“Tak sabar ingin ke syurga.” Sebelum kejadian berlaku, arwah meluahkan perkara ini kepada ibunya sebelum terjatuh dari tingkat sembilan.
Luahan yang dianggap sekadar perbualan biasa akhirnya menjadi nyata apabila anak kecil ini ditemui terjatuh di hotel penginapan.
Kanak-kanak perempuan yang maut terjatuh dari tingkat sembilan di sebuah hotel di Pulau Pinang pernah meluahkan keinginan mahu ke syurga.
Menurut ibu mangsa, Siti Norra Salleh, 44, arwah Nur Airis Hafeera, 6, pernah meluahkan ingin ke syurga beberapa hari sebelum kejadian berlaku, namun awalnya beranggapan ia hanya sekadar perbualan biasa.
“Arwah ada cakap tak sabar nak mati sebab nak ke syurga, saya tak sangka apa yang diluahkan itu menjadi kenyataan,” katanya.
Menurutnya, anak bongsu dari empat beradik itu seorang yang penyayang kerana sayangkan kucing peliharaannya selain manja dengan ahli keluarga yang lain.
“Kami sedar arwah ada edit gambarnya dengan menambah emotikon sedih berkemungkinan menunjukkan rasa sedih memandangkan dia baharu kehilangan nenek, Fatimah Man, 81, yang sangat rapat dengannya, meninggal dunia akibat strok Jumaat lalu,” katanya.
Sementara itu, jelas suami Siti Norra, Faizal Husain, 44, kejadian itu berlaku sangat pantas tanpa sempat berbuat apa-apa.
Menceritakan kejadian itu, dia katanya, selepas menyedari kehilangan Nur Airis ketika berada di lif hotel, semua ahli keluarganya panik dan mula mencari Nur Airis Hafeera di kawasan tersebut.
“Bagaimanapun, dalam keadaan sibuk mencari, kami dikejutkan dengan keadaan Nur Airis Hafeera yang sudah tidak sedarkan diri dikatakan akibat terjatuh,” ujarnya.
Baca Juga Di Sini :
Ibu Hamil 7 Bulan Tak Sengaja Bersalin, Bayi Meninggal Terjatuh Dalam Mangkuk Tandas
Bapa Terdengar Bunyi Dentuman Kuat, Tak Sangka Anak Sendiri Yang Terjatuh
Rakam Selfie Sebelum Terjatuh, Lima Beranak Lemas Jeti Kayu Runtuh
Siak Masjid Ditemui Meninggal Dalam Longkang, Kabel Elektrik Punca Terjatuh
Menurut Faizal, ketika kejadian, mereka sekeluarga bermalam di hotel berkenaan sementara membuat persiapan mahu mendaftar anak sulung, Mohammad Nabil Najmi, 22, ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Balik Pulau.
Setakat ini, Faizal bagaimanapun menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
Jenazah Nur Airis selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin Taman Kelisa Ria, Sungai Petani kira-kira jam 11 pagi.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat sembilan di sebuah hotel tempat keluarga tersebut menginap.
Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi Isnin itu selepas kanak-kanak tersebut meluru masuk ke dalam lif ketika pintu terbuka tanpa sempat disertai ahli keluarganya apabila pintu tertutup dengan pantas.
Ahli keluarga mangsa kemudiannya dikatakan cuba mencari kanak-kanak itu sebelum mangsa ditemui tidak sedarkan diri di lantai hotel dan dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh.
Mingguan Wanita : Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul. Semoga keluarga ini diberi kekuatan untuk menerima kenyataan yang perit ini. Salam takziah.
Sumber/ Foto : Sinar Harian
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita