Tak sangka alami jangkitan kuman. Bapa ini sedih tak bawa anak ke hospital lebih awal kerana anaknya bukan demam biasa tetapi jangkitan kuman dalam darah.
Satu demi satu dugaan menimpa anak sulung pelakon Nazrief Nazri, Noah yang kini berusia dua bulan apabila terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor akibat jangkitan kuman dalam darah.
Menurut Nazrief, sebelum ini Noah yang disahkan positif Covid-19 dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak kelmarin selepas masih belum pulih dari demam panas.
Sedih Tak Bawa Anak Ke Hospital Lebih Awal
“Tiga hari sebelum saya bawa dia ke hospital, saya dapatkan rawatan di klinik terlebih dahulu. Doktor memaklumkan demam yang dialami Noah mungkin disebabkan kesan akhir Covid-19 yang dialaminya.
“Bagaimanapun selepas membawanya ke hospital, doktor memaklumkan Noah mengalami jangkitan kuman dalam darah. Malah demam panasnya juga turun naik sehingga pernah mencecah 39.5 darjah selsius.
“Buat masa ini, keadaannya stabil cuma saya masih menunggu laporan beberapa ujian yang dilakukan. Setakat ini, saya dimaklumkan penyakit yang dialami tidak serius, cuma masih menanti jawapan punca jangkitan kuman dalam darah,” katanya.
Ads
Nazrief mohon semua doakan bayinya.
Tak Sangka Alami Jangkitan Kuman
Menurut Nazrief, sebagai bapa dia sedih apabila tidak membawa anak sulungnya ke hospital terlebih dahulu.
“Noah anak yang tak banyak ragam. Walaupun dia demam, dia kerap tidur dan tak macam bayi lain yang meragam kerana tidak selesa. Saya tak sangka Noah akan mengalami jangkitan kuman dalam darah dan perlu melalui semua ini.
“Sepatutnya saya terus bawanya ke hospital untuk menerima rawatan. Tapi itulah saya pun tak jangka perkara ini terjadi kerana saya ingatkan demam yang dialami kerana kesan sampingan Covid-19. Begitu juga dengan komen doktor di klinik,” katanya.
Terdahulu, Noah yang dilahirkan pada 19 Julai lalu di sebuah perubatan swasta di Putrajaya disahkan positif Covid-19 pada 21 September lalu.
Nazrief bagaimanapun tidak mengetahui bagaimana anak sulungnya itu dijangkiti virus berbahaya itu.
Menurutnya, dia tidak pernah membawa Noah keluar dari rumah kecuali ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kesihatan bulanan.
Nazrief dan isteri, Aziatul Aqma yang mendirikan rumah tangga pada 15 November tahun lalu bagaimanapun disahkan negatif virus itu.
Mingguan Wanita : Semoga bayi Nazrief cepat sihat dan kembali pulih seperti biasa. Diharap Nazrief dan isterinya kuat menghadapi ujian ini.
Hasrat pelakon dan usahawan, Che Ta atau Rozita Che Wan meraikan ulang tahun perkahwinan ke -10 11 Disember lalu terbantut selepas dia disahkan positif COVID — 19 baru-baru ini.
Isteri kepada Zain Saidin itu bagaimanapun reda dengan ujian menimpanya.
“Ikutkan semua persiapan nak raikan ulang tahun perkahwinan ke -10 itu sudah siap. Jemputan, lokasi majlis, solekan, busana pun sudah diatur.
“Tapi malang tak berbau, pada 8 Disember lalu saya melakukan ujian kendiri COVID-19 dan keputusannya positif. Nampaknya gelombang baharu virus ini datang kembali bukan omong kosong.
“Saya pun tak mahu risikokan diri, keluarga dan tetamu untuk majlis sambutan perkahwinan ini. Jadi buat sementara waktu, tunda dulu majlis berkenaan. Biar semuanya baik-baik dulu,” katanya kepada pihak media.
Rozita Che Wan positif COVID-19
Ditanya mengenai keadaannya kini yang melakukan kuarantin kendiri di banglo mewah di Damansara, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui keadaannya sedikit lemah.
“Nak tidur pun susah. Sakit kepala rasa macam nak pecah otak. Saya pun batuk berterusan macam nak terbelah dada.
“Pada 9 Disember lalu, saya buat lagi ujian kendiri COVID-19 dan masih positif. Harap semua akan baik-baik saja selepas ini.
“Jadi kita jangan ambil mudah perihal virus ini yang belum lagi ‘nyah’ dalam hidup kita,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Che Ta baru saja selesai penggambaran program masakan Cuit Cuit CheTa musim ketiga yang akan disiarkan di TV Okey bulan Ramadan depan.
