Nak meluahkan perasaan boleh tapi tolonglah jangan ‘over’. Sememangnya sebagai seorang sahabat kita mahu menjadi pendengar yang baik bila ada orang luahkan perasaan pada kita.
Kebiasaaanya kita akan cuba letakkan diri kita di tempatnya supaya tak adalah perkataan yang keluar dari mulut kita ni menambah lagi masalah rakan tadi.
Nak Meluahkan Perasaan Boleh Tapi Tolonglah Jangan ‘Over’
Tidak dinafikan kadang-kadang tu semua rasa bila diluahkan kepada orang yang rapat atau mungkin juga orang yang tak kita kenali meredakan sedikit bebanan perasaan yang ditanggung.
Malah biasanya, kalau orang meluahkan masalah kepada kita, secara automatik kita mesti merasakan bahawa individu itu memerlukan nasihat atau paling tidak pun solusi daripada kita.
Jadi dalam meluahkan permasalah janganlah sampai si pendengar rasa terbeban dengan masalah kita.
Begitu jugalah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter Muhammad Faris Nazrin menerusi akaun Twitter @FarisNazrin18
Menerusi perkongsiannya, Faris menasihati meluahkan perasaan bagus namun kenalah hormati perasaan si pendengar juga.
“Meluah perasaan dan berkongsi masalah tu bagus. Tapi kalau kita over sangat sampaikan orang lain jadi penat dengan kita, itu akan jadi satu isu yang baru.
“Meluahkan perasaan tanpa henti dan tanpa tahu batasan ni kita panggil sbg “Emotional Dumping”. Ianya suatu perlakuan di mana
“ssorg tu asyik meluahkan perasaan dia je tanpa mengira perasaan si pendengar juga sampai menyebabkan pendengar tu terkesan dgn segala luahan dia.
“Emotional dumping ni maybe akan membuatkan pengadu rasa okay lps tu, tapi bg pendengar, benda tu sgt memenatkan.
“That’s why sblom kita meluahkan perasaan, kita kena tanya dlu consent pendengar sama ada dia ready atau tak utk mendengar masalah kita.
“Dan kita pun kena tahu batasan kita juga sebab pendengar tu bukannya ahli profesional yg dilatih utk digest semua luahan kita.
“Set dlm kepala yg si pendengar juga ada masalah² dan isu² yg perlu dia selesaikan dan benda² tu pun dah memberi kesan padanya.
“So apa akan jadi kita mengadu tentang masalah kita dalam keadaan dia tak ready nak hadapi satu lagi isu baru? Confirm dia akan penat.
So how to make sure that you’re not emotional dumping?
1) TANYA consent dia dlu. “Aku ada mslh nak cerita kat kau. Is it okay kalau aku cerita skrg? Ke kau nak rehat dlu ke apa ke?”
Ini adab sblom meluahkan perasaan.
2) Waktu meluahkan, kita kena tahu batasan juga. Jgn bercakap tanpa henti dan menepis segala kata² pendengar sehingga mereka mjd penat. Ingat, mrka ialah pendengar shj. Bukan ahli profesional.
Take note apa yg kita boleh luahkan dan apa yg better kita luahkan pada ahli terapis.
3) STOP if it’s taking too much time. Si pendengar pasti ada benda lain yg dia kena entertain. No matter how nice your family and friends are, give them their space to live their lives as well.
“Tak salah nk meluahkan perasaan. Plus it is good for our mental health and it can strengthen the bonds between family and friends.
“But when it comes to mental health, kita kena titik beratkan perasaan dan kesihatan mental org lain juga.
“Dont take this tweet wrongly and say “Itulah sebabnya aku tak meluahkan perasaan sebab tak nak susahkan orang lain”
“Itu bukan mesej tweet ini ya. Mesej yg nak disampaikan ialah jgn OVERDO dalam meluahkan perasaan. Know your limits,” luahnya.
Baca Disini : Suami Jangan Rasa Isteri BEBAN, Gembirakan Hatinya, Pasti REZEKI Datang Pelbagai Cara
Sedih Baca Luahan Hati Isteri Alif, Perasaannya Bercampur Baur Air Mata Peneman Setia
“Dah Jadi Satu Beban Pula Nak Elak Dari Bercakap Dengan Dia” Warganet
Menerusi ruangan komen ramai warganet yang bersetuju. Malah ada yang berasa penat bila kawan tidak berhenti bercerita dan meluahkan masalah mereka.
Mingguan Wanita: Kadang tu kita terpaksa menjadi pendengar setia, tapi sebenarnya tak kisah pun kalau itulah yang boleh membantu melegakan hati rakan baik kita.
Sumber : Twitter @FarisNazrin18
Sumber Foto : Canva
**PROMOSI: Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI