Tak salah sertai misi bersihkan rumah mangsa banjir, tapi pertimbangkan kriteria ini dahulu sebelum misi bantuan bertukar kepada memberi masalah kepada orang lain dan juga diri sendiri.
Tidak dinafikan banjir yang melanda Selangor dan Pahang memberi kesan mendalam kepada semua orang. Selain menyalurkan bantuan wang ringgit, ada juga segelintir mak ayah yang turun padang membantu mangsa banjir membersihkan rumah.
Tak Salah Sertai Misi Bersihkan Rumah Mangsa Banjir
Kongsi Dr Arisman, MD. , jika ingin membantu dalam misi membersihkan rumah-rumah mangsa banjir kelmarin, ada beberapa kriteria yang perlu anda pertimbangkan dahulu sebelum anda layak mengikuti misi volunteer ini.
Artikel Berkaitan:
Pengalaman Berdepan Banjir, Siapkan Barang Keperluan Penting Ini Sebagai Persediaan Bencana
Tapi Pertimbangkan Kriteria Ini Dahulu
Pastikan diri kita;
1. Tidak demam. Jika demam, anda memang perlu istirehat di rumah dan cukupkan hidrasi.
2. Tidak ada batuk dan selsema. Mereka yang bergejala lebih cepat menjangkiti orang lain. Walaupun ianya bukan penyakit Covid-19.
3. Bukan kontak rapat ataupun kontak kasual yang bergejala.
4. Tidak ada penyakit asma. Jika ada, pastikan ianya asma yang terkawal baik. Kita tidak mahu berlaku serangan tiba-tiba semasa proses membersihkan.
5. Tidak ada penyakit kronik yang bahaya dan tidak terkawal. Misalnya diabetes yang tidak terkawal bacaan gula atau ada tekanan darah tinggi yang sudah lama putus ubat. Aktiviti fizikal seperti ini boleh meningkatkan tekanan darah dan degupan jantung.
6. Tidak ada penyakit slip disc yang masih dalam rawatan. Kita takut pekerjaan volunteer ini akan memparahi lagi kerosakkan saraf pada tulang belakang.
7. Tidak ada luka terbuka. Untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kuman kemudian hari.
Ini contoh beberapa kriteria yang mana ianya bagi memastikan perjalanan gotong royong membersihkan rumah ke rumah ini berjalan lancar dan selamat.
Oh ya, waktu membersihkan rumah orang tu jangan pula bazirkan air.
.
.
Dr. Arisman, MD.
Gambar sekadar hiasan.
Mingguan Wanita : Semoga mangsa-mangsa banjir terus kuat berdepan dengan ujian ini dan dipermudahkan urusan mereka untuk meneruskan hidup. Kepada sukarelawan yang menyertai misi bantuan banjir, anda memang hebat dan semoga bantuan kalian akan dibalas dengan nikmat kebaikan daripada Allah SWT.
Sumber: Dr Arisman, MD.
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI