Salah satu pintu yang terbuka luas untuk meraih ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan ramadan daripada Allah Taala adalah melalui amalan bersedekah. Sesungguhnya tangan yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima.
Namun apabila adakah sedekah seseorang itu ikhlas atau tidak, semuanya bergantung pada hati dan hanya Allah Maha Mengetahui. Seperti yang tular sekarang yang mengatakan seorang ustaz sengaja mempertontonkan kebaikannya untuk meraih perhatian.
Sebaiknya ketahui bahawa tak salah tontonkan kebaikan yang kita lakukan kerana sekurang-kurangnya jadi pemangkin dan pengerak kepada orang lain untuk bersama-sama berbuat kebajikan. ‘
Pada suatu hari, aku pergi ke bank atas urusan permindahan sejumlah wang
yang agak besar.
Sebelum aku memasuki bank tersebut aku terlihat ada seorang kakak yang sedang memangku anak yang berusia tiga hingga empat tahun.
Sementara menunggu nombor giliran, aku hanya memandang-mandang dua beranak itu. Mereka peminta sedekah.
Setelah tiba giliran, aku terus ke kaunter dan keluarkan wang dari beg galas. Aku keluar wang yang diikat satu persatu. Aku susun.
“Eh encik! Kenapa bawak duit banyak macam itu saja? Masuk… Masuk ke dalam. Saya uruskan di dalam,” jelas seorang pegawai bank.
Ramai pelanggan lain menyaksikan apa yang diperkatakan oleh pegawai itu. Aku perasan semua memandang ke arah aku.
Aku terus masuk ke dalam.
Ads
Duit Yang Bukan Milik Ku
Setelah selesai urusan aku terus keluar. Memang aku perasan semua orang memandang ke arah aku.
“Eh jangan pandang aku begitu. Duit tu memang aku punya tapi bukan milikku” aku bermonolog.
Ya, duit itu aku kumpul sedikit demi sedikit akan aku gunakan untuk membina rumah anak-anak yatim. Projek aku yang sudah lama terbengkalai. Itu impian sebelum nafas terakhirku.
Semasa aku membuka pintu bank tersebut aku terdengar satu perbualan.
“Derma sikit seringgit dua, puan. Saya hendak beli susu anak ini,” ujar kakak peminta sedekah kepada seorang wanita.
Wanita tersebut juga baru keluar dari bank.
“Eh apa ini! Jangan minta sedekah dekat sini. Nak minta sedekah saja kerja. Bukan tak boleh buat kerja untuk tanggung anak pun. Pergi tempat lain,” balas wanita berbaju biru, berumur dalam lingkungan 40-an – garang, tegas.
Wakil Bersedekah
Aku hanya perhatikan gerak-geri mereka. Wanita itu berlalu pergi. Lalu aku dekati kakak peminta sedekah.
“Akak, ambil ini. Saya sedekah wakil untuk kakak baju biru tadi,” ujarku dengan suara yang kuat tujuan untuk didengari wanita tersebut.
Ads
Aku lihat wanita itu datang kembali menghampiri aku. Masak kali ni.
“Eh encik! Encik ini hendak perli saya ke? Jangan hendak menunjuk sangat ada duit banyak tadi.” Terus aku disapa wanita itu.
Memang sebenarnya aku hendak sakitkan hati wanita itu. Geram juga.
“Maaf akak. Kalau tak hendak bagi sedekah tidak perlulah hendak marah dia. Duit saya dapat kumpul semua duit itu pun sebab saya selalu sedekah. Rezeki kita murah. Dapat duit banyak itu pun untuk kebajikan bukan untuk saya.”
“Awak tengok itu. Semua orang dalam bank tu nampak. Konon buat baik. Malulah saya sebab awak buat begini,” sambung wanita itu lagi.
“Tak mengapa kak. Nanti akak perhatikan dari jauh apa akan berlaku di sini. Maaf saya terpaksa pergi.”
Orang Lain Turut Bersedekah
Aku terus pergi kerana tak mahu panjangkan pertengkaran. Aku masuk kereta yang diparkir berhampiran dengan bank.
Aku sendiri menunggu dan perhatikan apa wanita itu lakukan. Kelihatan dia tak pergi jauh dan membelek-belek telefon. Ber‘WhatApps’ gamaknya.
Ya, aku lihat setiap orang yang berurusan dalam bank itu akan menghulurkan sedekah kepada peminta sedekah itu. Satu-persatu aku lihat. Aku pasti wanita itu sendiri perhatikan apa yang berlaku.
Ads
Aku sendiri pun tak menyangka. Setelah kejadian pertengkaran aku dan wanita itu, semua orang hendak bersedekah. Mesej sampai.
Niat Sedekah Atau Menunjuk-nunjuk
Setelah kejadian itu berlaku, seperti biasa aku temui ayahanda untuk bertanya tindakan aku itu betul atau tidak. Tak dapat pahala kerana niat sedekah ingin menunjuk-nunjuk atau sebaliknya.
Ayahanda aku kongsikan satu hadis Rasulullah SAW dari Abi Masu’d Uqbah bin Amrin Al-Ansory al Adawyyi, Rasulullan SAW bersabda:
“Barangsiapa menunjukkan kepada kebaikan maka baginya pahala yang sama dengan orang yang melakukannya.”
Aku terus mengerti apa yang ayahanda aku sampaikan. Alhamdulillah aku faham.
Ebit Lew Pemangkin Orang Sedekah
Seperti mana kita tahu, sekarang banyak isu yang diperkatakan tentang Ustaz Ebit Lew. Ramai yang menyerang beliau. Mereka kata Ustaz Ebit Lew buat kebajikan untuk menunjuk-nunjuk, nak buat kebajikan tapi merakam video untuk dipertontonkan. Mereka pertikaikan keikhlasan beliau.
Niat Ustaz Ebit Lew untuk menyedarkan kita supaya berbuat baik seperti beliau. Ia sebagai pemangkin dan penggerak hati-hati kita untuk buat kebajikan.
Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua esok ya.
Dr Zek
MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua dan sedar bahawa betapa besarnya ganjaran pahala dalam bersedekah. Apatah lagi jika kebaikan yang kita lakukan menjadi ikutan orang lain.
Raut wajah yang manis, sejuk mata memandang, lontaran suara yang lemah lembut dalam menyampaikan ilmu agama membuatkan ramai yang mengagumi wanita hebat, pendakwah Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa,46 ini.
Baru-baru ini dalam rancangan TV ‘Nabil to Neelofa’, pendakwah hebat ini ada memberi pesanan bahawa untuk menjadi anak yang soleh dan solehah, kena pastikan selalu minta 3 perkara ini dengan mak ayah iaitu doa, kemaafan dan nasihat.
1.PERTAMA Minta Doa
Telefon mak ayah dan selalu minta doakan kita. Ini kerana doa mak ayah tiada hijab dan ada keberkatannya.
2.KEDUA Minta Kemaafan
Selalu minta maaf pada mak ayah, minta restu, keredhaan dan kemaafan dari mereka. Sama ada kesalahan yang sengaja mahupun tidak sengaja.
3.KETIGA Minta Nasihat
Nasihat daripada mak ayah ini penting kerana mak ayah akan rasa sangat dihargai apabila anak meminta nasihat mereka. Apatah lagi mak ayah yang lebih mengetahui baik buruk kita dan dapat menasihati mana yang baik dan mana yang buruk, serta minta tunjuk ajar daripada mereka.
Menurut ustazah lagi, jujurnya jiwa seorang anak bila meminta 3 perkara ini iaitu doa, kemaafan dan nasihat daripada mak ayah mereka.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika masih mempunyai mak ayah, pastikan kita selalu minta 3 perkara ini iaitu doa, kemaafan dan nasihat daripada mereka. Semoga kita dapat menjadi anak yang soleh dan solehah, menyenangkan hati kedua mak ayah tercinta.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Alhamdulillah.. sudah semakin ramai di kalangan wanita bertudung yang terbuka hati untuk berpurdah. Sayangnya berapa ramai yang faham apabila keputusan berpurdah mahupun berniqab itu telah diambil, ada perkara yang perlu mereka lepaskan.
