Tak Salah Mak, Ayah Bahagiakan Anak, Tapi Jangan Sampai Tersalah Mengajar

Share

Dalam mendidik anak ini terlalu banyak seninya dan setiap anak berlainan sekali seninya. Anak sulung tak semestinya sama dengan anak bongsu, begitulah jua sebaliknya biarpun kitalah mak,ayah yang sama.

Kadang-kadang dalam mengejar gelaran mak, ayah mithali kita terlepas beberapa perkara. Sebenarnya tak salah mak, ayah hendak bahagiakan anak tapi jangan sampai tersalah mengajar anak hingga merasuah.

Ikuti perkongsian Puan Wawa Shauqi ini dan fahami mesej yang cuba disampaikan:

Pujuk, Atau Ajar Anak Rasuah?

Biasa memang gini kan tuan, puan. Dengan mak macam-macam pantang larang. Tiba-tiba dengan bapak semua dapat! Hahaha!

Tak payah terasa ya. Saya dengan suami pun pernah bertekak benda yang sama.

Saya faham. Ramai ibu bapa mithali di luar sana nak bahagiakan hati anak-anak. Tapi hati-hati. Tanpa kita sedar, kita mengajar mereka terima rasuah.
Yezz.. Seramkan?

Tak Salah Nak Bahagiakan Anak

Iya, apabila kita memberi sesuatu kepada anak untuk hentikan rajuk dan tangis, kita sebenarnya merasuah mereka. Di hari lain, apabila mereka nakkan sesuatu dari kita, mereka akan gunakan rajuk dan tangis ni sebagai senjata.

Sebab apa? Sebab dia tahu itulah senjata yang paling berkesan untuk dia dapat apa yang dimahukan. Atau untuk dia elak buat benda yang dia tak mahu buat.

Tindakan ini dinamakan tantrum. Lagi ayah tunjuk saspen, lagi mak tunjuk muka takut, lagi galak dia tantrum.

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Berpada-pada Bahagiakan Anak

Langkah yang perlu dilakukan ketika menghadapi anak tantrum :

1. Kekal tenang dan bagi muka ‘hati kering’ pada anak.

2. Bertegas dan mengesahkan perasaan anak, “Ayah tau awak nak kereta tu dan awak kecewa. Tapi kita sudah bincang dah sebelum keluar tadi, kita tak akan beli mainan lagi.”

3. Beri pilihan.
“Along boleh menangis, tapi kita terpaksa balik. Tapi kalau Along boleh berhenti, kita akan terus jalan-jalan dalam mall ni.”

4. Jangan beri perhatian sehingga anak berhenti mengamuk/ merajuk.

5. Bila anak berhenti mengamuk/ merajuk, peluk dirinya dan beri pujian.
“Terima kasih Along kerana bekerjasama dengan ayah. Ayah sayang kalau Along selalu macam ni.”

6. Nasihat
Kalau masih ada marah yang berbaki, beri dia masa sehingga dia reda. Sekiranya sudah ok, boleh ingatkan semula tentang peraturan yang sudah dibuat.

Nota kaki:
1. Tantrum berlainan dengan meltdown. Meltdown biasa berlaku pada kanak-kanak berusia 3 tahun ke bawah. Atau kanak-kanak istimewa (seperti autism) yang tak dapat mengawal emosi dan ransangan sensori yang mereka terima. Ibu ayah perlu lebih berlembut untuk mententeramkan anak ini.

2. Rasuah berbeza dengan ganjaran. Rasuah adalah ‘hadiah’ yang diberi kepada anak sebelum anak buat sesuatu yang kita minta. Ganjaran diberi selepas anak berjaya melakukan sesuatu yang diminta.

#KOMIKPARENTING

Wawa Shauqi Page

Lukisan oleh
Nazr Syaff
Irfan Foner

MW: Sebagai mak,ayah sudah tentu mahukan yang terbaik untuk anak-anak tersayang. Namun berpada-padanya kerana lama-kelamaan buruk kesannya pada perkembangan anak jika tidak kena caranya.

Sumber: Wawa Syauqi

Published by
Nur Syazwani Mehat