Tak Salah Kongsi Gambar Orang Meninggal, Paling Penting Jangan Melampau Batas

Share

Zaman sekarang, kita tak dapat lari daripada berkongsi gambar orang yang telah meninggal dunia di media sosial. Salahkah berkongsi gambar orang yang meninggal dunia? Sesetengah orang berpandangan bahawa tak baik sebenarnya berkongsi gambar orang yang mati.

Namun setengahnya berpendapat bahawa tidak salah asalkan gambar yang kita gunakan menutup aurat dan kita berkongsi gambar adalah atas niat yang baik.

Ikuti perkongsian, PU AZMAN :
Ada budaya di kalangan masyarakat berbunyi : “Jangan post tentang arwah banyak sangat, nanti arwah tak tenang di sana”.
.
Kenyataan di atas tidak betul sama sekali. Perbuatan orang hidup tidak bagi kesan langsung kepada orang mati DALAM HAL INI.
.
Tiada masalah menceritakan kebaikan orang mati sebagai pengajaran dan semangat kepada yang hidup. Tiada masalah postkan foto kenangan yang sopan, tutup aurat dan syarie sebagai melepas rindu. Hal ini tidak bermakna yang post itu tidak redha. Redha atau tak, itu perbuatan hati. Kita orang luar tak boleh nak nilai.

Tiada Kena Mengena

Bahkan jika yang hidup melakukan perbuatan yang dilarang iaitu meratap (melampau), juga tidak bagi kesan kepada si mati. Bahkan si pelaku yang masih hidup itu sahaja yang mendapat kesan dosa atau tidak. .

وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ .
.
Maksud :”Dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain”.
.
Ramai di kalangan kita yang selalu postkan tentang kerinduan kita dan kebaikan orang-orang soleh di zaman silam, sekali pun mereka telah meninggalkan kita ratusan tahun. Seumpama Imam Syafie dan sewaktu dengannya.
.
Cuma pesanan pada kita-kita yang post ni (termasuk Cik Man) agar sentiasa bimbing jiwa supaya tak terkeluar dari batas redha.


.
Sekian dari Cik Man.
.
Hanya rindu.

MW: Jadi jangan bimbang, kalau rindu pada yang tiada tidak salah berkongsi gambar di akaun media sosial. Tetapi janganlah keterlaluan hingga menunjukkan seakan-akan kita tidak redha dengan pemergian orang yang kita sayangi.

Published by
Nur Syazwani Mehat