Kecantikan

Tak Sangka Air Barli Viral Ini Berkesan Naikkan SERI Muka, Badan Pun Jadi Kurus Langsing

Share

Resepi air barli ini bukan saja sedap, malah boleh cantikkan kulit dan mengembalikan tubuh badan berisi menjadi kurus langsing. Kalau mak-mak masih ingat Mingguan Wanita pernah kongsikan resepi air kurus viral yang buat angin berzumba keluar.

Ramai yang mencuba dan menjadi. Kali ini, Aisyah Badar Bajrai berkongsi pula Air Barli Viral yang mudah disediakan dan murah pula bahan-bahannya. Menariknya mak-mak, wajah Aisyah sekarang pun makin berseri-seri.

Bermakna apa yang dikongsikan ini betul-betul menjadi.

Baca Sini : Air Kurus Viral, Tak Sampai 5 Minit Minum Angin Berzumba Keluar

 

Aisyah Badar Bajrai dan resepi Air Kurus Viral yang pernah dikongsikan Mingguan Wanita sebelum ini. Ketara berbezakan seri wajahnya.. Makin jelita!

 

Masa memula jumpa resepi ni Aisyah excited sangat. Sebab selama ni tak tau pun barli ni boleh cantikkan kulit kita plus kuruskan badan. Ya Allah, murah kot modal beli barli. Nak minum hari hari pun boleh.”

Air barli ni walaupun nampak biasa biasa jek tapi kalau kita konsisten minum, badan kita boleh KURUS tau. Pastu kulit yang KUSAM pun boleh BERSERI SERI balik plus boleh ANJALKAN KULIT. Tak yah sesusah nak cucuk botox. Minum jek air barli. Jimat.”

 

Resepi Air Barli Viral

( Untuk cantikkan kulit + kuruskan badan – boleh guna sukatan sendiri )

1/2 cawan barli
7 gelas air
1 batang kayu manis ceylon
Lemon
Madu ( kalau nak manis)

Cara Membuat

Rebus barli + kayu manis ceylon dengan air selama 30-45 minit, sampai barli kembang. Pastu dah boleh tutup api. Sebelum minum nanti perahkan lemon sikit dengan masukkan madu sikit.

** Baki air barli boleh simpan dalam peti ais. Aisyah suka asingkan biji barli dengan air rebusan sebab tak nak barli tu kembang sangat.

** Jangan lupa panaskan sebelum minum.

Ini Antara Khasiat Air Barli Ini

Barli

– kurangkan morning sickness
– anjalkan kulit
– sejukkan badan
– banyakkan susu ibu
– rendahkan kolestrol
– melegakan sembelit
– kuruskan badan
– kencing manis
– arthritis
– menguatkan gigi
– kurangkan rambut gugur
– anemia
– batuk, sakit tekak, demam
– membantu mencegah batu karang
– Cegah osteoporosis
– masalah jerawat
– mencegah kencing kotor
– kencing kotor

Kayu manis ceylon

– boost metabolisme badan
– kurangkan kolestrol
– Kurangkan selera makan
– lambatkan proses masuk dalam perut, jadi tak de la cepat rasa lapar
– lancarkan period dan servis dalaman

Lemon

– cuci kerak kerak lama dalam usus
– bakar lemak degil
– ada vit c, bagus untuk kulit
– anti kanser
– mengempiskan perut

Madu

– tambahkan tenaga
– antioxidant
– pemanis semula jadi

Siapa cakap nak cantik dan kurus ni kena guna modal besar. Minum jek air barli hari hari, nanti glowing mowing plus anjal tau. Pastu lelemak pun segan nak duduk lelama dalam badan.

Sumber/Foto : Aisyah Badar Bajrai

Published by
Netty Ah Hiyer