Tak salah jika memasang niat untuk membeli pinggan,mangkuk ayan tetapi harus lebih berhati-hati kerana bimbang dari segi keselamatan apatah lagi kalau rosak, bercalar.
Maklumlah sekarang terdapat pelbagai harga di pasaran dan kita sendiri tak ketahui mana satu pengeluar yang terbaik. Pinggan ayan ini telah lama digunakan sejak zaman mak-mak kita lagi.
Biar pun ramai yang mula melupakan, tetapi pinggan ayan ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Ikuti perkongsian Public Health Malaysia ini dan hadam baik-baik ya mak-mak yang merupakan peminat tegar pinggan mangkuk ayan.
Harganya dahulu mungkin murah dan kini menjadi agak mahal apabila pinggan rekabentuk vintage ini mula mendapat perhatian ramai.
Pinggan viral terkini adalah pinggan mangkuk ayan atau dikenali sebagai enamelware. Ya, ia pinggan rekabentuk vintage yang kembali menjadi perhatian masyarakat.
Tak Salah Membeli Pinggan, Mangkuk Ayan
Untuk menghasilkan pinggan mangkuk enamelware, asasnya adalah dari keluli, besi atau aluminium. Bahan tersebut akan disaluti dengan porselin pada tahap suhu tertentu.
Ads
Bagi produk berjenama seperti Le Creuset dan produk dari kilang yang diketahui, anda tidak perlu bimbang kerana penghasilan produk ini akan melalui pemeriksaan kualiti yang ketat.
Ini penting untuk memastikan ia bebas dari bahan kimia berbahaya terutama logam berat.
Faktor keselamatan mungkin TIDAK terjamin jika produk ayan dari pengeluar yang tidak diketahui.
Selain itu, penggunaan pinggan ayan antik juga tidak digalakkan kerana regulasi sebelum ini tidak ketat. Pinggan mangkuk ayan yang telah rosak seperti retak, kemek, bercalar dan berkarat juga perlu dielakkan penggunaannya.
Kebimbangan utama adalah pencemaran logam berat seperti plumbum, kadmium dan uranium. Bahan-bahan ini biasanya digunakan untuk memberi warna menarik pada pinggan mangkuk ayan.
Ads
Kesan terdedah kepada bahan ini menyebabkan risiko masalah perkembangan otak kepada anak-anak. Untuk jangka masa panjang akan akibatkan kerosakan organ lain seperti buah pinggang, hati, tulang dan kanser.
Jadikan Pinggan Mangkuk Sebagai Hiasan
Sekiranya anda ingin menggunakan produk ayan antik, gunakan sebagai hiasan, tempat letak bunga hiasan atau pun pelapik pinggan lain.
Jika anda baru berjinak-jinak dengan produk ini, utamakan keselamatan dengan memilih produk yang telah disahkan selamat.
Bagi pengeluar produk seramik yang tidak mempunyai pengesahan kualiti produk, sila melakukan permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan dari KKM (Bahagian Keselamatan Makanan) untuk mengesahkan bahawa produk anda bebas pencemaran logam berat.
MW: Lebih baik mak-mak jadikan pinggan mangkuk ayan sebagai hiasan saja, cantik mata memandang dan yang penting keselamatan kita lebih terjamin.
Sumber: Public Health Malaysia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Faisal Halim kritikal, hanya isteri saja dibenarkan melawat “tangan kiri sukar digerakkan” selepas disimbah asid di sebuah pusat membeli belah baru-baru ini. Kondisi kesihatan tonggak Harimau Malaya Faisal Halim semakin membimbangkan apabila dikatakan berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta, di sini, semalam.
Faisal Halim Kritikal
Situasi terbabit disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar yang memaklumkan keadaan Faisal boleh dikatakan semakin membimbangkan kesan daripada kelecuran tahap empat.
