anda yang nak kurus di luar sana semoga berjaya mendapat hasil yang luar biasa!

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI