Bila berlaku perpisahan/penceraian, bagi pihak isteri perlu lalui tempoh dan habis iddah yang telah ditetapkan. Inilah aspek yang perlu diberi perhatian dan sering diambil ringan oleh segelintir daripada kita.
Ini kerana iddah berkait rapat dengan hal keturunan, nafkah, perwarisan dan perwalian. Malah, wanita yang diceraikan dan kematian suamilah yang kena laluinya sehingga habis iddah.
Jangan ingat, hnya wanita saja kena habis iddah, barulah mula mengatur kehidupan akan datang. Begitu juga dengan bekas suami, kena lalui tempoh iddah kalau nak berkahwin lain.
Inilah yang diterangkan oleh Nurul Izzah Zainal tentang undang-undang syariah bila lelaki nak berkahwin lain, kena lalui tempoh iddah. Jangan ambil mudah, baru bercerai sebulan terus pasang nak kahwin lain.
Kalau bercerai bulan 8, boleh tak bekas suami kahwin dengan orang lain bulan 9?
Jawapannya:
TAK BOLEH!
Sebab masih dalam iddah dan belum habis iddah.
Suami pun ada iddah ke? ADA
Maksud di sini, iddah tak boleh kahwin lain tanpa kebenaran mahkamah.
Kenapa tidak boleh sebab sudah bercerai?
Ads
Sedangkan dalam perkahwinan pun dia boleh kahwin lain, inikan terang-terang dah bercerai.
Boleh Kahwin Tapi Kena Mohon
Mengikut undang-undang syariah di Malaysia, kalau bekas suami nak kahwin lain dalam tempoh iddah, dia kena mohon seperti perkahwinan poligami.
Maksudnya kena mohon kebenaran mahkamah dulu.
Kalau mahkamah luluskan, baru boleh kahwin ikut undang-undang Malaysia.
Tak boleh simply isi borang kat pejabat agama macam duda-duda lain yang dah lepas iddah.
Kalau tak boleh tahan juga untuk tunggu bekas isteri habis iddah dan takut terjatuh ke lembah dosa besar, tiada pilihan lain selain terpaksa kat sempadan.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang, tunggu iddah lama sangat sampai tak menyempat dah. Jalan mudah, nikah sempadan.
Pada asasnya lelaki tidak mempunyai iddah kerana iddah ini dikhususkan kepada perempuan. Namun begitu, terdapat dua keadaan yang mana lelaki terikat dengan iddah perempuan dan tidak boleh berkahwin dalam tempoh iddah tersebut:
1. Masih mempunyai pertalian dalam keluarga isteri.
Seorang suami tidak boleh mengahwini ibu saudara isterinya atau kakak isterinya melainkan selepas habis iddah talak raj’ie isterinya.
2. Mempunyai empat orang Isteri
Apabila seorang lelaki mempunyai empat orang isteri telah menceraikan salah seorang isterinya maka dia tidak boleh berkahwin lagi melainkan selepas isteri yang dicerainya itu habis iddah talak raj’ie.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Seorang rider terlantar dan tidak boleh berkerja selepas terlibat dalam kemalangan, dugaan berganda bila isterinya pula keguguran.
Masalah yang datang bertimpa-timpa ini sudah tentu membuatkan pasangan muda ini sedih dengan takdir yang dilalui.
Dugaan Berganda Bila Isteri Keguguran
Dugaan berganda buat seorang penghantar makanan apabila dia yang cedera parah selepas terlibat kemalangan pada 22 Julai lalu terpaksa menerima berita isterinya mengalami keguguran sehari selepas itu.
Menurut Mohd. Adi Azri Safiee, 26, dari Taman Nilam, Langkawi, Kedah, dia terlibat kemalangan dengan sebuah van ketika dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan.
Katanya, kemalangan tersebut menyebabkan tulang bahunya patah dan pangkal pahanya cedera teruk sehingga menyebabkan dia hanya mampu terbaring dan memerlukan bantuan untuk duduk.
Rider Terlantar
“Impak kemalangan itu menyebabkan saya tercampak dan kepala terhantuk pada hadapan cermin van, mujur topi keledar saya dipakai kemas dan tidak tercabut.
“Waktu itu, dalam kepala saya cuma fikir bagaimana hendak sara isteri yang sedang mengandung kalau saya ditakdirkan tidak boleh bekerja,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Nilam di sini semalam.
