Ingat tak, masa zaman mak ayah kita, mak banyak bergantung pada ayah. Kalu ada apa-apa akan dirujuk pada suami. Peranan ayah pula tidak boleh disangkal memang garang dan tegas. Sebab itu, anak-anak pun cukup takut dan berdisiplin. Mak pula, memang tak beranilah nak bangkang.

Itu dulu. Sekarang nie sudah berbeza. Boleh dikatakan isteri-isteri sudah pandai berdikari dan tidak terlalu mengharapkan pada suami. Segala bagai hal ruamh tangga, kalau boleh ingin dilakukan sendiri. Ini belum lagi termasuk perbelanjaan keluarga atau lebih tepat bila isteri mempunyai pendapatan lebih tinggi daripada suami.

Inilah kupasan yang dibincangkan dalam Mingguan Wanita Talkshow tengah hari tadi. ‘Isteri Terlalu Berdikari’ bersama, Dr. Robiah K Hamzah, pakar Motivasi & Kaunseling Keluarga. Antara perkara yang dibincangkan adalah:

IKLAN

  • Wanita hari ini sudah terdidik dengan sikap berdikari sejak dari belajar lai. Ini kerana mereka ini sudah dilatih untuk tinggal di asrama sekolah dan melakukan kerja-kerja sendiri tanpa bantuan ibu bapa.

  • Bila keadaan ini dilatih dari kecil, ia memberi sumbangan awal dan membina karaktor bila sudah berkeluarga.

  • Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta suami isteri ini akan menjadi semakin nipis dan rapuh kerana tidak ada persamaan pada tanggungjawab dan tidak ada perkongsian emosi.

  • Para suami usah terlalu bersandarkan pada kemampuan isteri dan kena faham kerana ini adalah tanggungjawab dirinya dan isteri adalah amanah yang diberikan.

  • Bila isteri terlalu berdikari dan suami ambil mudah, asas rumah tangga akan jadi rapuh. Isteri hilang kepercayaan dan rasa hormat pada suami semakin tipis.

  • Sepatutnya isteri lengkapkan apa yang tidak lengkap. Mampu atau tidak, kena ada kerjasama. Jangan sampai suami mengambil kesempatan atas apa yang dilakukan oleh isteri.

  • Jadi, suami dan isteri kena ada perancangan dalam menguruskan hal-hal rumah tangga. Apabila keadaan suami yang bersandarkan pada isteri, hubungan keluarga tidak akan panjang. Jika jodoh panjang pun, bila isteri berpegang pada ‘I’m The King’ dan sebarang keputusan terletak pada tangan isteri. Suami pula sekadar ‘Pak Turut’.

Saksikan siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow pada jam 8.00 malam nanti di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 bersama hos Erra Fazira dan Norman Hakim.