Maka itulah, berpurdah ini pun perlu dihayati dan difahami cara pemakaiannya. Jangan semata berpurdah, tetapi wajah masih memantis kening, mata masih bercelak tebal.
Ada garis panduan yang perlu wanita fahami. Agar pemakaian purdah bukan sekadar ikut trend. Sebaliknya, berpurdah agar tidak mendatangkan fitnah pada agama Islam itu sendiri.
Ustaz Farid Rashidi berkongsi pesanan pada wanita di luar sana yang mengenakan purdah.
Wanita Berpurdah.. Fahamilah..
Kalau nak berpurdah, pakailah betul-betul. Jangan datangkan fitnah pada agama.
Minta maaf cakap, ini tak dah elok berniqab tapi sakan bertabarruj. Dengan eyeliner terangnya, bulu mata palsu, eyeshadow gaya smokey eyes, contact lens bewarna, jubah fit ikut cutting badan. Lepas itu kuku pula calit pewarna berwarna-warni.
Aduhai.
Tak Segan Siku Bergedik Menari Di Media Sosial
Itu belum cerita pasal bergedik menari di media sosial. Bergelak tawa bagai nak rak. Semua itu boleh mengundang fitnah dan mata lelaki yang memandang.
Astaghfirullahal Azim.
Bukan nak kecam, cuma nasihatkan. Jangan kerana segelintir yang begitu, habis niqabis lain terpalit sama. Sedangkan mereka ikhlas berniqab dan menjaga aurat. Apapun, semoga anda yang berniqab sedang membaca tulisan ni tak begitu ya.
#UFR
Mingguan Wanita : Hadamkan apa ustaz tegur itu. Jangan kerana setitik nila, habis rosak susu sebelanga.
Elakkan mengata orang yang bersalah! Tapi doakan mereka agar berubah, hidupkan macam roda. Hari ini mungkin hari mereka, esok pula akan tiba masanya hari mak dan ayah.
Kebiasaaannya kita alpa dan lupa diri apabila melihat sesuatu yang tidak kena di mata, lancar saja mulut mengata itu dan ini tanpa kita sedar esok, lusa mungkin terkena atas batang hidung sendiri.
Elakkan Mengata Orang Yang Bersalah
Kongsi Ustaz Firdaus Mokhtar, kalau nampak satu kesalahan di depan mata, ingatlah kita, anak-anak dan cucu-cicit kita boleh jadi terlibat kesalahan yang sama.
Kalau nampak satu kesusahan di depan mata, ingatlah kita pun boleh berada dalam keadaan itu nanti.
Kalau nampak satu kesenangan di depan mata yang bukan kita punya, ingatlah nanti Tuhan boleh beri yang sama buat kita.
Setiap yang kita nampak, semuanya boleh berlaku pada kita juga. Hidupkan macam roda. Kadang yang berlaku pada orang lain, berpusing dan berlaku pada kita pula.
Hidupkan Macam Roda
Maka,
1. Elakkan mengata atau menghina mereka yang bersalah tetapi doakan. Doakan juga kita dan keluarga tidak terlibat dosa yang sama akan datang. Ketenangan akan hadir dalam doa kita.
2. Bantulah sekali pun kita dalam keadaan tak cukup. Bahagia itu datang setiap kali kita membantu orang lain.
3. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Kerana apa yang ada ini lah yang sangat sesuai untuk kita buat masa ini. Berbahagialah.
Begitulah hidup ini. Kena sentiasa bersederhana.
Selamat pagi kawan-kawan semua.
Mingguan Wanita : Dalam apa perkara sekalipun, beringatlah dalam setiap nikmat atau ujian yang Allah SWT pasti ada hikmahnya. Bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...