Memetik laporan Harian Metro, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang juga Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut memaklumkan bahawa tangan kiri pemain sayap itu sukar untuk bergerak sekali gus menimbulkan persoalan masa depannya kelak.
“Seperti dimaklumkan bahawa sememangnya Faisal berada dalam keadaan kritikal dan kini hanya saya dan isterinya saja dibenarkan untuk melawat.
“Jika diikutkan apabila dia dihantar ke hospital pertama untuk menerima rawatan awal doktor melihatnya mungkin melecur tahap dua.
“Namun, selepas dipindahkan hospital dan rawatan susulan mendapati lecuran berada pada tahap empat.
Hanya Isteri Saja Dibenarkan Melawat “Tangan Kiri Sukar Digerakkan”
“Sedih saya melihat keadaannya ketika ini, kerana dia ada beritahu bahawa terasa sakit seperti terbakar di dalam kulit dan mengerang kesakitan,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.
Terdahulu, Arena Metro melaporkan bahawa insiden membabitkan pemain kebangsaan itu yang cedera dipercayai disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.
Ia kejadian malang kedua menimpa pemain negara selepas Muhammad Akhyar Abdul Rashid apabila pemain pinjaman Terengganu FC itu cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lepas.
Muhammad Akhyar dikatakan dipukul menggunakan senjata tumpul di bahagian kepalanya sehingga menyebabkan pemain berkenaan mengalami kecederaan.
Sementara itu, tinjauan Arena Metro di hospital swasta berkenaan mendapati keadaan tenang dan kelihatan beberapa individu dipercayai ahli keluarga Faisal yang menunggu untuk mendapatkan laporan terkini berkaitan keadaan pemain itu.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kejayaan usahawan jutawan bukan datang bergolek. Untuk berjaya kena ada proses melalui tindakan, strategi dan panduan.
Belajar dan terus belajar, terima perubahan dan jangan terus putus asa. Sebab perubahan besar yang kita lalui dalam hidup inilah dapat metamorfosis yang lebih baik.
Salah satu usaha yang dilakukan oleh RichWorks dalam melakukan perubahan besar dalam hidup adalah dengan menganjurkan satu program Business Metamorphosis Bootcamp (BMB), salah satu program baru yang dikendalikan oleh Mentor Usahawan Jutawan Datuk Wira Dr Azizan Osman
Kejayaan Usahawan Fokuskan Transformasi
Dalam program terbaru RichWorksselama 3 hari yang berkampung di Setia City Convention Centre (SCCC) telah mengumpulkan seramai lebih kurang 2000 usahawan dan anak didik Datuk Wira Dr Azizan Osman dari ahli Titanium Premier, Circle, SPIRE dan EliteX dalam bimbingan Mentorship.
.
.
Menariknya, seramai 2000 usahawan itu, yang terdiri daripada lelaki (40.98%) dan wanita (59.02%). Mereka ini adalah anak didik bimbingan RichWorks dan mentor usahawan yang hadir untuk mengikuti BMB bagi memfokuskan soal transformasi beberapa aspek penting dalam sesebuah bisnes.
Selain daripada itu, program BMB turut menekankan aspek kepimpinan, marketing, media sosial dan lain-lain disentuh bagi menyediakan usahawan dalam berdepan krisis.
Antara intipati program yang dianjurkan oleh RichWorks adalah Solusi Bisnes yang diberi melalui program Bimbingan Mentoring dan secara Aplikasi yang menawarkan Solusi Bisnes terkini yang memudahkan usahawan dalam menyelenggara kempen hingga ke jualan.
Intipati dan topik yang dibincangkan adalah:
Kepimpinan Komunikasi Metamorfosis dan transformasi perniagaan Pemasaran digital Traditional media and offline Marketing Pembiayaan perniagaan
Semua ini adalah sebagai salah satu persediaan untuk membantu bisnes dalam menghadapi cabaran bisnes hari ini (post Covid) dan persediaan awal bisnes untuk krisis ekonomi yang bakal berlaku.
