Baru-baru ini tular di Facebook yang isteri boleh minta upah menyusu daripada suami atas pengorbanan isteri menyusukan anak-anak. Perkara baik ini tak salah sekiranya isteri sedar kemampuan suami masing-masing.
Sebenarnya memang tak salah isteri minta upah menyusu pada pasangan, tapi Jangan sampai perkara ini jadi punca pergaduhan suami, isteri pula. Bukankah memberi kesan buruk pada rumah tangga yang dibina.
Ikuti perkongsian Puan Kheyr Hameed dan hadam baik-baik iya:
Nak minta upah menyusukan anak boleh, tapi jangan sampai gaduh laki bini dan paksa suami buat macam-macam kerja.
Ini kisah benar ya. Siap dia cakap suami dia yang tanggung dosa sebab tak bagi upah menyusu. So surprise juga dengan hukum mendosakan suami dia. Kena fahamlah keperluan atau kepentingan mana yang lebih aula.
Suami dia kerja apa? Kerani kerajaan gred 19. Bayar rumah, kereta, belanja dapur, sekolah anak-anak.
Agak-agak berapa baki. Isteri tuntut upah menyusukan sebab baca dalam Facebook. Suami buat kerja part time. Buat grab. Balik kerja terus meng”grab”. Balik pukul 12 tengah malam.
Gara-gara Minta Upah, Gaduh Laki, Bini
Anak-anak sudah tidur. Esok kerja macam biasa. Jumpa anak-anak masa pagi saja. Sabtu, Ahad grab lagi. Sebab apa?
Ads
Sebab nak bayar upah menyusukan anak. Anak lima. Isteri demand yang 4 anak yang lepas-lepas tak pernah bayar.
Satu sudut, saya respect lah dengan suami begini. Berusaha sedaya-upaya. Tapi satu sudut lagi saya kasihan. Dengan rehat tak cukup, masa dengan keluarga tiada.
Sampai satu tahap suami tak cukup rehat, selalu bergaduh suami isteri. Isteri buat aduan pada “madam” (penulis) pasal suami kerap marah-marah.
Kebetulan suami dia kerani di jabatan kenalan “madam”. Maka saya cuba dapatkan cerita dua belah pihak dan ternyata cerita di ataslah antara punca.
Orang perempuan ini satu perkara kena faham, dia tak boleh nampak perempuan lain ada. Dia akan terasa. Laki tak bawa pergi holiday pun up dekat Facebook.
Rasa tak dihargai, bandingkan dengan orang lain yang happy holiday sana sini. Sedangkan suami dia, santuni anak isteri dengan baik, solat tak tinggal, tak pernah curang, masak dekat rumah, tolong kemas rumah.
Ads
Dia tak nampak benda-benda kecik ini bahagia. Dia nampak yang besar itu lebih membahagiakan. Walhal kadang dia tak tahu, mereka holiday mungkin dengan duit wife yang jual shaklee.
Atau wife itu selalu kena pukul dengan suami. Pendek kata syukuri apa sahaja kebaikan dan nikmat yang Allah beri pada kita. Itu juga sumber rezeki.
Kita sentiasa bersyukur, Allah makin tambah rezeki kita. Ini tidak, rezeki yang sekecil-kecil pun tak reti (pandai) bersyukur, tapi nak Allah bagi rezeki yang agam pada kita.
Notakaki: Tapi ramai juga perempuan yang berpendapat, itu tanggungjawab suami nak bahagiakan isteri. Dia yang kena sungguh-sungguh cari rezeki dua, tiga kerja.
Itu yang sampai ada yang makan rasuah sebab nak bahagiakan isteri. Ini berdasarkan fakta dan data punca rasuah ya. Mungkin bunyinya salahkan perempuan, tapi contoh kan sudah ada. Dah masuk court lagi kesnya.
MW: Bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah kurniakan, insyallah Tuhan akan membalas setiap kebaikan yang mak-mak lakukan. Percayalah. Namun jika suami berkemampuan, tidak ada masalah. Jangan dek kerana inginkan upah menyusu anak, hubungan mak-ayah pincang.
