Semua orang tidak kira wanita atau lelaki pasti mahukan rambut yang sihat, lebat dan bersinar. Rambut sering disebut sebagai mahkota untuk wanita, justeru dandanan dan penjagaan rambut yang sesuai akan membuatkan penampilan seseorang wanita itu menjadi lebih menyerlah dan yakin diri.

Rutin harian asas seperti mencuci dan Merapi harus dilakukan setiap hari khususnya untuk wanita yang bekerja di mana lebih terdedah dengan persekitaran kotor seperti debu, habuk dan asap.

Program Bual Bicara Mingguan Wanita membuka tirai pada minggu ini dengan membincangkan topik ‘Rambutku Mahkotaku’

Pasti tidak meriah program yang berlangsung setiap hari ini tanpa kehadiran tetamu-tetamu selebriti dan juga pakar selain dikemudikan oleh dua jelitawan yang tidak asing lagi iaitu Siti Elizad dan juga Erra Fazira.

Tajuk kali ini cukup sinonim dengan wanita, rambut sebagai mahkota diri. Menurut Siti Farah Azwin, Pakar Klinikal Trikologi, biasanya punca masalah rambut yang dihadapi oleh wanita adalah berpunca dari faktor keturunan, hormon yang tidak stabil, penjagaan rambut yang salah dan juga faktor usia.

IKLAN

Antara tip penjagaan rambut yang disarankan adalah menggunakan syampu yang berkualiti tinggi, penjagaan kulit kepala yang betul, tidak mengikat rambut dengan ketat, pakai tudung yang selesa bagi yang berhijab dan tidak memakai tudung ketika rambut masih basah.

Turut diundang instafamous, Faiz Dickie yang sebelum ini turut mempunyai masalah rambut. Faiz turut berkongsi pengalaman dirinya mempunyai masalah keguguran rambut akibat penggunaan barangan penjagaan rambut yang melampau. Dia juga turut berkongsi rawatan rambut yang pernah dilaluinya.

IKLAN

Tak Salah Kalau Suka Warna Rambut, Tapi Perlu Penjagaan Ekstra Untuk Rambut Lebih Sihat

Kenali jenis kulit kepala

IKLAN

Ramai yang suka ke salon untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan rambut yang daripada pendandan yang lebih arif. Bagi memberikan tip untuk wanita yang gemar berdandan dan menjaga rambut, Bambang Soteto, Pendandan Rambut Profesional turut menjadi tetamu undangan bersama penyanyi yang sinonim dengan pelbagai gaya rambut, Mimy Fly. Bambang dan Mimi juga tidak ketinggalan berkongsi tip menarik tentang penjagaan rambut khususnya buat wanita. Menurut Bambang, paling penting kenali jenis kulit kepala dan perlu penjagaan yang lebih buat wanita yang suka warnakan rambut.

Bagi yang ketinggalan, saksikan ulangan program bual bicara Mingguan Wanita pada jam 5 petang ini di saluran Astro Prima 105 dan Prima HD 121.

MWTV tidak bersiaran pada hari selasa 30 Julai 2019 kerana memberi laluan kepada lintas langsung istiadat pertabalan YDP Agong ke-16. Jangan lupa untuk saksikan lintas langsung Istiadat Pertabalan YDP Agong ke-16 menerusi Astro Awani saluran 501.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI