Tak Sabarnya.. Ini 5 Sebab Kena Tengok Mingguan Wanita Talkshow Musim Terbaru!

Share

Atas sambutan menggalakkan daripada para penonton setia Mingguan Wanita, program bual bicara Mingguan Wanita kini bakal memasuki musim kedua! Memang tak sabar menantikan kelainan yang akan ditampilkan, serba serbi berwajah baru bermula episod pertama pada 8 Julai 2019 nanti pada jam 11 pagi hingga 12 tengahari. Memang rugi lah kalau terlepas topik menarik setiap episod.

Ini 5 Sebab Kena Tengok Mingguan Wanita Talkshow Musim Terbaru!

1. Lima Kali Seminggu

Menariknya jika musim terdahulu,  ia hanya bersiaran 3 KALI seminggu, musim terbaru ini, ia menjadi teman buat setiap wanita dari hari Isnin hingga Jumaat, selama 1 jam 5 KALI seminggu secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121). Bakal bersiaran sebanyak 155 buah episod dengan pelbagai pilihan topik menarik, Mingguan Wanita Talkshow ini juga boleh diakses menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan ‘on demand’.

2. Pengisian Elemen Baru

Mengekalkan format asal mengetengahkan pelbagai topik dan perkongsian menarik mengenai wanita, kisah rumahtangga dan isu-isu kekeluargaan. Mingguan Wanita Talkshow musim terbaru ini turut menambah pengisian elemen baru bagi menambah baik lagi kandungan format asal agar kekal relevan, segar dan menarik untuk tontonan masyarakat masa kini. Antaranya kisah masyarakat, gaya hidup, makanan,travelog, kesihatan, kecantikan dan sebagainya. Menarik sungguh, serba serbi lengkap!

3. Selebriti Popular & Personaliti Terkenal

Musim terbaru ini bakal menampilkan lima selebriti popular sebagai hos utama disamping tiga personaliti terkenal tanah air. Mereka bakal digandingkan buat pertama kalinya sebagai hos bersama yang akan mengendalikan setiap episod secara bergilir-gilir selama 5 hari seminggu mengikut tema harian.

Selebriti popular tersebut ialah Siti Elizad, Erra Fazira, Norman Hakim, Sherry Alhadad dan Radin Amir. Manakalah personaliti terkenal pula Dato’ Fadzilah Kamsah, Prof. Dr Muhaya dan Imam Muda Asyraf. Pemilihan selebriti dan personaliti ini berdasarkan kepada populariti, kredibiliti serta karakter mereka yang menepati konsep program ini.

4. Lima Tema Berbeza

Istimewanya, bersiaran selama 1 jam setiap episod, kupasan topik-topik menarik didalam Mingguan Wanita talkshow musim terbaru ini pula akan membincangkan segala aspek secara mendalam mengikut tema yang berbeza setiap hari.

ISNIN : Kesihatan & Kecantikan (Siti Elizad dan Erra Fazira)

SELASA: Makanan & Travelog (Siti Elizad dan Radin Amir)

RABU : Kisah Masyarakat & Gaya Hidup (Siti Elizad dan Sherry Alhadad)

KHAMIS : Cerita Dalam Kain (Siti Elizad, Erra Fazira & Norman Hakim)

JUMAAT : Motivasi, Inspirasi & Kerohanian (Siti Elizad & Dato’ Fadzilah Kamsah/ Prof. Dr Muhaya / Imam Muda Asyraf)

5. Medium Perkongsian Digital

Lebih menarik topik perbincangan harian juga boleh diikuti menerusi platform digital, laman media sosial di Facebook

, Instagram, Twitter Mingguan Wanita dan Whatsapp Hotline. Para penonton boleh berkongsi pandangan, pendapat dan luahan pengalaman peribadi secara langsung di platform tersebut berkaitan sesuatu isu atau topik yang dibincangkan dalam rancangan ini.

Jadi buat para pembaca dan penonton setia jangan lupa tengok Mingguan Wanita Talkshow musim kedua ni iya. Serba serbi berwajah baru bermula episod pertama pada 8 Julai 2019 nanti,  jam 11 pagi hingga 12 tengahari. Jangan lupa temujanji kita!

 

Published by
Suhaidah Abd Wahab