Secara keseluruhannya, program ini juga inisiatif bagi membantu usahawan-usahawan terus memperkembangkan bisnes mereka dan terus berjaya.
Terima kasih kepada RichWorks dan Enrichment Media Lab yang bekerjasama dengan Astro Media Solutions berkongsi pakej khas buat para usahawan yang hadir pada hari tersebut.
Enrichment Media Lab di bawah naungan Datuk Wira Dr. Azizan Osman merupakan penasihat jenama yang paling pakar dalam melahirkan idea, konsep, kajian dan ada yang relevan dengan sesuatu perniagaan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Tiada istilah kami berpisah sebab dia tak tahan untuk jaga saya pun” akui Bad hingga kini masih ramai yang mahu ketahui punca sebenar dia dan bekas isterinya, Ashira Aziz berpisah.
Realitinya, Bad dan Ashira hingga kini masih berkawan baik. Malah dia juga menolak tanggapan segelintir pihak yang menganggap perceraiannya berpunca daripada sikap bekas isterinya yang tidak boleh berdepan dengan masalah kesihatannya.
“Tiada Istilah Kami Berpisah Sebab Dia Tak Tahan Jaga Saya”
Seperti mana yang dilaporkan Harian Metro, Bad menerangkan dirinya dan Ashira tidak saling membenci.
“Dia sebenarnya nak tolong saya, tapi saya yang tak izinkan daripada awal lagi. Dia nak tolong ambilkan air, bawa saya ke bilik air atau cuci luka pun saya kata tak perlu ikut biar saya buat sendiri.
“Saya ada beritahu kalau ditakdirkan kita tidak bersama dia pasti tidak dapat nak tolong saya dan takkan ketika itu saya nak kelam-kabut seorang diri. Jadi biarlah saya ajar diri saya.
“Tiada istilah kami berpisah sebab dia tak tahan untuk jaga saya pun. Netizen akan mencari punca sebab bagi mereka cerita kami ini tergantung, lebih-lebih lagi kami buat pengumuman berpisah dan sehingga kini masih berkawan baik. Mungkin mereka tak suka pengakhiran yang begitu, nak ada kontroversi.
Lebih Baik Jadi Kawan
“Masalahnya memang tiada. kalau ada benda apa-apapun saya tidak akan sesekali mendedahkannya sebab itu adalah aib.
“Kenapa kami boleh berkawan baik, rasanya orang luar boleh fikir sendiri. Maknanya kami tidak saling membenci dan lebih elok menjadi kawan daripada mempunyai ikatan serta tak perlu nak putuskan silaturahim,” ungkpnya.
Gagal Rumah Tangga & Sakit
Diuji dengan kegagalan rumah tangga dan sakit yang menimpa, Bad tetap bersyukur dengan segala dugaan yang menimpa dirinya.
“Saya bersyukur dapat semua ujian ini.
“Saya rasa lagi bertuah daripada orang lain kerana apa yang terjadi kepada saya termasuk kegagalan dalam perkahwinan dan sakit, Allah nak bagi kita yang lebih baik sebab Dia yang merancang.
“Dia ambil bahagian depan kaki saya, ia bukan kepunyaan saya tapi milik-Nya.
“Dalam pada saya duduk diam begini, tiba-tiba saya dilimpahkan rezeki apabila dapat kerusi roda elektrik, sumbangan serta dapat kerja baru.
“Saya ada terfikir mungkin kehidupan saya akan lebih teruk tapi sebenarnya lagi senang dapat kerja. Dalam kekurangan saya, lebih banyak kelebihan yang saya dapat.
“Malah bila jadi begini ramai rakan yang datang bertanya khabar kerana bimbang saya tertekan atau mengalami kemurungan. Ialah bila kena begini mungkin ramai yang fikir saya tak boleh terima hakikat, rasa kenapa saya tapi sebenarnya saya reda,” kongsi Bad.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...