Ujarnya, isterinya, Nur Azimah Ahmad Zabri, 25, yang baru dikahwini pada Ogos tahun lalu pula mengalami keguguran sehari selepas dia terlibat dalam kemalangan tersebut.
“Isteri saya yang tidak bekerja mengalami keguguran ketika kandungan berusia kira-kira tiga bulan dan ketika itu saya masih menerima rawatan di wad Hospital Sultanah Maliha di sini.
“Nasib baik jiran bantu menghantar isteri saya ke hospital,” ujarnya.
Mohd. Adi memberitahu, dia kini menggunakan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikeluarkan melalui program i-Sinar awal tahun ini untuk menampung keperluan hariannya.
“Sekarang setiap bulan saya perlu bayar sewa rumah sebanyak RM500 dan hutang kereta pula RM600. Kalau tidak mampu menjelaskannya, mungkin saya akan jual kereta dan balik ke rumah keluarga di Kuala Nerang sehingga keadaan saya kembali pulih,” katanya.
Mingguan Wanita : Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan atau sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun bank CIMB milik Mohd. Adi 7046251586. Hulurkan tangan, ringankan beban keluarga ini untuk meneruskan hidup.
Penat urus anak, itulah yang biasa dialami oleh mak-mak terutamanya bila anak masih lagi kecil dan berderet-deret. Fasa yang boleh dikatakan cukup ‘struggle’, apatah lagi kalau ada suami yang langsung tak nak membantu.
Jangan ingat, urus anak hanya pada isteri semata-mata. Bayangkan kalau isteri hanya surirumah, 24 jam urus keluarga, tiada ‘me time’ untuk dirinya. Mungkin penat urus ank tak sama kalau isteri bekerja.
Masa bekerjalah ada ‘me time’ dengan kawan-kawan tapi kalau surirumah boleh kira berapa banyak ‘me time’ untuk dia. Atau sepanjang masa dengan anak-anak.
Sebab itulah, suami jangan persiakan dan merasakan isteri yang duduk rumah tak ada kerja nak buat dan jangan pelik kalau ada masanya rumah tidak terurus.
Malah, wanita yang bekerja jangan ingat seronok bila jadi surirumah. Inilah yang dirasai dan pengalaman Terra Hillaria yang telah lalui sendiri.
Dulu, saya yakin boleh jaga urus sendiri 2 anak tanpa pembantu. Dalam otak saya, dah berangan-angan, bangun awal pagi cuci kain, siapkan beg anak dan makanan. Mandikan dan pakaikan baju anak-anak. Siap sedia hantar anak ke taska dan saya ke tempat kerja.
Bila tiba waktu petang, ambil anak yang sulung dan barulah ambil adik. Sampai di rumah bagi mereka occupy with toys, saya masak dan bagi anak makan. Lepas itu, mandikan mereka. Lepas itu, barulah saya mandi. Ada masa, layankan mereka dan barulah masuk tidur. Sangat mudah kan.
Tapi realitinya jauh panggang dari api.
Hampir depression saya melalui kehidupan, sampai saya ada ketakutan untuk balik rumah sendiri. Bagi saya, masa bekerja adalah ME TIME saya.
Penatnya mengatur anak-anak tidak boleh disamakan dengan penat bekerja. I admit that.
Dan saya sangat salute dengan kawan-kawan saya yang bekerja sebagai housewife. Anda sangat HEBAT.
Jangan Rasa Rendah Diri
Usah pernah rasa rendah diri sebab kerja kamu lagi susah dari kami yang bekerja.
Buat lelaki yang bergelar suami, jangan pernah mempersia-sia kan pengorbanan isteri kamu. Belajarlah untuk ucap terima kasih dengan mereka.
Kerana mereka telah mengorbankan nyawa, kerja dan masa mereka untuk menjadikan kamu sebuah keluarga yang sempurna.
Mengandung dan bertarung nyawa semasa bersalin sudah cukup besar pengorbanan seorang isteri. Berhenti kerja untuk menjaga anak-anak bukanlah satu keputusan mudah untuk dibuat.
Tidak mempunyai ME TIME juga satu pengorbanan yang dilakukan oleh sang isteri.
Belajar lah appreciate every little things happen in our life.
I am grateful for what I already have. I am thankful for everything that happens in my life.
