“Tak Sabar Nak Rehat, Beli Makanan” Kantin Sekolah Ala Cafe, Tarik Perhatian Murid, Terbaik!

Share

Sejak sekolah dibuka sepenuhnya, orang paling sibuk untuk memastikan murid mendapat makanan terbaik tentulah pengusaha kantin sekolah. Mesti pelbagai perancangan bagi memastikan anak-anak murid dapat makanan sebaiknya bila tiba waktu rehat.

Paling seronok, tentulah murid. Setelah sekian lama tidak membeli makanan di kantin sekolah dan sebelum ini masa rehat hanya makan di dalam kelas saja disebabkan pendemik covid-19. Mesti tak sabar nak tahu menu-menu menarik yang dijual nanti.

Tertarik dengan post di Facebook tentang seorang pengusaha kantin sekolah yang menjadikan seperti kantin ala cafe. Makanan yang dijual juga cukup menarik. Melihat pada gambar-gambar yang dikongsi pun kita boleh tahu betapa seronoknya murid bila banyak pilihan makanan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ragam Hari PERTAMA Masuk Sekolah, Mak Ayah BALIK, Jangan Ada Kasihan Pada Anak

PESANAN Buat Mak Ayah Hantar Anak Ke Sekolah, Inilah Masa Untuk Anak Berdikari

Info Lebih Menarik DI SINI

 

Kantin Sekolah Ala Cafe Demi Kepuasan Guru & Murid

MW sempat menemubual pengusaha kantin ini, Mohd Fahmi Ahmad, 39 tahun yang diusahakan bersama isterinya, Nadirah Azizan, 38 tahun.

Menurut Mohd Fahmi, kantin SK Taman Seri Wang, Sg Petani ini kantin ke 3 dan sebelum ini pernah mengendalikan kantin di SKM Aman Jaya, Sungai Petani dan Sek Kebangsaan Pauh Jaya, Pualau Pinang.

“Tercetusnya idea ini kerana saya bermula dengan membuka cafe di Puncak Alam, Selangor. Apabila berhijrah ke negeri kelahiran, saya mendapatkan tender untuk menjadi pengusaha kantin. Dari situlah saya cuba untuk lakukan dan jayakan sebuah kantin sekolah menjadi ala cafe,” katanya yang mempunyai 12 tahun pengalaman dalam pengusahaan ini.

Bagi memastikan kantin sekolah seperti ini, dia sanggup membuat ‘full renovation’ termasuklah dekorasi bilik makan guru dan tempat makan. Lebih membanggakan, segala pengubahsuaian ini menggunakan kos dia sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak.

“Malah, idea untuk membuat pengubahsuaian kantin ini kerana murid sekolah ini ramai dan ia memberi semangat untuk jadikan kantin lebih baik. Saya juga tidak pentingkan keuntungan berlebihan kerana bagi saya kepuasan guru dan murid lagi penting,” katanya yang telah berjaya menjadi Johan Kantin Terbaik Kebangsaan pada tahun 2019.

Kongsi Rezeki Dengan Pekerja

Dengan menu yang menarik seperti nasi berlauk, hidangan barat (chicken chop, spagetti, carbonara), nasi goreng, mee goreng, minuman dan sebagainya tentu akan terfikir berapa ramai pekerja dan masih sempat untuk sediakan semua hidangan ini?

Kata Mohd Fahmi, mereka bermula sewal jam 5.30 pagi dan mempunyai seramai 11 orang pekerja termasuk seorang chef yang kreatif. Mungkin akan terfikir terlalu ramai pekerja bagi sebuah kantin sekolah.

“Kebanyakan pekerja saya terdiri daripada ibu tunggal, B10 dan anak yatim. Dari sinilah saya dapat berkongsi rezeki dengan mereka. Kita jangan kedekut untuk bayar gaji pekerja. Kerana mereka jugalah kita, pelbagai menu dapat disediakan,” katanya.

Bukan Mencari Keuntungan

Menjadi pengusaha kantin, sudah tentulah pelanggan terdiri daripada guru dan murid saja. Dengan pelbagai menu ini juga boleh dikatakan 90% guru dan murid akan membeli makanan di kantin.

“Bila kita harapkan guru dan murid, jadi dah tentulah kena pelbagaikan menu untuk menarik mereka datang membeli. Dari segi harga pun kami tetap standard seperti sekolah-sekolah lain.

Berkenaan dengan harga makanan pun, Mohd Fahmi tidak nafikan turut menerima komen yang mengatakan deko kantin dan harga begini kerana sekolah bandar dan murid-murid pun dari kalangan orang berada.

“Jangan buat perbandingan. Baik sekolah bandar atau kampung, boleh saja buat cara ini. Nak seribu daya. Jangan anggap kantin yang kita usahakan itu hanya sekadar untuk cukup makan dan pendapatan yang biasa-biasa saja,” katanya yang mahu ubah dari biasa kepada luar biasa.

Biasa Ke Luar Biasa

Dalam pada itu, Mohd Fahmi turut memberi nasihat kepada pengusaha kantin di luar sana supaya tidak mementingkan keuntungan. Jadikan yang biasa kepada luar biasa dan lakukan usaha-usaha positif dengan perubahan yang baik.

“Jangan takut untuk buat menu baru atau banyak makanan. Selalunya, ada berfikiran, kalau buat menu baru murid tak makan. Sebenarnya, bila ada menu baru, murid seronok untuk cuba dan membeli,” katanya yang memegang prinsip menjual sambil bersedekah pada murid.

Mohd Fahmi juga memiliki perniagaan makanan di Jeniang, Kedah iaitu Restoran Nasi Kukus Ayam Cincang dan Manggo Shake yang sangat popular di situ.


.

Guru Besar, Cikgu Mohd Effendi Bin Abdul Rahman
.

Sumber: Mohd Fahmi Ahmad

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora