Cuba perhatikan dalam almari mak-mak, mesti ada barang tak dipakai. Elok saja tersusun dalam almari. Nak pakai sayang, jadi lebih elok letak dalam almari untuk hiasan.
Rasanya tak perlulah simpan barang tak dipakai. Bukan setakat pakaian, tapi beg, periuk belanga, pinggan mangkuk yang mahal hanya untuk hiasan saja. Langsung tak dipakai. Ini belum lagi, pakaian yang dah tak dipakai. Nak buang sayang. Penuh satu almari.
Sebenarnya, barang tak dipakai itu eloklah disedekahkan dan janganlah disimpan sebab sayang. Gunakanlah. Sampai bila nak simpan. Tak salah pun nak cari harta kekayaan tapi gunakanlah.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Biarkan Kain Berselerak & Tak Berlipat, Itulah Tempat Jin Paling SUKA!
Cara Nak Susun Barang Dalam Almari, Barulah Banyak Benda Boleh Sumbat!
Kita mencari harta dan kekayaan tidak dilarang dalam agama,
Mengumpul dan menghimpun kekayaan itu yang dilarang dan tercela.
Peringatan untuk saya.
Periksa koleksi yang kita ada. Kaeluarkan pinggan mangkuk yang sekadar kita simpan bertahun-tahun untuk hiasan, pakaian, tudung yang penuh dalam almari, koleksi telekong yang kita sayang, kasut, periuk belanga, tupperware yang menggunung tersusun cantik, handbag yang berbagai saiz, langsir, perabot yang masih dalam stor sayang nak buang,
Mana yang dah lama kita tak pakai, jangan di simpan. Keluarkan. Itu ada hisabnya sahabat. Sedekahkan. Nak beli yang baru yang lama terus diberikan dan sedekahkan pada yang memerlukan.
Jangan simpan lama-lama tak guna. Ataupun boleh jual preloved, Duit kutipan boleh sedekahkan kepada badan-badan amal. Bukan tak boleh membeli, Boleh tapi jangan mengumpul harta. Kerana kita akan berat saat dihisab nanti.
Suatu kisah seorang fakir miskin, ada seorang kaya memberitahu,
Kepada sesiapa yang sanggup menjaga kubur ku bila aku mati 30 hari 30 malam,
Akan mendapat hartaku.
Seorang yang sangat fakir, menyatakan dia setuju. Sanggup dia gali kubur bersebelahan kubur si kaya itu.
Si fakir ada membuat lubang laluan supaya isterinya boleh menghantar bekalan makanan.
Sepanjang malam, dia ditanya dengan malaikat melalui sebatang tongkat yang satu satunya dia ada. Dia akan membawanya ke mana sahaja.
Malaikat bertanya perihal tong kat si fakir itu,
Mana dpt tongkat itu, buat apa dengan tongkat tersebut, mana sumber duit beli tongkat itu.
Bermacam-macam lagi pertanyaan hanya pada tongkat nya sahaja.
Selepas 30 hari dia dikeluarkan. Ada seorang memberitahu,
“Kamu dah layak dapat harta arwah si kaya ini. Kerana kamu berjaya duduk 30 hari bersebelahannnya.
Dan di fakir itu berkata,
“Sesungguhnya Aku tidak mahu sedikit pun harta orang kaya tersebut.
Sesungguhnya tongkat aku sahaja dihisab begitu lama.
Apatah lagi orang yang banyak harta, tak tahu bagaimana hisabnya di dalam kubur, apatah lagi di Mahsyar.”
Si fakir menolak semua yang sepatutnya menjadi miliknya hanya kerana takut dihisab dari sehalus-halus perkara, hingga sebesarnya.
Jom sahabat, usaha sama-sama untuk beriman dengan nama Allah Ya HASIB, Allah Yang MAHA Menghisab…
Hitungannya sangat halus. Cuba kita hitung sendiri. Di dapur sahaja ada berapa banyak set pinggan kita yang tak berguna. Tupperware kita yang tersimpan rapi, periuk berset, tudung 30 color patern lama, masih tak keluar lagi yang lama. Dah masuk lagi koleksi baru, makeup kita berkotak kotak, pakaian kita yang beralmari dan pakaian dinner yang sekali sahaja guna tapi kita simpan bertahun-tahun. Sayang nak bagi orang,
Sahabat,
Sedekah kita yang bermanfaat adalah ketika kita Hidup. Dan ketika kita sedang sihat. Duit dalam bank bukan duit kita, infaq adalah duit kekal kita di sana.
Contoh, kita beri kain batik arwah mak pada orang. “Kita syukur, dapat pahala mak, bila orang guna” Tidak, bila mak sudah mati harta itu bukan mak punya. Sudah Terputus. Itu tidak dikira sedekah nya..
Apa yang kita pakai dan sedekahkan itulah yang bermanfaat,
Yang hanya jadi simpanan atau koleksi-koleksi yang tak dipakai kelak akan di hisab.
Baju yang dah tak elok jangan beri, bagilah baju yang masih elok dan keluarkan koleksi lama., baru boleh baru boleh plan limit nak beli yang lain.
Kerana setiap yang kita simpan tak guna bertahun tahun itu juga akan dihisab setegas tegasnya…
Moga Allah ampunkan kita semua kerana tak tahu dan perbaiki Kekurangan lalu.
Mingguan Wanita : Guna dan sedekah itulah yang lebih baik. Tak perlu rasa sayang pun. Ada rezeki belilah yang lain pula.
Sumber: Tuah’ainil Sufi
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita