Tak salah jika memasang niat untuk membeli pinggan,mangkuk ayan tetapi harus lebih berhati-hati kerana bimbang dari segi keselamatan apatah lagi kalau rosak, bercalar.

Maklumlah sekarang terdapat pelbagai harga di pasaran dan kita sendiri tak ketahui mana satu pengeluar yang terbaik. Pinggan ayan ini telah lama digunakan sejak zaman mak-mak kita lagi.

Biar pun ramai yang mula melupakan, tetapi pinggan ayan ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Ikuti perkongsian Public Health Malaysia ini dan hadam baik-baik ya mak-mak yang merupakan peminat tegar pinggan mangkuk ayan.

Harganya dahulu mungkin murah dan kini menjadi agak mahal apabila pinggan rekabentuk vintage ini mula mendapat perhatian ramai.

Pinggan viral terkini adalah pinggan mangkuk ayan atau dikenali sebagai enamelware. Ya, ia pinggan rekabentuk vintage yang kembali menjadi perhatian masyarakat.

Tak Salah Membeli Pinggan, Mangkuk Ayan

Untuk menghasilkan pinggan mangkuk enamelware, asasnya adalah dari keluli, besi atau aluminium. Bahan tersebut akan disaluti dengan porselin pada tahap suhu tertentu.

IKLAN

Bagi produk berjenama seperti Le Creuset dan produk dari kilang yang diketahui, anda tidak perlu bimbang kerana penghasilan produk ini akan melalui pemeriksaan kualiti yang ketat.

Ini penting untuk memastikan ia bebas dari bahan kimia berbahaya terutama logam berat.

Baca Juga Di Sini:

Rupanya Pinggan Mangkuk Isi Lauk Ini, Harganya Boleh Cecah RM24,000

Asalkan Isteri BAHAGIA, Kena Tahan Polis Bawa Rak Pinggan Mangkuk Pun Tak Jadi Hal

Info Lebih Menarik Klik Saja di sini. 

Elakkan Guna Pinggan Mangkuk Ayan Yang Rosak

Faktor keselamatan mungkin TIDAK terjamin jika produk ayan dari pengeluar yang tidak diketahui.

Selain itu, penggunaan pinggan ayan antik juga tidak digalakkan kerana regulasi sebelum ini tidak ketat. Pinggan mangkuk ayan yang telah rosak seperti retak, kemek, bercalar dan berkarat juga perlu dielakkan penggunaannya.

Kebimbangan utama adalah pencemaran logam berat seperti plumbum, kadmium dan uranium. Bahan-bahan ini biasanya digunakan untuk memberi warna menarik pada pinggan mangkuk ayan.

Kesan terdedah kepada bahan ini menyebabkan risiko masalah perkembangan otak kepada anak-anak. Untuk jangka masa panjang akan akibatkan kerosakan organ lain seperti buah pinggang, hati, tulang dan kanser.

Kredit: Public Health Malaysia

Jadikan Pinggan Mangkuk Sebagai Hiasan

Sekiranya anda ingin menggunakan produk ayan antik, gunakan sebagai hiasan, tempat letak bunga hiasan atau pun pelapik pinggan lain.

Jika anda baru berjinak-jinak dengan produk ini, utamakan keselamatan dengan memilih produk yang telah disahkan selamat.

Bagi pengeluar produk seramik yang tidak mempunyai pengesahan kualiti produk, sila melakukan permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan dari KKM (Bahagian Keselamatan Makanan) untuk mengesahkan bahawa produk anda bebas pencemaran logam berat.

MW: Lebih baik mak-mak jadikan pinggan mangkuk ayan sebagai hiasan saja, cantik mata memandang dan yang penting keselamatan kita lebih terjamin. 

Sumber: Public Health Malaysia