TAK Salah MINTA Upah Menyusu, TAPI Jangan Sampai Jadi Punca Pergaduhan Suami, ISTERI

Share

Baru-baru ini tular di Facebook yang isteri boleh minta upah menyusu daripada suami atas pengorbanan isteri menyusukan anak-anak. Perkara baik ini tak salah sekiranya isteri sedar kemampuan suami masing-masing.

Sebenarnya memang tak salah isteri minta upah menyusu pada pasangan, tapi Jangan sampai perkara ini jadi punca pergaduhan suami, isteri pula. Bukankah memberi kesan buruk pada rumah tangga yang dibina.

Ikuti perkongsian Puan Kheyr Hameed dan hadam baik-baik iya:

Nak minta upah menyusukan anak boleh, tapi jangan sampai gaduh laki bini dan paksa suami buat macam-macam kerja.

Ini kisah benar ya. Siap dia cakap suami dia yang tanggung dosa sebab tak bagi upah menyusu. So surprise juga dengan hukum mendosakan suami dia. Kena fahamlah keperluan atau kepentingan mana yang lebih aula.

Suami dia kerja apa? Kerani kerajaan gred 19. Bayar rumah, kereta, belanja dapur, sekolah anak-anak.

Agak-agak berapa baki. Isteri tuntut upah menyusukan sebab baca dalam Facebook. Suami buat kerja part time. Buat grab. Balik kerja terus meng”grab”. Balik pukul 12 tengah malam.

Gara-gara Minta Upah, Gaduh Laki, Bini

Anak-anak sudah tidur. Esok kerja macam biasa. Jumpa anak-anak masa pagi saja. Sabtu, Ahad grab lagi. Sebab apa?

Sebab nak bayar upah menyusukan anak. Anak lima. Isteri demand yang 4 anak yang lepas-lepas tak pernah bayar.

Satu sudut, saya respect lah dengan suami begini. Berusaha sedaya-upaya. Tapi satu sudut lagi saya kasihan. Dengan rehat tak cukup, masa dengan keluarga tiada.

Sampai satu tahap suami tak cukup rehat, selalu bergaduh suami isteri. Isteri buat aduan pada “madam” (penulis) pasal suami kerap marah-marah.

Kebetulan suami dia kerani di jabatan kenalan “madam”. Maka saya cuba dapatkan cerita dua belah pihak dan ternyata cerita di ataslah antara punca.

Baca Juga Di sini:

Isteri Boleh Minta UPAH MENYUSU Pada Suami, Self Reward Menyusu Anak

Jangan Disebabkan Ibu Menyusu Anak, Jadi Green Light Untuk Bedal Semua Benda

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Rasa Tak Dihargai, Terus Bergaduh Suami, Isteri

Orang perempuan ini satu perkara kena faham, dia tak boleh nampak perempuan lain ada. Dia akan terasa. Laki tak bawa pergi holiday pun up dekat Facebook.

Rasa tak dihargai, bandingkan dengan orang lain yang happy holiday sana sini. Sedangkan suami dia, santuni anak isteri dengan baik, solat tak tinggal, tak pernah curang, masak dekat rumah, tolong kemas rumah.

Dia tak nampak benda-benda kecik ini bahagia. Dia nampak yang besar itu lebih membahagiakan. Walhal kadang dia tak tahu, mereka holiday mungkin dengan duit wife yang jual shaklee.

Atau wife itu selalu kena pukul dengan suami. Pendek kata syukuri apa sahaja kebaikan dan nikmat yang Allah beri pada kita. Itu juga sumber rezeki.

Kita sentiasa bersyukur, Allah makin tambah rezeki kita. Ini tidak, rezeki yang sekecil-kecil pun tak reti (pandai) bersyukur, tapi nak Allah bagi rezeki yang agam pada kita.

Notakaki: Tapi ramai juga perempuan yang berpendapat, itu tanggungjawab suami nak bahagiakan isteri. Dia yang kena sungguh-sungguh cari rezeki dua, tiga kerja.

Itu yang sampai ada yang makan rasuah sebab nak bahagiakan isteri. Ini berdasarkan fakta dan data punca rasuah ya. Mungkin bunyinya salahkan perempuan, tapi contoh kan sudah ada. Dah masuk court lagi kesnya.

MW: Bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah kurniakan, insyallah Tuhan akan membalas setiap kebaikan yang mak-mak lakukan. Percayalah. Namun jika suami berkemampuan, tidak ada masalah. Jangan dek kerana inginkan upah menyusu anak, hubungan mak-ayah pincang. 

Sumber: Kheyr Hameed

 

Published by
Syazwani Mehat