Ketika anak meragam ibu dan ayah kena belajar erti sabar. Ingat. jangan cepat menjerit apatah lagi naik tangan. Fahami cara untuk ibu dan ayah kawal emosi yang sedang marah. Ikuti teknik didik hati agar kekal bersabar ini.
1. Kuasa pelukan
Peluk dan usap kepala anak-anak secara perlahan-lahan bagi memberikan maksud sayang dan kasih kepada mereka. Ketika peluk, terangkan kepada mereka apa yang telah berlaku dan mengapa tidak boleh buat. Wujudkan perhubungan erat antara ibu bapa dan anak-anak. Komunikasi berkesan mudah dicapai apabila hubungan kekeluargaan itu rapat.
2. Jadi teman kepada anak-anak
Anak-anak perlu diberi peluang mengutarakan idea mereka dan perasaan. Kadangkala ibu bapa tak selesa jika anak-anak meluahkan perasaan tak puas hati atau mengkritik atau komen kepada mereka. Cuba dengar dulu apa yang ingin disuarakan itu dan beri tumpuan yang serius dengan luahan itu. Tunjukkan minat anda untuk mendengar penjelasan mereka.
3. Dekati mereka dengan penuh kasih sayang
Meskipun mereka menguji kesabaran anda. Berusaha memujuk hati mereka dan bercakap secara harmoni dengan mereka. Ketahuilah bahawa anak-anak memerlukan perhatian anda. Sesetengah mereka rasa nyaman dan tenang jika anda tetap memujuk mereka.
4. Berkongsi hobi dan minat
Perkongsian membolehkan anak-anak berasa selesa untuk berdamping dengan ibu bapa. Segala permasalahan dibincangkan bersama dan mengikut peraturan dalam keluarga.
5. ‘Top up’ ilmu dan kemahiran keibubapaan
Pelajari dengan lebih mendalam menerusi sumber yang pelbagai sama ada secara lisan mahupun bukan lisan. Persekitaran yang positif mampu membangkitkan emosi yang sihat dan progresif. Maka pelajarilah ilmu keibubapaan dengan ikhlas dan tanpa jemu.
6. Pujuk anak-anak dengan intonasi
Pujuklah anak-anak dengan intonasi suara dan perkataan yang bersesuaian. Tegur kesilapan secara berhemah dan menghormati privasi anak-anak. Elakkan daripada memarahi atau menegur anak-anak di hadapan rakan-rakannya atau orang lain. Tindakan tersebut mungkin menyebabkan anak-anak hilang yakin diri serta malu dengan mereka yang lain.
7. Perbincangan keluarga
Biasakan mengadakan perbincangan keluarga dalam suasana santai dan harmoni. Pilih waktu sesuai untuk berbincang tentang perkara-perkara melibatkan keluarga. Biasakan anak-anak dengan kaedah ini bagi membentuk disiplin diri serta mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak ayah pastinya terharu apabila anak yang semakin meningkat dewasa, kini sudah tahu berbakti serta menunaikan tanggungjawabnya pada kedua ibu bapa. Pemberian duit belanja pada mak ayah, meskipun tak seberapa jumlahnya, niat ikhlas dan mendapat keberkatan itulah yang paling utama.
Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon Norman Hakim, 45 cukup terharu dan tersentuh hati dengan tindakan anak lelakinya, Mohamed Danish Hakim, 17 yang memberikannya duit belanja hasil daripada titik peluh bekerja.Difahamkan, Danish menggunakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mencari wang sendiri dengan mengajar orang mengaji secara online.
Tak Pernah Meminta Anak Bagi Duit
Menurut Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, dia tidak pernah mengajar Danish untuk berbuat sedemikian, namun anaknya belajar dari apa yang sering dilihat dan dilakukan.
Dalam perkongsian tersebut, Norman menyatakan pemberian tersebut telah beberapa kali diberikan serta menunjukkan jumlah yang diterima iaitu sebanyak RM200.
Sekadar berkongsi,saya tidak pernah ajar anak-anak untuk bagi duit pada parents,tapi mereka belajar dari apa yang kita sendiri praktikkan pada mak ayah kita.
Papa tak pernah mintak,tapi abang @danishhakimofficial cakap,dia percaya pada ‘miracle’ bila rezeki dia makin bertambah-bertambah bila bersedekah dan bagi duit belanja pada parents.
We lead by example.In shaa Allah sentiasa percaya pada ‘miracle’ melalui jariah kita pada mak ayah kita.Itu semua janji Allah yang memang dah tertulis dalam Al-Quran (Surah Al-Baqarah Ayat 261-262 m/s 44).Yang penting kena sentiasa ikhlas & istiqomah.Semoga kita sama-sama sentiasa dipelihara dibawah jagaanNya.
Doa Bisnes Anak Dipermudahkan
Dalam pada itu, bekas pengacara Mingguan Wanita Talkshow ini juga turut mendoakan agar bisnes dan perjalanan anak lelakinya untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini dipermudahkan Allah.
Semoga usaha dan bisnes abang melalui platform @d_ngajiofficial dengan menurunkan ilmu Al-Quran sentiasa dipermudahkan & dirahmati.
Sebelum ini Norman pernah berkahwin dengan Abby Abadi pada 8 Januari 2002, namun bercerai pada 18 Disember 2008. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
MW: Tak kiralah berapa pun jumlahnya, memang terharu bila anak yang bagi duit belanja dengan hasil titik peluhnya sendiri. Anak dah semakin dewasa dan tahu erti tanggungjawab untuk mendapat keberkatan dalam kehidupan.
Masalah bayi muntah selepas menyusu itu mesti mak-mak pernah laluikan? Nanti habislah meleleh susu basi itu dekat baju bayi. Sebenarnya mak-mak ada cara betul nak sendawakan bayi lepas menyusu.
Baca perkongsian daripada Dr Shahirah Hassan, Pengasas dan Pakar Laktasi di Eve Love Sdn Bhd tentang topik menarik ini. Lagi-lagi untuk ibu yang bersalin muda.
Ramai ibu muda bertanyakan hal ini, “Kenapa bayi saya ni, lepas minum, selalu muntah? Saya tak sedawa betul ke? Berapa lama nak sedawa kan bayi? Ke…overfeeding?”
Punca Bayi Muntah Lepas Menyusu
Macam ni ceritanya. Ramai baby mengalami infantile gastro-esophageal reflux. Tanda-tanda nya adalah bayi kerap mengeluarkan balik sebahagian susu yang diminum, kadang-kadang seolah-olah tak selesa, meragam.
Ini kerana, lower esophageal sphincter masih belum matang, otot spinchter belum kuat, maka tidak dapat menahan isi perut dari mengalir semula dalam esophagus. Senang cerita, tengok gambar di atas, tengok beza atas dan bawah.
Macam Mana Nak Bagi Bayi Tak Muntah?
So macam mana nak atasi perkara ni? Penat kot, baju berbakul nak cuci! Asyik kena tukar baju je tiap kali muntah.
. 1- Jangan terus susukan baby kalau rasa payudara dah bengkak penuh susu, perah sikit dulu baru susukan bayi. 2- Lepas menyusu, usaha sedawakan baby, boleh tengok gambar saya share cara sedawakan. 3- Kalau baby dah tertidur, dukung baby posisi menegak sekejap supaya susu itu tidak senang mengalir balik ke esophagus (salur makanan). Kalau rasa baby berat, sila lah belajar gendong bayi cara betul. Tak tau, saya boleh ajar tapi kena rajin bertanya.
Kalau Bayi Alami Ini, Mak Ayah Kena Alert!
Sebelum saya end sharing post ni, nak pesan ya, tanda-tanda yang ibu bapa kena prihatin adalah, baby muntah berlebihan, nampak lemah, projectile vomit (muntah memancut), muntah sampai masuk hidung, berat badan bayi susut, kurang atau pekat air kencing.
Careful ya, kalau nampak tanda-tanda ini, please seek medical attention secepat mungkin.
Sekian sharing hari ini. Thank you my client sudi bagi pinjam baby jadi model.
Hebat first time mummy ni, cekal menyusu.
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...