“Kali ini, saya mengendalikan program 30 episod itu bersama suami tercinta dengan kehadiran tetamu di kalangan artis sebagai ‘chef’ masakan.
“Selepas itu, saya akan jadi juri program The Mask Singer musim keempat. Selain itu saya akan lancar produk terbaharu ByRCW awal tahun depan,” katanya yang baru-baru ini turut menerima anugerah dari Bumiputera Business Excellence Award 2023.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekarang ini kan musim orang membeli emas, jadi sebelum membeli itu kenalah ambil tahu kiraan pembelian emas itu macam mana. Jangan nanti, dah beli baru nak tanya berbaloi atau tidak. Paling mudah, bawa sendiri kalkulator tak pun pinjam je tauke kedai emas itu punya.
Perkongsian Umi Watie ini memberi serba sedikit panduan mengira harga emas yang bakal dibeli. Ada kedai yang jual tanpa harga upah, ada kedai emas yang letakkan harga upah. Semua ini pun kena diambil kira.
Cuba hadamkan perkongsiannya ini.
Keliru Nak Kira Harga Emas
Masih ada ke yang masih keliru kira harga emas? Musim ini memang ramai yang membeli kan? Kadang ada yang terpedaya tanpa sedar.
Kedai emas beratur orang nak masuk, jangan termasuk mulut buaya sudahlah. Ilmu ini kena turunkan pada suami. Mana tahu diam-diam suami nak belikan. Takdelah dah beli, tapi terasa rugi.
Sekadar berkongsi pengiraan membeli emas, bawa kalkulator sendiri, kalau takde pinjam dengan tokey kedai. Mesti cuak tokey kedai bila pembeli sendiri nampak pandai kira-kira.
Guna Kalkulator, Kira Dulu Baru Beli
Iyalah, bukan mudah kita dapat peluang membeli kan? Ada yang menyimpan bertahun. Ada yang guna duit i-sinar atau i-lestari. Jangan kerana kunun nak melabur tiba-tiba lebur duit tanpa sedar.
Kiraan mudah berdasarkan resit RM 2,000 ÷7.8g (jumlah berat emas)
Sama dengan RM 256 segram.
Kalau ikutkan dalam resit tiada ditulis harga upah. Jadi harga segram bersama upah RM 256.
Ada sesetengah kedai boleh beri harga RM 240 segram dengan upah.
Kebiasaannya kita akan minta kurang pada harga upah. Untuk situasi diatas boleh try minta kurang kepada RM 1,872 ikut harga terendah di kedai emas lain iaitu RM 240 segram.
Banyak beza kan?
Begitulah. Selamat membeli emas semua.
#MakReramaMenulis
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hari ini, hari ketiga Allahyarham Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan, 32 atau Abam Bocey meninggalkan dunia yang fana. Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak tempat Allahyarham dikebumikan juga tak sunyi dari kunjungan orang ramai yang mengenali Allahyarham Abam.
Termasuklah rakan-rakan artis malah insan-insan yang pernah dibantu oleh Abam tanpa sesiapa pun ketahui tak putus-putus menziarahi pusara Abam yang disayangi ramai ini.
Terkini, pelawak, Shahrol Shiro atau nama sebenarnya, Shahrol Azizie Bin Azmi berkongsi momen-momen berada di pusara arwah Abam. Shahrol kelihatan membacakan doa di kubur yang masih merah itu.
Turut kelihatan di tanah perkuburan itu, rakan baik Abam, Achey bersama isterinya. Shahrol juga menziarah ibu Abam yang duduk berkerusi roda. Sebak melihat keadaan ibu yang masih sugul dengan pemergian anak yang telah meninggalkannya untuk selamanya.
Kubur Abam Tak Putus-putus Diziarahi
Kongsi Shahrol di ruangan instagramnya,
Hidup bukan tentang siapa yang terbaik tapi tentang siapa yang mau berbuat baik.. Kita baik ramai yang sayang..Terima kasih kerana mengajar kami sesuatu yang sangat bernilai dalam kehidupan ini..
Salam takziah buat semua ahli keluarga.. @acheykintangkintung dan @fadbocey jangan patah semangat.. Teruskan berkarya memberikan manfaat buat semua..
Semoga roh Allahyarham @abam_bocik ditempatkan di kalangan golongan orang yang beriman.. Alfatihah
MW : Sebagaimana yang pernah dituturkan oleh Allahyarham, ‘orang baik ramai sayang’ begitulah seharusnya dipelajari dari kata-kata ini. Teruslah berbuat baik, agar sehingga tiada pun jasa mu masih dikenang orang.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...