Mingguan Wanita : Bila isteri bekerja, rasa seronok tengok surirumah, tak perlu nak fikir pasal kerja bagai. Tapi bayangkan kalau kita ambil cuti seminggu pun dah rasa stres. Bayangkan isteri 24 jam duduk rumah.
Bila balik rumah, isteri diam saja. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Sikapnya juga berubah. Kalau dulu, balik kerja dia akan sibuk bercerita itu dan ini. Tapi kini diam memanjang. Pelik tak wahai suami?
Tapi tugas menguruskan anak-anak dan rumah tangga tetap dilakukan dengan sempurna. Begitu juga makan pakai suami. Tersedia seperti biasa. Tapi, kenapa isteri berubah?
Bila Isteri Tiba-Tiba Diam
Banyak sebab bila isteri diam. Apa tindakan pertama suami bila isteri diam seolah-olah tak nak bercakap dengannya sedangkan biasanya mulut ‘becok’ saja? Apa juga yang terjadi, mesti ada sebab.
Wanita ini memang penuh dengan emosi dan sensitif. Ada masanya mereka akan luahkan perasaan apa yang mereka rasa. Dalam masa yang sama, mereka mengharapkan suami untuk memberi respons terhadap apa yang mereka kongsikan itu.
Bayangkan kalau suami seolah-olah tak berminat nak dengar celoteh isteri. Isteri duduk di sebelah dengan teruja bercerita tentang kegiatannya seharian dan bercerita tentang anak-anak, suami pula buat tak tahu sambil tangan dan mata sibuk tengok telefon bimbit. Agak-agak apa perasaan isteri?
Okay kali pertama mungkin isteri tak kisah. Tapi, bayangkan kalau situasi sebegitu yang dia hadap selama bertahun-tahun? Lama kelamaan dia buat keputusan, baik diam saja. Nak sembang pun orang tak nak dengar! Suami tak nak tahu pun tentang dia.
Isteri Dah Berjauh Hati
Lebih teruk lagi, tiap kali isteri ajak sembang, masa itulah suami sibuk call sana call sini, konon atas urusan kerja. Sudahlah seharian masing-masing bekerja, balik rumah nak sembang 10 minit pun tak ada masa. Agak-agak isteri rasa kecil hati tak?
Suami kena ingat, jangan sampai isteri dah rasa kecil hati. Dalam fikirannya, dia dah anggap suami tak suka dia bercerita. Akhirnya dia tak bersemangat untuk memulakan komunikasi dengan suami.
Emosi Isteri Mungkin Tak Stabil
Suami tolonglah prihatin akan perubahan isteri. Diam isteri itu ada maknanya. Mungkin juga dia sedang mengalami tekanan perasaan. Tak kira tekanan di tempat kerja atau tekanan dalam rumah tangga.
Wanita kalau dia terlalu tertekan, kadangkala dia akan ambil keputusan untuk berdiam diri saja, lebih-lebih lagi bila suami buat tak tahu. Selama ini nak berbual pun payah, apatah lagi nak berkongsi rasa.
Ambil Tahu Dan Tolong
Dekati isteri dan ambil tahu apakah masalah yang sedang dia hadapi. Pasti isteri akan berkongsi dengan rela hati. Kalau urusan kerja, cukup suami mendengar dan memberikan nasihat yang sepatutnya. Bahkan, kadangkala isteri sekadar nak meluahkan saja. Dia sedar suami mungkin tak dapat tolong. Baginya, mendengar luahannya pun dah cukup memberikan kelegaan buat dirinya.
Tapi jika tekanan itu disebabkan soal rumah tangga atau kerana sikap suami sendiri, suami wajib ambil tindakan untuk bantu isteri. Apakah kerana isteri dapat hidu sesuatu yang suami buat di belakangnya? Dia tak ada kekuatan untuk berterus terang, akhirnya dia hanya mendiamkan diri saja tanda protes.
Apa saja masalah rumah tangga dapat diselesaikan sekiranya perbincangan secara telus dilakukan. Ketepikan rasa ego dan fokuskan pada penyelesaian masalah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Eyka Farhana selamat bergelar isteri Akhyar Rashid, 5 tahun menyulam kasih sebelum bersatu. Lima tahun menyulam kasih, akhirnya pelakon jelita Eyka Farhana sah bergelar...